Bermulanya sebuah coretan di sepanjang liku-liku perjalananku...
Tuesday, October 19, 2010
Amalan Untuk Mendapatkan Anak Yang Soleh N Solehah...
Memperbanyakkan taubat dan istighfar. Ibu bapa yang banyak melakukan taubat dan istighfar, ALLAH s.w.t. sentiasa mengasihi dan merahmati kedua-duanya dan juga segala isi dalam rumahtangga termasuk anak dalam kandungan.
Berpuasa sunat. Khusus untuk suami, banyak berpuasa sunat atau sekurang-kurangnya semingu dua kali atau sehari pada hari Isnin dan Khamis atau salah satu daripada hari-hari berkenaan atau pada hari-hari putih (13, 14 dan 15 bulan Hijrah). Perlu diingatkan, amalan puasa sunat cuma digalakkan dilakukan oleh suami atau bapa (bagi anak) sahaja seperti mana dilakukan oleh Nabi Zakaria a.s. Bagi ibu, sekiranya tidak memberi kesan kepada kesihatan bayi dalam kandungan bolehlah diamalkan.
Tidak bercakap yang sia-sia. Ketika isteri sedang mengandung, suami seboleh-bolehnya tidak bercakap yang sia-sia, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan dosa seperti mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sebaliknya, basahilah lidah dengan berzikir dan bertahmid atau bercakap yang mendatangkan faedah.
Banyak berdoa. Sentiasa berdoa agar ALLAH s.w.t. mengurniakan anak yang soleh atau solehah. Sekurang-kurangnya setiap lepas sembahyang, bacalah doa khusus bagi ibu yang sedang mengandung.
Banyak membaca al-Quran. Secara umumnya, elok membaca al-Quran dengan semua surah, tetapi di sini ustazah mengkhususkan surah-surah yang dibaca serta kesannya.
"Surah al-Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatanSurah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu da dan anak bersifat berhati-hatiSurah Yaasin – untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.Surah Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.Surah an-Nahl – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin."
Blog ini hanya mencoretkan tentang kisah-kisah yang berlaku di sekitar perjalanan kehidupan Mrs Diary dan keluarga.semua hasil coretan di dalam Dear Diary ini hanyalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan semua pembaca di luar serta sebagai memori di hari tua.. (",)
Jika sebelum ini Dear Dairy lebih memfokuskan kepada resepi & masakan baby/toddler, tapi dengan kehadiran putera kedua ini, Dear Dairy lebih berminat untuk berkongsi tentang dunia penyusuan susu ibu. Jadi, sekiranya rakan-rakan mempunyai info serta tips untuk dikongsi, bolehlah meninggalkan link @ komen di ruang ''let's chat"
Just an ordinary person...seorang ibu kepada seorang hero,isteri kepada seorang suami, dan seorang pendidik untuk beribu-ribu anak didik...hidup ini akan menjadi lebih indah dan sempurna jika kita menyempurnakan hidup orang lain..dan itulah impian diri ini supaya mendapat yang ter'sempurna' dengan mission utk menyempurnakan hidup orang lain.. (",)
Join us at HSFFYB.This group membincangkan cara terbaik dalam menyediakan anak-anak kita melangkau ke stage solid food. This group also share the tips, recipes, links and other blog about homemade for baby /toddler food.
Kumpulan Ibu Menyusu
Join us at KIM. KIM-Kumpulan Ibu2 Menyusukan adalah sebuah kumpulan sokongan susu ibu. Kumpulan ini adalah salah satu medium untuk semua ibu berkongsi maklumat dan pendapat mengenai penyusuan susu ibu.
Mrs Diary with Her Lover
Kami selamat diijabkabulkan pada 11 Disember 2009..berdoa & berharap mahligai yang dibina ini akan sentiasa di bawah lembayung yang Maha Esa dan sentiasa dirahmatiNya...
Muhammad Iman Danish
Permata hati ibu & ayah ini selamat dilahirkan pada 30 November 2010...semoga Muhammad Iman Danish menjadi anak yang soleh dan sentiasa menyenangkan semua orang..
Muhammad Aqil Darwish
Permata hati ke 2 ibu & ayah ini selamat dilahirkan pada 16 Mac 2013...Semoga Muhammad Aqil Darwish menjadi anak yang soleh dan sentiasa menggembirakan hati ibu dan ayah.
No comments:
Post a Comment