Thursday, May 19, 2011

Iman sudah makan...

Lagi 15 hari iman sudah mau cukup 6 bulan...ibu sangat teruja untuk memberi iman mamam sebab si kecik macam sgt teruja utk makan. Then saya pun berusaha lah mencari info tentang solid food utk si kecik saya..memula risau jugak sebab cik misi kat KK bagitau kena tunggu 6 bulan baru boleh bagi solid food.. Tapi after bertanya dengan orang yang berpengalaman, diorang cakap takpe if baby sudah mula menunjukkan minat utk makan....
Si kecik Iman sgt teruja dengan makan..sebab bila je saya and en.hubby mengunyah makanan, mulut si kecik juga turut mengunyah2...aduhhhh sgt tak sampai hati bile tgk si kecik buat aksi macam tu...

So..saya pun apalagi terus la cuba memasak bubur nasi utk si kecik kesayangan...actually ramai gak yang suh saya kasi jer nestum...tapi saya rasa utk 1st solid food ni better saya sediakan sendiri....barulah terasa feel nyer menjadi ibu kan...hehehehe lagipun saya bekerja sebelah petang..jadi saya punya banyak waktu untuk memasak utk si kecik saya..

Untuk permulaan saya mencuba bubur nasi + karot...

 saya cume letak karot jer....owh lupa pulak..tak boleh letak garam atau penambah perasa tau...sebab ginjal baby kite masih belum bersedia ..:p..then, bubur tadi di blend menggunakan blender..(hahaha of course la gune blender kan)... and kalau boleh tolong jgn campur blender bubur so kecik dgn blender harian yer..



 Yeay...ibu..Iman sudah bersedia mau makan lah....cepat ibu...

 Herm sedapnyer... waaaahhh lepas ni ibu selalu2 lah memasak untuk Iman...



Buat permulaan ni saya cuma bagi Iman makan 4-5 sudu jer...and sehari sekali..nanti kalau pooh nyer okey..kita makan 2 kali sehari pulak yer sayang....

Tuesday, May 17, 2011

Naik Gaji hingga DG54


Oleh Mohd Roji Kawi, M Hifzuddin Ikhsan dan Nor Azma Laila
bhnews@bharian.com.my
2011/05/17

pix_gal0
Najib umum kaedah baru kenaikan pangkat guru PDP

KUCHING: Mulai Januari tahun depan, lebih 300,000 guru yang terbabit dalam pengajaran dan pembelajaran (PDP) berpeluang menikmati kenaikan pangkat hingga ke gred DG54 berbanding setakat gred DG48 sekarang, walaupun menabur bakti selama 25 tahun dalam perkhidmatan.
Jika berjaya menunjukkan kecemerlangan dengan menampilkan perkhidmatan lebih bermutu seperti ditetapkan Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan, mereka juga berpeluang mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara.
Kaedah baru kenaikan pangkat khusus untuk guru PDP itu adalah hadiah kerajaan sempena Hari Guru tahun ini bagi mengiktiraf pengorbanan dan menyedari beban tugas mereka memenuhi tuntutan potensi modal insan negara.

Ia diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan beliau dalam rakaman video yang ditayangkan ketika Pelancaran Perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan ke-40 oleh Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, di sini semalam dan disiarkan secara langsung menerusi televisyen.

Melalui kaedah baru berkenaan, guru diklasifikasi dalam empat kategori iaitu Guru Biasa, Guru Kanan, Guru Wibawa dan Guru Pendeta dengan mereka yang mencapai dua kategori tertinggi berpeluang mencapai sehingga gred DG54 dalam tempoh 25 tahun perkhidmatan, berdasarkan kecemerlangan.

“Mereka yang menunjukkan kecemerlangan terkemuka, boleh mencapai Gred Khas C dan ke atas sebelum bersara. Namun, guru yang tidak dinaikkan pangkat ke Gred Khas, masih berpeluang menikmati Pergerakan Gaji Tahunan. Untuk ini, kerajaan bersetuju menambah jawatan Gred Khas C bagi laluan PDP sebanyak 100 peratus kepada 72 jawatan, berbanding 36 jawatan sedia ada di bawah konsep Guru Wibawa dan Pendeta Guru,” katanya.
Pada masa sama, kerajaan bersetuju menaikkan gred jawatan semua Pengetua Sekolah Menengah gred DG48 ke DG52, membabitkan 1,228 jawatan, manakala semua Guru Penolong Kanan (GPK) Sekolah Menengah dinaikkan dari DG44 ke DG48 membabitkan 6,585 jawatan. Bagi GPK sekolah rendah kluster pula, mereka dinaikkan pangkat dari gred DGA32 ke DGA34.

Najib berkata, insentif itu adalah kesinambungan transformasi kecemerlangan dalam perkhidmatan perguruan yang mengambil kira keunikan tugas guru dan keperluan memberikan kenaikan pangkat melalui kaedah berasaskan masa (time-based).

Katanya, majoriti guru yang bertungkus lumus di bilik darjah hanya akan mengakhiri perkhidmatan mereka pada gred DG48 selepas berkhidmat selama 25 tahun dan sudah tiba masanya laluan kerjaya guru ditambah baik.

“Hakikatnya, sejarah pembangunan Malaysia dilakar melalui kalam guru, ia disuburkan hasil jerih payah dan pengorbanan warga pendidik di bilik darjah dan padang permainan dengan sebuah negara yang mahu serta bertamadun hebat tidak mungkin terbina tanpa insan bergelar guru.

“Hari ini di setiap ceruk rantau negara, guru tanpa mengenal erti penat lelah sentiasa membawa cahaya harapan kepada anak Malaysia. Merekalah yang membuka pintu gedung ilmu pengetahuan bagi membolehkan penerokaan khazanah minda seterusnya mengoptimumkan potensi modal insan,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin ketika diminta mengulas mengenai beberapa tuntutan yang belum diselesaikan berkata, isu seperti guru siswazah yang belum mendapat kenaikan gred akan diselesaikan secepat mungkin.

“Perjawatan guru amat luas dan kita memandang serius setiap tuntutan yang dikemukakan serta perlu diteliti sebelum diselesaikan seperti isu guru siswazah yang berada di gred diploma.

“Begitu juga dalam mengukur pencapaian guru. Dulu kita sukar untuk menilai, tetapi menerusi sistem dan insentif baru, lebih banyak ganjaran disediakan dan ia berjaya melonjakkan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR),” katanya.

Mengenai dakwaan insentif baru yang diumumkan Perdana Menteri sebagai meniru Buku Jingga pembangkang, beliau menegaskan, kerajaan melakukan pelbagai usaha menambah baik perkhidmatan pendidikan tanpa perlu menunggu pilihan raya.

“Insentif yang Perdana Menteri umumkan ini lebih baik daripada janji RM500 pembangkang yang hanya manis di bibir saja. Kita buat semua ini bukan disebabkan mahu menghadapi pilihan raya umum, sebaliknya ia dilakukan sepanjang masa,” katanya

Thursday, May 12, 2011

Carta Pemakanan Baby Saya

Ketahuilah bahawa bkn semua bayi dpt menerima perubahan dlm makanan mereka dgn mudah.Oleh itu,lakukannya secara perlahan-lahan...

Bayi 5-6 bulan
Tekstur makanan puri (halus)
Minuman susuibu
Senarai Makanan : beras,pisang,ubi kentang,keledek,lobak merah
Perlu dielakkan : garam,gulatelur,kekacang

Bayi 6-8 bulan
Tekstur makanan puri yg sedikit kasar 
Minuman susuibu,air masak,jus buahan yg dicairkan 
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin

Bayi 8-9 bulan
Tekstur makanan lenyek atau kisar
Minuman susuibu atau susu formula,air masak
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayur-sayuran,telur
Perlu dielakkan : susu lembu segar,telur putih,ikan dlm tin

Bayi 9-12 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : Buah-buahan,sayuran,ikan,daging,produk tenusu,telur
Perlu dielakkan : telur putih,cili,garam,gula

Bayi 12-18 bulan
Tekstur makanan cincang
Minuman susuibu atau susu formula,air masak,jus buah-buahan yg dicairkan
Senarai Makanan : sama seperti keperluan seluruh ahli keluarga
Telur mentah,cili dan kerang-kerangan

Wednesday, May 11, 2011

Sejarah Hari Ibu....betulkah??

Saya ada terbaca satu note ni kat fesbuk kawan saya..and bila saya punya baca dan baca..alamak betul kah yang dikatakan ni???? cuba korang baca pulak...

"Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei."
So kalau ada blogger2 yang ada any idea tentang sejarah hari ibu ni kite share sesame yer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!