Tuesday, December 24, 2013

Misi Cuti Sekolah :: Potty Train Abg Iman ::

Sekejap jer masa berlalu kan...
Next week dah start meeting dan preparation utk sesi persekolahan yang baru...

Tapiiii rasa sangattt berpuas hati cuti kali ni sebab projek mega bersama abg Iman berjaya...

Alhamdulillah...abg iman dah berjaya free diapers di siang hari...100% berjaya...

Malam?? Still berpempers lagi..sebab ibu & ayah tak larat lah nak berjemur toto bagai tiap2 pagi... Dan...ibu bagi masa utk abg iman ready nak free diapers nightly okey.. :)

Perkara pertama yang ibu & ayah buat utk projek mega abg iman adalahhhh ~ beli spender utk abg iman...sebab selalu ckp kat abg iman... " abg dah besarkan...so abg dah tak payah pakai pampers lagi..org besar tak pakai pampers lg...org besar mcm ibu & ayah pakai spender jerr " ... So one day tu puas lah pujuk..abg iman sendiri yg mintak pakai spender..sebab teruja dapat spender sendiri kan..

1st day berprojek dgn abg iman mmg agak mencabar..sebab abg iman sangat kuat minum susu...so setiap 15 minit ibu akan tanya abg iman nak gi toilet ke tak... Then, sejam sekali akan bawak abg iman ke toilet dan paksa dia kencing jugak kat toilet..( kejam kan ibu ni... )

Masuk tgh hari, abg iman dah mula penat asyik ulang alik ke toilet, kena bukak seluar bagai sume..dia mintak pakai pampers...alamakkkk....puaslah ibu pujuk..janji nak beli toys la..nak bawak gi jalan2 lah...and umpan berjaya..

Hari kedua abg iman dah pandai pegi toilet sendiri..alhamdulillah...doa dan pujukan nampaknya berhasil...

Seminggu selepas tu cuba beranikan diri untuk bawak abg iman keluar tanpa pakai.pampers..dan alhamdulilah...berjaya...

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13 ---> Our 4th anniversary :: Alhamdulilah




11.12.13

Cantikkan tarikh ini...
Tarikh yang tidak akan berulang lagi dan tidak akan kita berjumpa lagi

DAN

Tarikh istimewa ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4

.
.
 .
.

Dua hati bersatu 


Cinta Bersemi & Janji Diikat
Bersama menganyam Impian
Semoga kebahagiaan terus bersama kita

.
.
.
.
4 tahun sudah berlalu 
.
.
.
.

Kami bahagia berempat...Alhamdulilah..

Buat en.suami, terima kasih kuucapkan kerana kamu telah melukis dan mewarnai setiap hari-hariku. Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke syurga bersama anugerah daripadaNya..Insyaa Allah



Thursday, October 10, 2013

Si Bambam warded ~ Baru seminggu duk Taska



Salam semua..
Dah lamaaaa sangat nak update blog yang dah hampir bersawang ni.Tapi, ada jer halangan. So hari ni, alang-alang dalam mode 'bercuti' jaga anak yang sedang sakit ni, cuba lah on cik lappy-bukak belog-update entry...

Ye..si bambam saya tak sihat since seminggu yang lepas. start 1st October lepas, saya dah tukarkan abg iman & adik aqil ke nursery. Memandangkan kami pun dah pindah rumah dan agak jauh untuk travel ke rumah mother in law...

1st week abg iman & adik aqil duk taska memanglah hati ibu sangat tak senang..manakan abg iman yang hari-hari menangis nak ikut ibu pergi keja & adik aqil pulak hari-hari poo kerap (diarrhea) dan kaler hijau lak poo.. 

 Last sunday, saya & en.hubby dah bawak adik aqil ke klinik, tapi since en.doktor tu tgk adik aqil yang ceria dan kebetulan adik aqil pun baru start solid food, so en.doktor suh monitor je dulu dalam seminggu ni. Sebab en.doktor cakap maybe usus aqil baru nak kenal solid food.. Okey, hati si ibu boleh terima lagi..

Then, hari Isnin, balik keja macam biasa amik si bambam dari taska, sampai umah solat, masak, mandi & makan sume, baru susukan si bambam..that time baru perasan badan si bambam macam suam-suam je..ckp kat en.hubby, then en.hubby ajak gi hospital sebab risau kan.. (at the same time, tanya jugak teacher kat nursery tu, si aqil ni ada tak kerap poo & demam kat nursery, tp teacher ckp takde pulak)...

En.hubby decide nak gi KPJ Kajang, sebab agak dekat dengan rumah..time jumpa doktor kat KPJ tu, terus doktor tu advise suh admid wad sebab si aqil dah seminggu diarrhea kan..dan tetiba pulak demam.. tp wad penuh la pulak kat KPJ tu, so doktor refer kes kitorang ke KPMC (Kajang Plaza Medical Centre).. Dah tu pegi la kitorang ni ke KPMC, dah register, check doktor sume bagai, time masuk wad..ALAHAI..rasa nak pengsan jer rasa tgk wad tu...(sebab rasanya hotel bajet lagi selesa kot)..terus cakap kat en.hubby nak tukar hospital. Nasib la boleh tukar hospital..(hahaha gelak jahat sebab dapat lari dari hospital yang nampak sgt scary tu)

so, dari Kajang terus en.hubby  ke Pantai Hospital Cheras, pegi emergency, tunjur reference dari KPJ semua, checked doktor bagai..sekali Pantai Hospital pun full house jugak..adehhh..so doktor just masukkan ubat bontot sebab nak control body temperature..then, suh kitorang datang balik esok pagi kalau still demam & diarrhea..

Esoknya (Selasa pagi),  memandangkan si bambam still demam & diarrhea, kami sepakat nak terus refer dgn pediatrics  kat pantai hospital - Dr. Wong. Dr Wong checked sume, suspect jangkitan kuman ( dalam hati dah terbayang kot2 rotavirus). So, mmg kena admid sebab nak buat stool test & blood test..
So from result semalam, Dr.Wong just confirmkan, yang si bambam free from rotavirus, but still can't confirm yet apa jenis virus yang masuk dalam badan si bambam...adeiii so kena lah kami berkampung kat sini sampai esok...


Abg Iman lah orang paling heppy bila stay kat sepital ni sebab dia tak payah gi skul. Tapi ibu ni betul-betul dilema, nasib lah soalan dah siap hantar Isnin lepas & approved by KP & GKMP yang sangatlah fussy.. Alhamdulilah..kuasa Allah kan. Cuma sangat risau dengan students kat sekolah yang still belum habih silibus..sebab next 2 weeks dah start final exam..

So buat pelajar2 kesayangan cikgu tu..sila ulangkaji dan buat latihan yang diberi ye ;p


Kesian bambam ibu ni..tak sihat..merengek je..


Si Abg Iman yang hepy duk hospital..Ingat duk hotel agaknya...

Si hangkut bantal bagai sebab kesian jugak kat ayah nanti nak ulang alik cheras-kajang..jauh tu.. (padahal ibu mmg kalo boleh takmo jauh dgn hero-hero ibu ni)

Saturday, June 15, 2013

My Breastfeeding Journey ~ Handling and Storing EBM



Salam semua...
Fuh..akhirnya hujung minggu menjelma jugak..
Mode agak kelam kabut di minggu pertama sesi persekolahan setelah 3 bulan bersenang lenang di rumah dengan anak-anak :p

Actually banyak sgt benda yang nak dikongsikan. So,saya pun tak tau nak mulakan dari mana dulu ;p

Okey kita mulakan dengan stok frozen ebm yang berjaya dikumpul sepanjang tempoh cuti 3 bulan ni ya...
Alhamdulilah...saya mula memerah selepas 3 hari kelahiran adik aqil (adik aqil lahir 16.3.13). Itu pun sebab saya mengalami bengkak susu. so untuk mengatasi masalah ini, my mom ada lah panggil sorang mak bidan ni dtg mengurut. Mak bidan ni cakap kilang susu saya dah penuh tapi masalahnya salur nak keluarkan  susu (urat apa entah namanya) tu tersimpul dan tersumbat, jadi susu tu tak dapat nak dikeluarkan, sebab tu lah jadi bengkak susu.. (patutlah bila pam pun still susu macam malu-malu nak kuar). So elok je lepas mak bidan tu gosok-gosok  dan urut kat bahagian belakang, bahu dan juga cik b, terus susu memancut-mancut kuar...hahaha..tp mak bidan tu cakap susu tu tak elok sgt kasi baby minum, sebab dah lama tersimpan dalam kilang susu tu..(yg ni saya tak tau la fakta atau mitos ). So, since dari hari tu, saya pun start memerah sebab geng2 expert kat KIM cakap bila kita kerap memerah, kilang susu kita ni lagi banyak produce susu.. 
1st week memerah saya hanya dapat 2oz je untuk kedua-dua belah cik b saya. Tapi takpe sebab time-time cenggini kilang susu baru nak mula beroperasi. Masuk minggu kedua production dah makin meningkat, saya dah boleh dapat 3-4oz untuk kedua-dua belah cik b (see nampak tak konsep demand & supply - lagi kerap kita memerah lagi kerap otak menerima signal yg badan memerlukan banyak susu dan menyuruh kilang susu untuk supply lagi banyak susu :p)


Ni adalah stok frozen ebm yang berjaya dikumpul sepanjang bulan april. stok bulan mac dah selamat saya guna untuk training adik aqil minum ebm guna botol 280 oz

Ini pulak stok frozen ebm saya untuk bulan mei sahaja - 450 oz
So total frozen ebm yang saya ada sebelum naik sekolah ada lah lebih kurang 750 oz (termasuk stok awal jun sekali)...Alhamdulilah...rezeki Allah bagi..

Frozen EBM untuk bulan April & Mei 2013

Frozen EBM untuk bulan Jun 2013 - belum sempat nak transfer ke deep freezer lagi..

---------------------------------------
Okey, sekarang saya mau share pengalaman  saya handle ebm ni sepanjang seminggu saya menjadi bf  working moms

Bekalan si kecik saya setiap hari.. saya bekalkan 3.5oz x 5 botol.
Hari isnin (1st naik keja) saya cuma bekalkan 3oz setiap feeding, tp mil bagitau adik aqil macam tak puas minum, so mil kena panaskan lagi untuk topup. 1st day tu adik aqil consume 5 botol ebm tau..wahh terkejut tau..tp mungkin sebab saya tinggalkan adik aqil agak lama (11 am - 7.30pm)

Hari selasa saya bekalkan 3.5-4.0 oz setiap feeding. Adik minum 4 botol je.. so botol yang ke 5 tu saya bekukan sebagai stok.hari selasa - khamis saya hantar adik aqil agak lewat sikit dari jam 12tgh hari - 7.30 pm.

 Hari jumaat (semalam), saya balik tgk adik aqil minum 3 botol je..yelah sebab jumaat kan sekejap je saya tinggalkan adik aqil (1pm - 7.30pm).


Perasan tak saya buat numbering kat setiap botol? sebab senang saya nak trace ebm tu if adik aqil tak habih minum. Biasanya no 1 dan no 5  tu  fresh ebm yg di perah masa subuh (biasanya waktu ni saya dapat 8-10 oz), no 2 - frozen ebm, no 3 dan 4 chilled ebm yang diperah semalamnya.So kalo ada ebm yg tak habih saya boleh tau hasil perahan hari apa yang perlu saya labelkan untuk dibekukan..

Saya sangat menjaga waktu mengepam untuk mengekalkan production susu saya. Seminggu ni saya train diri mengepam waktu subuh - zohor - asar.... yang lain-lain tu saya direct feeding je. kalau rajin baru saya tandem pumping dgn baby.

EBM yang nak di bekukan.
 Biasanya hasil perahan kat sekolah saya dapat dalam 18-20 oz.. 7 oz akan dijadikan bekalan untuk keesokan harinya dan selebihnya akan dijadikan stok frozen.


Biasanya bekas dadih ni saya akan rendam dalam air suam dulu sebelum isi ebm. Walaupun agak jimat tapi actually agak leceh guna guna bekas dadih ni berbanding plastic beg storage sebab nak kena make sure bekas ni betul-betul bersih. Lagi pulak bekas dadih ni amik ruang yg banyak untuk sesi simpan. so pasni dah ckp kat en.hubby dah beli storage beg la pulak. hukhukhuk ;p

okey so sekarang jom kita layan picca-picca yang ada dalam koleksi cik handset kita ni...

Tada...abg iman sgt sayang adik aqil wokey...

see si bambam ibu...
deep freezer saya yang dah hampir penuh..hanya muat stok bulan april dan mei je..stok jun pun dah jam kat dalam freezer tu..
cooler beg - yang gabak besar kaler coklat tu untuk bawak gi skool - muat isi 2 icepack, 4 storage botol - radas memerah. cooler beg yang kecik kaler hitam tu isi bekalan ebm adik aqil + 1 icepackuntuk disimpan dalam fridge rumah nenek..

Ni jadual stok ebm saya..
Kat jadual ni ada stok in & stok out..so senang la saya nak kira berapa stok yang saya simpan dan berapa stok out yang saya kena habihkan. Ini penting untuk mengelakkan dari  terlepas pandang stok-stok yang lama..
Hasil mengepam di subuh hari
Tandem pumping..biasanya ni sesi pagi lbh kurang pukul 9 - 10am 


Thursday, May 30, 2013

Hero-hero Ibu ~ Abg Iman & Adik Aqil



Salam...dah lama tak update blog kan. 
Dah hampir 3 minggu saya menjadi 'fulltime housewife'
Mencabar??uuhhh memang sgggttt mencabarrr


Sejak beranak dua ni mmg si ibu dah kurang masa terluang. sebab bila anak-anak tido, si ibu kena cepat-cepat kemas rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, mandi, makan, solat & mengepam susu... bila dah hero-hero ni dah bangun mmg kena spend time dengan diorang jer. Si adik macam biasalah asyik nak ngempeng jer. si abang pulak nak ibu layan dia berborak, main bola, main ultraman, tembak-tembak. 

Lately abg iman macam suka tarik perhatian ibu & ayah. Maybe abg iman dah mula rasa tergugat kot dengan kehadiran adik. Don't worry abg iman, ibu & ayah tetap sayang abg iman macam dulu-dulu jugak..

Semalam dah mula bawak adik aqil pegi umah nenek. Lepak rumah nenek sampai petang. So far okey adik aqil sgttt baik kat rumah nenek petang semalam (berkat hari-hari ibu pesan kat adik supaya behave kat rumah nenek kot ), tido dari kul 3.30pm-6.00pm okey..lega hati ibu. Cumanya abg iman lah suka usik adik time adik tido. risau jugak takut nenek penat nanti. Takpe, nanti hari-hari sebelum tido ibu nak nasihatkan abg iman pulak supaya tolong nenek jaga adik, tak nak usik-usik adik time adik tido. So far, sekarang pun adik dah okey minum guna botol dan frozen ebm.Alhamdulilah..semoga sentiasa dipermudahkan..

Inilah gaya dua beradik ni tido hari-hari. Tiap-tiap malam abg iman mesti request kat ibu nak tido dengan adik. Si ibu layanzz je..bila abg iman dah tido, ayah akan angkat abg iman tido kat bawah (yerlah mana muat katil nak tido berempat kan ;p) , tapi pepagi sebelum ayah gi keja, ayah kena angkat abg iman balik tido atas katil. kalau tak mau melalak abg iman bangun nanti ...
Si adik pulak, biasalah..bila kena peluk cam gini mmg boleh tido lama..kadang-kadang sampai kul 10 baru bangun. so, sempatlah si ibu nak berblog, macam sekarang ni..ngeh..ngeh..ngeh..

Hati rasa bahagia bila tengok dua hero ini ;p
Abg  iman baru belajar meriba adik..so cute kan :)

Abg Iman memang tak leh tengok ibu pegang adik, see asyik nak menyempit jee kat ibu....  

So, di kala cuti ibu berbaki lagi seminggu ni memang kena spend masa betul-betul dengan diorang. Nanti dah naik sekolah sure rindu time-time cam gini kan...



Tuesday, May 21, 2013

Cara Saya Handle Frozen EBM Semasa Balik Kampung



Salam semua..
Dah selamat berpantang dan pulang dari kampung terchenta..alhamdulilah...

Kali ni saya nak share cerita cara saya handle frozen ebm semasa saya balik dari berpantang dulu. Meroyan jugak apabila nak bawak balik  stok yang ada dengan keadaan kereta kami yang kecik je tu. Tapi, alhamdulilah...Allah tu Maha Penyayang. Tetiba kakak saya ckp dia & family pun nak follow kitorang balik sebab diorang nak tgk rumah diorang yang dah siap tu. (kitorang beli rumah sama-sama kat hillpark). So dapat lah saya tumpangkan stok frozen ebm saya tu kat cik exora kakak saya tu..ngeh..ngeh..ngeh..

So petang khamis tu, en.suami dah siap-siap beli garam kasar dan tape. Bekas polisterin putih tu saya da beli awal-awal lagi. saya beli 2 kotak yang saiz kecik (satu kotak tu baru  lima hengget...jimatkan =P)

Mula-mula alaskan bahagian bawah bekas polisterin tu dengan surat khabar, then masukkan ais batu..buat satu lapisan ais batu. Pastu taburkan garam kasar tu (tabur banyak pun takpe)..then susun frozen ebm. buat satu lapisan macam dalam gambar ni..

Thanx to big daddy sebab tolong handle ebm ni..dan nampak tak si abg iman yang jugak sibuk menolong big daddynya???

then, masukkan ais batu satu lapisan dan tabur garam kasar lagi.. pastu susun ebm lagi buat selapis demi selapis antara ais batu - ebm...bila dah hampir penuh bekas polisterin tu..tutup dengan surat khabar dan alaskan dengan tuala lembap kat bahagian atas ebm tadi tu.

(susunan lapisan dalam bekas polisterin tu - surat khabar -->lapisan ais batu +garam --> lapisan frozen ebm ---> lapisan ais batu +garam ---->lapisan frozen ebm -----> lapisan ais batu + garam ---> surat khabar -----> tuala lembap)


Haa..tutup dengan tuala lembap macam ni..tapi saya guna kain lampin je sebab takde tuala besar lar...

Then, lastly tutup bekas polisterin tu DAN jangan lupa tape kan di tepi mulut penutup bekas polisterin tu sebab nak elakkan udara masuk dalam bekas..

make sure tutup kasi rapat sebab tak mau kasi udara luar masuk...

 Nak dijadikan cerita, disebabkan stok ebm tu duduknya merata-rata (separuh umah kakak & separuh umah emak) jadi saya pun tak tau nak estimate berapa kotak polisterin ni yg diperlukan. so nak selamat belilah dua..( tu pun duk ingat dah lebih da..)

Tapi rupanya tak cukup pulak..ada banyak lagi yang tak muat nak dimasukkan ke dalam dua kotak polisterin ni...dan nasib baik kakak saya ada termos...so baki yang tertinggal tu masuklah dalam dalam termos dengan kondisi ais yang macam tak berapa nak banyak sgt... itu pun terpaksa tinggalkan beberapa paket lg ebm kat umah emak sebab mmg dah tak muat dah nak bawak balik ( nasib lah stok masa awal-awal pantang dulu..siap pesan suh anak buah minum..hahaha)

Kitorang bertolak dari kampung lebih kurang jam 3.30 petang. Dalam hati ni Allah je tahu..asyik berdoa semoga rezeki saya tu selamat sampai ke rumah... Alhamdulilah, sepanjang perjalanan tu cuaca redup dan ada jugak hujan di beberapa kawasan. Kitorang hanya berhenti untuk solat asar di R&R Sg Perak dan solat Maghrib.

Kami sampai kat rumah lebih kurang jam 10.00 malam. Of course lah ini barang pertama yang di selamatkan..dan alhamdulilah...hampir 95% frozen ebm saya ni KEKAL beku. Hanya 5% sahaja yang cair sedikit..yang cair tu memang saya simpan kat fridge bawah dan kasi adik Aqil minum. Ada jugak yang saya terpaksa buang sebab dah lebih 24 jam kat dalam fridge..

So, buat mommies yang susah hati sebab tak mampu nak beli cooler box, boleh lah menggunakan kotak polisterin ni untuk menggantikan cooler box sebab mmg terbukti keberkesanan kualitinya.. hehehe =p

Dan en.hubby siap-siap pesan suh simpan bekas polisterin tu sebab nanti time nak pindah rumah boleh guna balik..hahaha..jimatkan en.hubby saya...padahal kotak tu tak sampai pun sepuluh hengget..tapi yerlah..dah beranak dua ni memang kena pandai berjimat pun..



Wednesday, May 8, 2013

How To Stimulate the Baby?



Entry kali ni saya nak share satu ilmu yang saya rasa macam patut kita as parents praktik kan buat anak2 tersayang. Terima kasih buat salah sorang fb member (sis Nisha Zul )  di group SCFM (Secret Club For Mommmies) yang sudi sharing ilmu ini. 


Ye...semua baby  yang di lahirkan ke dunia diibaratkan seperti kain putih, suci, bijak & genius. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa apabila mereka membesar tidak semua menjadi genius? sebab itulah, kita sebagai ibu bapa kena bijak dalam mendidik mereka dengan menggunakan pendekatan yang betul. Jadi salah satu cara yang dibincangkan adalah STIMULATION. 

-------------------------------------------------


Perkara pertama yang di ambil kira adalah pemilihan toys yang betul untuk kanak-kanak. Toys yang dipilih kena ada kaitan dengan lima deria iaitu lihat, rasa, sentuh, bau & dengar.

Menurut sis Nisha, kanak-kanak yang berusia dibawah umur 3 tahun biasanya menggunakan otak kanan untuk berfikir (yang mana ini adalah satu perkara yang bagus). Jadi ibu bapa haruslah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan penggunaan otak kanan.

Jadi, persoalannya sekarang - apakah contoh aktiviti yang menggunakan otak kanan?

Antara aktiviti yang menggunakan otak kanan adalah cara memegang pensel, melukis, mewarna, menconteng, bermain flash card, finger puppet, imagination play dan banyak lagi. Untuk memudahkan parents nak tahu bahawa aktiviti yang dijalankan itu melibatkan penggunaan otak kanan atau tidak, sekiranya aktiviti tersebut melibatkan kelima-lima deria  di atas, makanya aktiviti tersebut memang sudah melibatkan penggunaan otak kanan. Apa yang saya tahu, kaedah pembelajaran Montessori adalah satu kaedah yang bagus kerana ianya melibatkan kesemua deria anak-anak.  

--------------------------------------------------------


Menurut sis Nisha, antara perkara yang paling penting dalam stimulate anak-anak adalah Fizikal Skills, Emotion, & Cognitive Skills.  Ye..ini adalah betul kerana semasa saya belajar psychology dulu pun, tiga kemahiran ini adalah penting dalam pendidikan awal anak-anak. Sebab itu lah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan dikatakan  adalah suatu usaha yang menyeluruh (holistik) ke arah  memperkembangkan potensi individu yang seimbang dari segi JERI ~ Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek. 

"Cognitive skills ni thinking skills. So toys mcm puzzle, manipulative toys tu bagus utk asah cognitive skills. Cognitive skills juga berkembang seiring dgn language skills. Sbb bila anak dah boleh b'cakap dia akan tanye mcm2 sbb tu kena layan kan je soalan anak w'pun bg kita xlogik je."  - sis Nisha.

"Emotion.. Ok tau x kenapa kita xboleh marah,pukul anak2 bawah umur 6yr sbb sume emosi tu akan disimpan dlm emotion brain(limbic system).emotion brain akan simpan long term memories which is memories yg kita boleh ingat sampai bila2. Sbb tu sgt2 penting jaga emosi anak2. Kalau t'pukul@termarah minta maaf n diorg akan simpan jugak dlm emotion brain tu"  - sis Nisha. 

"For emotional brain tu,try create sebanyak sweet memories yg best dgn anak2. Sgt penting tau utk membentuk personaliti anak kita bila besar nnti. Bila kita bt salah minta maaf, plg bagus time anak baru tido2 ayam tu." - sis Nisha

"Kenapa kita kena guna play n learn konsep bila nak ajar anak2 sbb bila anak2 seronok diorg akn simpan apa yg diajar tu tanpa dipaksa n akan igt benda tu lebih lama." - sis Nisha.

Quote sis Nisha yang saya rasa sangat menarik dan setiap parent kena highlight kan..
'
'
'
"Make sure anak2 buat sume step b4 b'jalan mcm meniarap, merangkak tu. sbb sume step tu penting utk perkembangan fizikal n otak bayi. Sbb ramai yg x merangkak n if anak dah skip merangkak,ajar anak utk merangkak jgk. Sbb bila merangkak baby guna otak kanan n kiri serentak"

 Bagaimana pulak pembelajaran menggunakan tv, ipad atau tablet yang menjadi fenomena masa kini?

Sini saya copy & paste kan 

"Anak2 boleh belajar guna ipad TAPI benefit sgt2 sikit. Lagi xelok bila anak2 akan ada masalah nak fokus,ye laa,guna ipad @ tv ada warna,b'gerak2 best tgk so can u imagine if diorg tgk cikgu yg mengajar,menarik x dkt mata diorg. Sure x nak2 kalau dpt cikgu yg xde expression, intonasi bila mengajar. Lagi 1,bila selalu dgn ipad anak2 akan hilang minat b'komunikasi n b'sosial. Itu lah timbul masalah speech skills n social skills anak2. Diorg xrasa keperluan b'komunikasi bila diorg ada ipad. So limit kan masa anak2 guna ipad. Give them real toys n plg bgs "real us"..hehehe... Kids need your presence more than your present. Tapi jgn ada mcm xde plk. Anak dpn mata,tp kita sibuk dgn gadget n tv." - sis Nisha

 -------------------------------------------------

Ni pulak cara untuk handle anak-anak yang kuat tantrum..biasanya anak-anak yang berumur 2 tahun memang akan alami masalah ini..

"For working mommies.. Selalu rasa xcukup masa dgn anak2,ada yg suka tantrum bila parents blk dr keje. Percaya lah,anak2 hanya minta plg lama 30minit dr masa kita just utk dia. Ckp utk bt diorg puas hati. So dlm masa 30minit tu join anak2 bt aktiviti yg berkualiti. Dont just sit n watch them play, but play with them..

Learn to be a child again n you will understand your child. Seriously.. Bila kita tau mcm mana nak tackle anak2,sume jd mudah. Masuk dlm dunia anak2 utk faham anak2.
" - sis Nisha.

"Jangan marah bila anak2 tantrum, it just the way diorg nak express their feeling. Try to understand them. Bukan sengaja nak mencabar kesabaran kita. Diorg hanya minta difahami tapi xtau mcm mana nak bg tau kita. Always kneel down bila dgn anak2. Xkisah laa nak peluk,kiss,marah,pujuk n etc. nak2 time nak marah,bila kita kneel down n tgk mata anak automatik kita akan rasa cool down. Like put down our ego. Sure xjadi marah. Anak2 plk akan rasa dihargai, rasa kita respect diorg n in return they will look high on us(respect us)." - sis Nisha.

----------------------------------------------------------------------------
 Bagi ibu-bapa yang beragama islam, lebih eloklah kita seimbangkan antara  EQ(empathy) & SQ(spiritual) . Seeloknya terapkanlah nilai keagamaan dalam diri anak-anak.Jadikan solat dan membaca Al-Quran sebagai amalan harian di rumah. InsyaAllah, anak-anak akan meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa, kerana ibu bapa adalah role model terhebat buat anak-anak. 

Saya sendiri juga masih mempraktikkan nilai-nilai yang dibincangkan di atas. InsyaAllah, semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa dan 'sahabat' buat anak-anak kita..





Tuesday, May 7, 2013

Stok Susu Semasa Berpantang



Selamat malam semua..sejak dua menjak ni saya sempat berblogging hanya di kala malam sahaja. Maklumlah sejak beranak dua dan habih pantang ni banyak betul benda yang nak diuruskan. Nasib baik masih di kampung, so ada la jugak emak dan sedara yang tolong tengokkan si kecik ni bila saya nak uruskan si abang. Maklumlah si abg iman ni nak makan, nak mandi nak tido semua nak ibu yang uruskan..manjakan =)

Actually entry kali ni saya nak share hasil tuaian saya di musim berpantang. Alhamdulilah..kali ini saya belajar dari pengalaman lepas. Masa abg iman dulu, saya membuat stok susu semasa sesudah selepas pantang (kira-kira 2 minggu lg mau naik sekolah). Memang meroyan lah berusaha mengepam untuk mengumpul stok. Dan kesannya stok tak mencukupi apabila saya sudah mula bekerja dan abg iman terpaksa minum susu formula ( wlpun sebenarnya semasa dlm tempoh awal berpantang pun abg iman dah campur dengan fm) .
Saya tak nak mengulangi kesilapan lalu. Jadi, untuk kali ini, saya mengambil langkah berjaga-jaga iaitu saya memohon cuti bersalin 3 bulan supaya saya dapat memberi susu ibu sepenuhnya secara direct feeding ( tapi saya  tetap mengajar adik aqil menggunakan botol sekali setiap hari) dan mula mengumpul stok sejak hari kelima berpantang. 

Alhamdulilah... inilah hasil usaha saya sepanjang lebih kurang 40 hari

ni stok simpanan dalam freezer rumah mak.. mmg dah padat sangat..sampai emak dah merungut nak simpan ikan-ikan beliau pun dah takde tempat..heeee

Yang ini pulak simpanan dalam freezer rumah kakak..kesian kakak saya..hahaha dia cakap dia punya stok barang mentah dah takleh beli banyak2 sebab space barang mentah tu dah di ambik oleh susu-susu adik aqil....

Saya yang masih ada lagi seminggu mau balik ke rumah dah mula susah hati sebab risau freezer rumah kakak & emak dah hampir penuh..padahal stok susu awal time berpantang tu ( untuk bulan march 2013) dah pun digunakan semasa training adik aqil minum guna botol. Jadi, untuk mengurangkan stok susu saya tu, saya plan mau bagi abg iman minum. Memula tu abg iman mau jugak minum sikit (fresh ebm). Jadi  saya pun panaskan la frozen ebm ( 8oz wokey) dan stanby..apabila abg iman mintak je susu saya terus kasi frozen ebm tu... hahaha..baru seteguk abg iman hisap susu tu, terus dia buat gaya mau muntah..dia siap ckp kat ibu.. " susu ape ni ibu? tak sedap laaaa" ...alahai...abg iman terus reject tak nak minum susu tu.. so, saya dengan berat hati terpaksa la buang 8 oz frozen ebm tu...

So buat masa ni, mmg saya kerapkan adik aqil direct feeding je sebab saya terpaksa kurangkan sesi mengepam ( sebab nak kurangkan kapasiti stok susu) dan saya kumpul untuk 2 atau 3  sesi susu perahan (10-12oz)  untuk di simpan dalam satu storage plastic. 

So sekang ni mode dan fikiran duk fikir macammana saya nak travel semua stok susu ni ke rumah saya nanti ( alor setar - hulu langat ) yang mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan.. InsyaAllah, nanti bila saya dah berjaya membawa balik semua ebm saya ni, saya akan update korang semua ye..


Saturday, April 27, 2013

HomeSchooling




Duk godek-godek cik gugel & ber'blogwalking di pagi-pagi hari..tetiba terjumpa beberapa  blog dan forum yang menarik untuk dikongsi bersama.. Sebenarnya saya ada jugak ber'homeschooling' bersama abg iman pagi-pagi kat rumah tu, cuma ianya lebih kepada dalam bentuk informal.. so lepas jumpa blog ni, hope saya dapat lebih serius untuk mengajar abg iman di rumah selepas ini.. so benda baik kan.. whynot kita sharing bersama-sama kan...

so ni lah hasil  bersama cik gugel dan blogwalking saya di pagi hari untuk dijadikan sumber rujukan di kemudian hari..

Petua Nak Banyakkan Susu Ibu



Ramai yang mencari petua bagaimana nak memperbanyakkan susu ibu..ada juga sesetengah ibu-ibu yang mengambil pelbagai suplement utk milk booster.. Tetapi bagi saya, petua utk nak banyakkan susu adalah sentiasa berpegang dgn konsep demand-supply... tapi tak dinafikan juga suplement pun diperlukan, tapi lebih untuk meningkatkan kualiti susu ibu, dan membuatkan ibu lebih cergas. So jika ibu sentiasa cergas dan bertenaga, of course lah susu dapat dihasilkan dengan meriah kan...


So ni saya ada nak sharekan petua utk banyakkan susu ibu tanpa sebarang milk booster :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

Credit to  whenmayend.blogspot.com

Tuesday, April 23, 2013

Petua Islam Apabila Masuk Rumah Baharu



Duk godek2 FB tadi terjumpa la petua yang bagi saya agak menarik la jugak untuk dikongsi bersama.. Memandangkan kami pun bakal nak memasuki rumah baru kan.. jom kita tengok apa petua2 apabila masuk ke rumah baru menurut ajaran islam :


1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baharu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baharu diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Monday, April 22, 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan



Perlukan bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya diberi air masak? Sebenarnya bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya tidak perlu diberi air masak, (air kosong). Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.TAK PERLU okey.. Sebab apa saya cakap tak perlu?? Jom kita tengok sebab-sebabnya..

Antara keburukan air masak kepada bayi bawah 6 bulan adalah :


Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran. 

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
 

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

*Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

9 Fadhilat Mendidik Anak



 Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih..maka kita sebagai ibu bapalah yang harus mencorak dan mendidik mereka...
  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
    anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
    Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
    Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
    pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
    Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
    Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
    Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!