Thursday, December 13, 2012

Check list ~ 2nd Baby & Ibu Baby




Diam tak diam da nak 28 weeks da my pregnancy...tapi barang baby satu apa pun tak beli lagi... so tadi duk blogwalking and ibu terjumpa la beberapa blogger yg share senarai checklist yang perlu ada..tapi, memandangkan ni 2nd baby ibu, so ibu rasa tak perlu lah ibu nak membeli byk brg sgt..even baju newborn abg iman dulu still lagi cantik...so, ibu hanya perlu membeli beberapa barang je lagi...

Ni ibu share beberapa blog & web yang share the newborn baby& mommy checlist :

1. http://mama2nur.blogspot.com/2012/03/checklist-persediaan-bersalin.html
2. http://www.omaq.org/v3/2012/03/05/hospital-checklist-persediaan-ibu-bakal-bersalin/
3. http://www.ciklaili.com/2011/08/checklist-barang-keperluan-bersalin-ibu.html#axzz2EwCQvfCt

Actually, kalau tengok dari checklist ni sume banyak gak yg nak dibeli & dibawa time nak bersalin nanti...Bagi ibu (yang dah berpengalaman masa deliver abg iman dulu), rasa kali ni ibu tak perlu nak bawak barang yang banyak dgn beg yang gabak bagai..so cukupla beberapa brg yang betul2 dirasakan perlu je la kan..

Antara beberapa brg yang ibu rasa perlu dan penting buat ibu & baby nanti sebagai persediaan nak ke hospital :
  • Handbeg ibu (yang dalamnya mesti lengkap dgn IC, GL,  buku rekod kesihatan baby, handphone & duit)
  • Baju t-shirt (2 helai cukup la..nanti kalo masuk wad sure kena pakai baju pink tu jugak kan)
  • Kain batik (2 helai)
  • Stoking (2helai)
  • Tudung extra (1helai)
  • Telekung
  • Bahan bacaan (buku amalan ibu mengandung)
  • Panties (pakai buang)
  • Pad
  • Nursing bra
  • Set mandian
  • Baju sejuk 
  • Baju baby (3helai)
  • Barut
  • sarung kaki & tangan baby
  • Barang mandian baby
  • Wet tissue
  • Pampers & kain lampin
  • Kain bedung baby
  • Tuala  hooded baby
Ni pulak antara barang baby & ibu yang ibu perlu beli baru...
  • set tilam baby (tilam abg iman dulu da lunyai pun..hihihi)
  • bouncer or rocker (yg ni ibu rasa perlu untuk elakkan abg iman tak asyik usik baby je bila ibu letak baby kat tilam nanti)
  • stroller (abg iman mmg tak de stroller)
  • baju newborn 2 helai (tak payah beli byk2..sebab baju abg iman dulu still cantik2 lagi)      
  • DD-disposal diapers for newborn
  • CD - cloth diapers     
  • Set berpantang SHAKLEE (no jamu2 ya kali ni)
Antara brg abg iman yang masih boleh digunakan dan tak perlu dibeli lagi :
  •  Car seat
  • Baju
  • Buaian
  • Set mandian (abg iman still pakai set mandian newborn lg..)
  • Napkin, barut, tuala hooded, selimut, sarung tgn, sarung kaki & topi
  • breast pump set
  • CD (nanti boleh diturunkan ke baby pulak)
Kalau diikutkan banyak barang abg iman yg still available dan boleh diturun temurunkan ke baby nanti..So, ibu plan ibu nak bershopping sakan time baby expo kat pwtc nanti (18-20 Jan 2013)..that time pun ibu da 32 weeks da... so ok lah kan..still tak terlewat lagi nak bershopping...


11.12.12. ---> Our 3rd Anniversary :: I-City

To Lovely Hubby...
Happy 3rd Anniversary...



My lovely family...Ibu..Ayah..Abg Iman & Baby in tummy

Entry ini adalah antara entry wajib setiap tahun...as usual, entri ini hanyalah untuk suka-suka dan sebagai kenangan kami di hari tua....

Sambutan ulang tahun perkahwinan kali ni tiada kek..tiada makan-makan di hotel mewah..sebabnya dalam keadaan abg iman yang tengah melasak ni, tak sanggup rasanya nak berkejaran dalam restoran atau hotel..
Jadi, kami ambik keputusan just celebrate dengan membuat outdoor activites sahaja...memandangkan en.hubby bekerja, kami just dapat spend masa pada waktu malam saja..

Tahun lepas abg iman ditinggalkan dengan nenenk sebab kami spend masa menonton wayang..jadi, tahun ni tak nak lah tinggalkan abg iman lagi..kesian abg iman kan.. 
So, I-city Shah Alam menjadi pilihan destinasi kami kali ni..memandangkan tempat ni pun mmg sesuai untuk enjoy pada waktu malam dan sgt sesuai untuk abg iman yang memang suka berjalan-jalan...

Jom kita layan picca2 kami satu family di sana ya..











Penat sangat mengejar abg iman yang kuat berjalan...dengan mak buyong yang asyik keletihan..en.hubby tak dapat nak amik gambar beriya2...hehehehe..takpa la dear..janji kita dapat spend masa sama-sama..sebab next week seminggu ibu dgn abg iman berada di kampung..

Buat en.hubby...sekejap je masa berlalu kan..InsyaAllah bb akan cuba jadi isteri yang solehah & terbaik buat b..dan ibu yang baik buat anak-anak kita..
InsyaAllah, tahun depan kita sambut berempat pulak kan.. :p

Friday, December 7, 2012

My 2nd Baby

Hari ni baby da 26 minggu dalam pewot ibu...Alhamdulilah...ibu masih terasa tendangan hebat baby dalam rahim ibu. Tadi, ibu pergi scan baby kat Pantai Hospital Cheras..sebab ibu nak buat O&G report utk 2nd pregnancy ni..report tu penting sebab ibu nak apply takaful (insurans) utk baby..saja ibu ambik takaful utk baby awal sikit...masa abg iman dulu, agak lewat ibu amik..so kali ni, ibu nak baby dilindungi dari baby dalam pewot ibu lagi..so dah alang2 tu, doktor scan lah baby, nak tengok baby buat apa dalam pewot ibu...nak tengok baby ni, gugurl ke boboboy...hehehehe

Tengok..baby senyum jer...jari tu siap genggam dan tunjuk tanda 'best'..nampak muka baby, tangan & kaki kanan baby..

Ni pulak pn.doktor tu focus kat bahagian kaki baby..nampak clear sgt bird baby tu...hihihi...boleh la baby gang dgn abg iman..haih...ibu kena makan supplement byk2 la pasni.. ;p

Ibu kongsikan 2 gambar jer la ye..sebab yang lain-lain tu tak clear sgt...Ibu mmg harap sgt baby ni boboboy..boleh la jadi kawan abg iman..kawan main bola..kawan tido sesama..tp ayah dan abg iman nakkan baby gugurl..tapi tak kisah la sygkan..asalkan baby sihat...nanti baby boleh la mewarisi baju2 abg iman sume tu dan kongsi bilik dgn abg iman....hehehehe...(kedekut kan ibu ni..hihihi)

Pn. Doktor ckp baby sihat, takde sebarang masalah..uri pun kat atas, air ketuban pun okey, so kalau takde masalah InsyaAllah baby lahir bulan March nanti..Abg Iman dah tak sabar tunggu baby keluar tau...

Kengkawan semua doakan ibu selamat melahirkan baby yer...semoga ibu & baby selamat..InsyaAllah..

Wednesday, December 5, 2012

30.11.10 - 30.11.12 ---> Iman is Turning 2

30.11.12 
'
'
'
'
^
Muhammad Iman Danish a.k.a Abg Iman dah genap 2 tahun...kali ni Abg Iman sgt excited nak celebrate birthday sebab beliau da request 2 benda kat ibu & ayah....

Actually kitorang da plan nak bawak abg iman gi bercuti sempena birthdaynya yang ke 2 ni..lagi pun sementara baby pun belum keluarkan..boleh la ibu berpoya-poya...so destinasi percutian kami kali ni adalah Gold Coast Morib...

Pre-2nd Bitrhday Abg Iman
 Memang sgt berbaloi bercuti di sini, tapi water team park nya kecik jer lah..utk kids mmg sesuai, tp utk mak bapak agak bosan la jugak...

Abg Iman yang excited main air...
Tengoklah gaya abg iman yang beriya-iya main air dalam jacunzii...teringat masa gi homedeco kat klcc tempoh hari. Abg iman sgt teruja tgk jacunzi..siap suh ayah beli pasang kat rumah...wahahaha...mahal kot nak oii..dah tu toilet umah kita tu nak masuk separuh jacunzi pun tak muat..kehkehkeh..haih la anak...

Abg Iman yg tak sabar nak gi main air..


Kami sekeluarga stay sana satu malam jer...sampaikan time nak balik,abg iman tak mo balik wokey...sebab dia tak puas bermain air...hihihi..lgpulak abg iman ckp best bilik ni..katil besar...toilet besar..wahhh lain kali kita dtg la ye nak ye.... ;p

Dah setle pre-birthday celebration, malam 30.11.12 (Jumaat) kitorang adakan majlis kecil-kecilan untuk abg iman. Sorry ya kengkawan sume, sebab majlis ni kitorang buat kecil-kecilan je..untuk ahli keluarga je..

Aksi - aksi birthday boy yang semakin bijak 

'
'
'
'
^





Kek Upin & Ipin seperti permintaan abg Iman  
Abg Iman excited nak potong kek..


then....upacara membuka hadiah...(eh..mcm pengantin pulak iman ini)

Basikal impian abg iman....hadiah yang dah berbulan-bulan abg iman mintak..

yeay....akhirnya basikal ini jadi milik abg iman :p

As usual, every year (baru 2 tahun pun je) iman sure dapat mcm2 hadiah....tapi sayangnya sume hadiah2 tu tak sempat diabadi kan blog ni sebab fotographer nya tak shoot lak hadia-hadiah tu sume...dan sorry agains...tak banyak gambar yang dapat dikongsi bersama, sebab kebanyakan foto-foto ini semua hanya sesuai di jadikan koleksi sendiri sahaja...

Buat Abg Iman...Ibu & Ayah ucapkan selamat hari lahir sayang...semoga abg iman menjadi anak yang soleh, abg yang baik dan penyayang buat adik-adik nanti...next year kita sambut hari lahir abg iman dengan baby pulak yer..

Tuesday, October 9, 2012

Alhamdulilah...My 2nd Pregnancy..


Only 22 more weeks to go
 
My "getting bigger-n-better by the minute" baby is measuring at 7 oz and 6 inches. Their skin is now covered in a waxy cheesy substance called vernix caseosa, which protects their oh-so-delicate new skin ...
 
 
Alhamdulilah...cepatnya masa berlalu kan...pejam celik - pejam celik dah 18 minggu baby membesar dalam perut ibu ni...of course la ibu, ayah & abg iman tak sabar2 nak tunggu kelahiran baby ni...lagi-lagi abg iman..asyik-asyik duk sebut baby jer...

Last check - up last week, both of us (ibu&baby) sihat dan aktif...ibu pun berat badan takdela naik berkilo-kilo lagi setakat ni..hehehehe...of course la pregnent kali ni ibu kena control berat badan ibu..hihihi...

Oh... jom kita tengok apa perkembangan baby di kala 18 minggu yer..

Perkembangan fetus - hamil 18 minggu



saluran darahplasentakakitelinga
Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.

Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.


Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh dicamkan.
Read more: http://www.babycenter.com.my/malay/pregnancy/perkembangan-fetus/18-minggu/#ixzz28krZQlMF
 
 
 
 

Sunday, April 15, 2012

Weight Loss Program - part 1

wahh sudah lama i tak ber-blog..rupa-rupanya blog ini sudah berwajah baru..penat i nak suaikan diri dengan new features ni..huhuhuhu...sebulan lebih i agak sibuk dengan aktiviti harian hingga tak bekesempatan nak on cik lappy utk ber-entry bagai..
mesti u all tertanya-tanya kan apa lah yang ibu iman ni sibukkan hingga tak sempat nak update blog ni (huhuhu blog dah hampir bersawang tau!)

Actually i sekarang bz dengan misi terbaru i..hahahaha apakah itu???
ini lah misi baru saya
'
'
'
'
^
Weight Loss Program
selama 8 hari i ada mencuba minuman nutrisi di salah sebuah kelab ini...dan guest what, i dapat mengurangkan berat badan i sebanyak 2kg..dan alhamdulilah badan i terasa lebih ringan utk menguruskan tugasan harian...walaupun tak banyak turun berat badan, tapi sekurang-kurangnya i dapat jugak elakkan badan i ni dari terus mengembangkan..

Alamak....

Sorry ya, i tak dapat nak ber-blog lelama pulak sebab boyfrend i yang cute sudah bangun...i sambung di lain entry pulak yer...

p/s: haih baru nak bersuka ria dah tak kesampaian la...hai lahhhh anak ibu ni..

Saturday, March 17, 2012

Finally...boleh jugak remove timeline FB...



Sejak pakai timeline kat fesbuk tu i rasa menyampah betul nak on FB through Cik Lappy ni..sebab rasa serabut kepa hotak yang memang sedia serabut ni..
Lastly, tadi duk godek2 dapat lah remove timeline tu...

so buat sesape yang nak remove u all boleh lah visit this link wokey:

u all pilih salah satu browser yang korang guna ( i pilih mozilla ), then u download...
Lepas dah siap download, u all tutup    browser dan buka balik. Okay tak? Kalau okay jangan lupa  share dengan kawan u all! 
 Byeeee....
 Assalammualaikum....... ^^

Wednesday, March 14, 2012

Syoknya Bila Cuti Menjelma...







Cuti Sekolah memang sangat heaven, walaupun akan berpenat seharian dengan si kecik di rumah..sebab leh lepak-lepak dengan iman...then, boleh masak macam menu untuk iman (oppss untuk ayah Iman sekali lah tu...)

Lagi boleh tido petang...hahahaha yang ni time cuti ja boleh buat..kalau hari biasa mintak maaf yer..

menu semalam..(sebab isnin ibu tak dapat masak beriye2 masak sebab ibu kena gi sekolah)

'
'
'
^
Penkek Pisang untuk breakfast Iman & Ayah Iman


 resepi penkek ini saya amik dari kak Fara Kertina Waty.. disini
 '
'
'
'
^
Udang Masak Lemak Campur Labu

 sangat mudah - i just blend santan + sedikit halia + kunyit + bwg putih sikit + bwg merah sikit, then masukkan kan dalam periuk bersama-sama dengan labu, then dah didih, i masukkan udang...siap..

Monday, March 12, 2012

Biskut Roti

very cute kan...

Tangan si kecik yang teruja dengan biskut roti ini...

Actually saya dapat inspirasi dari Kak Farah Rahim - Prince dan Princess Brokoli Carrot French Toast

Then, i pun gedik-gediks try lah mencuba menggunakan  cookie cutter yang ada kat umah...hehehe..

hasil pertama 
'
'
'
^

cuma bezanya i tak salut semua sekali dengan bancuhan telur tu..i cuma letak sikit jer atas roti tu...

 separuh i goreng atas kuali..

 dan separuh lagi i bakar utk jadikan jajan si iman nii
hasil seterusnya..i pegi bakery yang kat depan umah i ni...waahhh sgt teruja okey...ada banyak bentuk cookie cutter yang comey2...

hasilnya...iman siap membelek2 sebelum masuk mulut..selalu tunjuk one-two-three dalam buku jer..ni reall punya wokey...siap boleh makan lagi..hahaha 

senang kan mau buat jajan iman sekarang...kadang-kadang i sapu unsalted butter sket atas roti tu before bakar...





Checklist Cuti Sekolah

Selamat Bercuti buat semua warga pendidik...dan buat students tu jangan lupa buat ulangkaji ya..lagi-lagi yang nak amik exam hujung tahun ni ya...

school holiday kali ni i dengan family kecik i tak balik kampung pun sebab cut off bajek...hahahaha lagipun en.hubby tak boleh nak amik cuti lelama..and kerja pun agak banyak untuk di setlle kan..huhuhu sangat222 rindu dengan mom di kg...(entah2 tetiba jer hubby ajak balik kg mana tau kan...hope so!!)

wokey! tak mau merapu banyak-banyak sebab terlalu banyak kerja yang nak disettle dalam cuti ni..lagi2 jap lagi nak kena gi school gak, sebab ada kelas tambahan lah pulak...(baru nak berfoye2 cuti sekolah )

I nak senaraikan beberapa work-list yang perlu disiapkan dalam cuti ni jugak..
  • Tanda kertas peksa (haruslah si iman juga akan sibuk membantu kan) ------> DONE (13/3/12)
  • Key in data pelajar, info pelajar & info parents pelajar....(bape banyak pelajar daaaaa)------>DONE (17/3/12)
  • Prepare teaching aids
  • Key in markah kat SAPS------> DONE (14/3/12)
  • Kemas umah (bilik2 yang macam dah tak rupa bilik)------> DONE (16/3/12)
  • Try & error beberapa reasepi baru utk iman (yang ni paling i suka)..ngeh..ngeh.. ------> DONE (setiap hari ;p)
So, sape kata jadi cikgu seronok sebab banyak cuti?? memang lah seronok banyak cuti, tapi kerja tetap on wokey..cuma bezanya kami-kami tak perlu buat kerja di sekolah..boleh goyang-goyang kaki buat kat umah sambil tangan menepis tangan si kecik..huhuhu yang pasti, cuti sekolah adalah cuti dari teaching sahaja..kerja-kerja pengkeranian tetap berjalan seperti biasa (*_^)
 But..apa pun orang cakap..I tetap LOVE being a Teacher...










Saturday, March 10, 2012

Homemade brocoli - fishball


Cuti sekolah dah bermula....yeaaahhhhhaaa
Jadi boleh la ibu ber'experiment' dengan food iman...
menu pertama iman di hari pertama cuti sekolah ibu
'
'
'
'
'
^
homemade brocoli-fishball

resepi ni i cedok kat buku resepi Nutritionist's Choice book, then i olah sikit dengan bahan-bahan yang ada di dapur tu...

Bahan-bahannya:

  • 3/4 cawan isi ikan tenggiri (dibuang kulit & tulang)
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu besar brocoli
  • secubit garam (i tak latak pun sebab i da letak lada sulah)
  • secubit lada sulah
Cara-caranya sangat lah mudah...
Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam pengisar.. kemudian blend sampai betul-betul halus dan semua bahan-bahan tadi sebati..

Blend sampai betul-betul sebati & halus

Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar. Baling adunan ke bahagian tepi mangkuk. Ulang sehingga menjadi adunan pejal dan berkilat.

Bentukkan adunan menjadi bebola kecil menggunakan tangan.

Didihkan air dalam periuk

Celurkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak

 sudah masak..dan boleh di makan bersama bubur nasi, bihun sup, pasta atau boleh dibuat sup sayur campur bebola ikan...

untuk tengah hari tadi,i masakkan bubur nasi yang dimasak dengan stok ayam dan dimakan bersama homemade broccoli-fisball ini bersama dengan broccoli steam...

lunch iman hari ni ~ bubur nasi + homemade broc-fishball + broccoli steam 

Review: Iman makan dengan enjoynya....






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!