Friday, July 11, 2014

Sebelum Dan Selepas Kahwin...

Salam Jumaat di bulan Ramadhan yang penuh barakah...

Alhamdulilah.Dah siap menu untuk berbuka hari ni.  Pajeri Nenas. Tetiba en.suami request nak makan pajeri nenas, sebab katanya sedap pajeri nenas makan dgn telur masin. Betul ke ek? Sebabnya saya bukan lah penggemar pajeri ni dan tak pernah seumur hidup masak menu ni.

Perancangan dan aturan Allah memang Maha hebat kan. Bayangkanlah, saya yang memang buta memasak ni  dijodohkan dgn si dia yang memang nak makan homemade food. Ya, memang sejak dari kecik, dari sekolah rendah, sekolah menengah, sampai dah masuk u pun memang tak reti memasak. Sadiskan. Maklumlah, dah memang si emak dan si kakak-kakak yg teror memasak, so buat apa saya nak susah-susah memasak kan. Seingat saya, dulu emak selalu marah -marah sebab saya tak suka masuk dapur, apatah lagi nak memegang kuali senduk bagai. Tugas saya kat dapur setakat potong bawang, potong cili, cuci pinggan mangkuk jer. Siap cakap kat emak, "alah, esok org dah kerja, org beli jer semua lauk-lauk ni".. hahahaha...dan, memang masin mulut emak..kata-kata ibu tu kan doa. Emak selalu cakap, semoga saya dapat suami yang tak nak makan kedai. YA...memang itulah jodoh saya. En.suami saya memang 90% tak suka makan kat luar. Dan semestinya lah saya kena gigih belajar memasak kan. Alhamdullillah, dari tak pandai goreng meehoon bagai, sekarang dah boleh la sikit-sikit...dari pandai masak sambal je, sekarang dah boleh la main campak-campak jer. Lagipun sekarang  kan semua hanya dihujung jari.

Percaya atau tidak, sepanjang Ramadhan kali ini, seingat saya sekali jer berbuka dgn kfc sebab tak sempat nak memasak. Yang lain homemade tau. Alhamdulillah, en.suami pun tak cerewet sgt. Sedap atau tidak tu nombor dua, yg penting kasih sayang dan keikhlasan. InsyaAllah...

Terima kasih emak dan kak ida, sebab sudi ajar saya memasak, bagi petua-petua bagai...

Terima kasih mama, sebab selalu share resepi-resepi kegemaran en.suami, turunkan ilmu-ilmu bagai...

Terima kasih en.suami, sebab selalu 'paksa' saya memasak. Ingat lagi muka 14 inci awak tu kalau asyik makan makanan luar kan.. (",)

Terima kasih blogger-blogger kat luar sana yang selalu kongsikan resepi-resepi yang best...


Posted via Blogaway

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day Buat Si-Cinta Hati



Happy Father's Day 



Buat encik hubby...'Selamat Hari Bapa' ibu ucapkan...

Terima kasih sebab telah menjadi ayah yang terbaik buat hero-hero kecik kita.
Terima kasih juga sebab sentiasa meminjamkan bahu serta mendengar keluh kesah ibu dalam memikul amanah dan anugerah terindah ini. 

................

 Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan tidak elok menyambut hari ibu, bapa dan yang sewaktu dengannya kerana itu merupakan budaya barat...tapi, bagi pendapat saya tak salah kan sekiranya kita mengingati dan menghargai pengorbanan seorang ayah atau ibu. Ya, memang betul..hari-hari adalah hari ibu, dan hari-hari adalah hari bapa. Tetapi, tak semua orang mempunyai kesempatan dan ruang untuk menyambutnya hari-hari kan... Jadi, apalah salahnya, kita mencuri sedikit masa untuk menghargai bapa atau ibu kan.. 





Simple celebration untuk keluarga kecik kami di Secret Recepi Metropoint Kajang. First time tekak saya boleh telan fish and chips sebab tak terasa sangat ikannya.. So far, 4 bintang lah saya bagi untuk semua menu hari ini. 90% okay kalau nak compare dengan satu restoran di BBB...(maaf yer, nama restoran di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu..kalau nak tau, sila massage personal )

Malamnya pulak, kami celebrate beramai-ramai dengan family in law.. 
Buat my father in law, Selamat Hari Bapa yer..
Yang ni tak sempat nak amik gambar bagai sebab ada budak yang diminta beri perhatian yang lebih...


....................


Memandangkan hari ni hari terakhir ibu bercuti...jadi, ibu nak spend time dgn cinta hati ibu puas-puas. 

Bawak hero kecik tu gi ber-play time kat my kidz play di MetroPoint Kajang..
Lokasi adalah bersebelahan dengan Bowling...
Bayaran : RM25 seorang selama 2 jam untuk weekend, kalau weekdays RM18. 












Si adik mula-mula tu takut-takut nak main.. tapi lama-lama sampai tak mau balik pulak..
memang enjoy la hero-hero kecik ni.. 
.
.
.
sekian



Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Ramadhan 2014/ 1435H


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi laman sesawang rasminya telah mengeluarkan senarai jadual waktu imsak dan buka puasa di bulan Ramadhan tahun 2014 bagi negeri-negeri seluruh Malaysia sebagai panduan mahupun rujukan kepada seluruh umat Islam ketika menjalani ibadah puasa
Jadual tersebut boleh di muat-turun (download) dengan melayari atau klik judul pautan url mengikut negeri masing-masing sepertimana yang tertera pada lampiran dibawah

















Posted via Blogaway

Saturday, June 14, 2014

Tips khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan.

Assalamualaikum...

Ramadhan bakal bertemu lagi...
Semestinya semua orang bersemangat nak bertadarus dan khatam Quran kan...
Semoga tips ini dapat membantu kita khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan ni.. InsyaAllah...

Sumber : fb


Posted via Blogaway

Ramadhan Pesta Makanan :: Jom Ubah ke Pesta Ibadah

Pada zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan umat islam. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar dan  berbagai lagi yang menunjukkan kekuatan umat islam.

Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan lebih sadis, Ramadhan dikaitkan dengan bulan pesta makanan.

Sebenarnya Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, serta bulan membaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian, terdapat beberapa kesilapan besar dalam berpuasa iaitu ;

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan utk perut tetapi utk memberi tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan menjadi tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
Makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi macam burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang solat sunat terawikh dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan mengambil moreh ringan. Makan selepas pkl 10.30 akan member kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah bertadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelun pukul 12 mlm utk rehat. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana cahaya lampu mampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.

9. Selepas itu bangun pukul 3 pgi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn merenjis air sejuk dgn hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ini di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih dari  8 jam sehari.

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan.

Semoga Ramadhan kali ini mampu memeeri seribu keberkatan kepada kita semua... InsyaAllah..

Sumber : Kuliah puasa dr sudut kesihatan,
Oleh      :  Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)


Posted via Blogaway

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!