Wednesday, December 21, 2011

SKIM GAJI BARU SBPA 2012


Semua kakitangan awam da sibuk dengan isu SBPA ni kan.. sini ada sedikit maklumat berkenaan dengan opsyen baru ini..
Dalam Skim Gaji SBPA 2012, semua kenaikan pangkat tidak lagi bergantung kepada kekosongan jawatan tetapi bergantung kepada tahap prestasi dan yarat kelayakan.
Seseorang guru boleh mencapapai ke tahap DG 54 ( 1-6 ) setelah 25 tahun berkhidmat. Syarat sah dalm perkhidmatan hanya 6 BULAN dan 5 HARI menduduki KURSUS INDUKSI yang dijalankan.
Kenaikan pangkat daripada :
DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun
Kenaikan tahunan untuk :
DG 41…RM 230
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320
 
GAJI PERMULAAN :
DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505
 
Gaji kakitangan awam akan disemak setiap 3 tahun sekali, bermakna 2015 ada lagi semakan, demikian juga pada 2018. Pada 2013 dan 2016 kadar elaun akan disemak semula.

Selepas ini tiada lagi gred DG 41, 44, 48, 52,& 54. Semua gred DG itu diganti dengan 1-1,1-2,1-4,1-5 & 1-6
 
Anda boleh rujuk pada pekeliling ini untuk terperinci.. klik di sini (pp132011)


***sorry ya maklumat ini adalah untuk tangga gaji baru bagi guru2 sahaja...



Monday, December 12, 2011

11.12.11----->2nd Anniversary :: Oh..Ombak Rindu ~

...'we have been married for 2 years'...
wah sekejap saja masa berlalu kan..sudah 2 tahun kehidupan bahagia saya bersama suami tercinta..

Buat suami tercinta..saya tujukan entry ini khas kepada anda..buat tatapan kita di hari tua..dan juga tatapan anak2 kita apabila mereka dewasa kelak ...(ayat..memang tak boleh blah yer ;p)

Buat  en.hubby..Happy 2nd anniversary dear..very2 thanx dear sebab awak sgt sabar melayan karenah saya yang sgggggggttt suka merajuk dan kual membebel ini...(hahahaha...jgn tak tau en.hubby ckp saya ini kuat membebel tau..erkkk agak2 nya cikgu lah kan..xoxoxo)
 Saya sgt berharap supaya rumah tangga kita sentiasa beroleh rahmat & dilindungiNya..
Tetiba teringat zaman tahun pertama perkahwinan kita yang hanya dapat bersama di kala hujung minggu saja..hukhukhuk...adeh! tak dapat bayangkan kalau kita masih lagi berjauhan kan...;p
Lastly, just let u know that..I really222 LOVVVEEE U dear.. 

ngeh2...sempat lagi gi tengok wayang berdua........
Ombak rindu..en.hubby pun thumb up jugak utk ombak rindu..memang best lah!! 

p/s: sudah 2 tahun wedding ini..bila mau tambah anak ke2 pulak??

Wednesday, December 7, 2011

Tarikh Pembayaran Gaji Bulanan Kakitangan Awam Tahun 2012

Eh2...
Tajuk entry yang melampau..
Gaji Disember juga masih belum dapat..sudah advance ke tahun depan ya??

Hahahaha ;p..
Actually info ni saya dapat dari ex-school mate saya..boleh refer di sini...
 so nanti kot2 terlupa boleh lah refer kat sini bila time hujung bulan..hikhikhik

Jan : 16.1.2012 (Isnin)

Feb : 23.2.2012 (Khamis)

Mac : 22.3.2012 (Khamis)

Apr : 25.4.2012 (Rabu)

Mei : 23.5.2012 (Rabu)

Jun : 25.6.2012 (Isnin)

Jul : 25.7.2012 (Rabu)

Ogo : 13.8.2012 (Isnin)

Sept : 25.9.2012 (Selasa)

Okt : 22.10.2012 (Isnin)

Nov : 6.11.2012 (Selasa)

Dis : 18.12.2012 (Selasa) 

Daaaa....semoga kita bekerja dengan lebih gigih ya tahun depan!!!

p/s: buat kakitangan swasta..boleh rujuk dengan syarikat masing2 ;p

Wednesday, November 30, 2011

30.11.2011----> Iman Danish Turn to 1 Year

Happy Birthday sayang Ibu & Ayah...
30 Nov 2011
Ini Entry Istimewa Ibu buat buah hati ibu - Muhammad Iman Danish

Cepatnya masa berlalu, buah hati ibu sudah cukup setahun..rasa macam baru jer ibu bersalinkan Iman..
Pagi tadi da pergi check up & inject vaksin MMR..sekarang berat Iman 9.26kg ( turun sket sebab Iman demam+selesa+batuk seminggu lepas) dan tinggi iman da 78cm..

Jom kita share Iman's development since beliau sudah 1 year ini...
  • Development terbaru, sempena cukup umur setahun ------> Iman sudah boleh melangkah setapak dua..yeay.!
  • Dah pandai angkat tangan when ibu 0r ayah 0r nenek tanya siapa nama Iman Danish...
  • Paling suka dipuji dan mesti tepuk tangan apabila di puji...
  • Dah pandai selak baju ibu if nak nenen...
  • Dah faham sket2 ape yg kita ckap..mcm suh salam..cium..babai..
  • Owh...sgt obses dgn kartun Upin & Ipin..
  • Dah boleh sebut certain word like 'nanak' ----> tak nak... 'mama' & 'yayah'----> ayah....
  • Sgt obses dgn toys...wah...paling suka kalau pegi tesco, mesti nak pegang rayk2 toys tu..da pandai tunjuk & pilih toys mana yang dia nak...
  • Dah pandai pilih food yang dia suka..so far sekarang Iman lebih suka pasta daripada bubur nasi..dan suka sayur brokoli..even brokoli rebus, Iman leh makan cam tu jer..
Actually banyak sgt dah yang Iman pandai sekarang...kalau nak di senaraikan sampai esok pun tak habih.. LOL ;p

Then, jom kita layan pulak picca2 celebration 1st Year B'day Iman ya..We all celebrate Iman's 1st B'day terawal 2 hari, since sempena cuti Maal Hijrah..
 sorry ya kawan..Iman celebrate di kalangan family ja...nanti Iman da besar..Iman jemput kawan2 ya..

Yeay...1st time Iman potong kek...

 Yeay..Iman dapat banyak hadiah tau...psss...hadiah dari Atuk Kedah tunggu Iman balik kg nanti ya..

 Organ ni Neksu yang kasi...


Upin & Ipin...Pak Lang yang kasi...tima kasih Pak Lang...baju kat belakang tu Nenek & Atuk Iman yg kasi..

 Lori & Handset ni Mak Usu Iman yang kasi...
Wahhh...ini Pak Ngah Iman kasi....walker & wagon from Fisher-Price...

Eh2..Ibu dengan Ayah kasi ape?? hehehe ibu & ayah kasi kasih sayang yang tak terhingga buat Iman ya..

Inilah hadiah dari Ibu & Ayah..peneman Iman tido di kala malam...



P/s: Iman sudah boleh berjalan..errrkkk Iman nak adik tak??? wahahahaha

Friday, November 25, 2011

Perlindungan utk Iman - PruBSN Takaful(",)

Let we counting da days...heee..hari ni 25.11.11. lagi 5 hari buah hati ibu akan cukup 1 tahun..Alhamdulilah..

Sebagai perlindungan untuk si kecik saya, kami telah memilih PruBSN Smart Link..Pemilihan ini di buat setelah membuat perbandingan dengan beberapa takaful yang lain..dan di atas beberapa alasan dan manfaat yang kami rasa berbaloi, dan kami akhirnya memilih PruBSN .. (opps..saya bukan cuba mempromote @ menjual product ini ;p) 


Kalau ada mommies2 atau kawan2 yang berminat utk mengetahui lebih lanjut tentang plan takaful ini..boleh lah klik kat sini - PruBSN -

Monthly saya hanya perlu membayar RM150 dan saya & si kecik memperolehi semua manfaat2 ini...
(erk..takaful ini juga ada untuk bayaran RM120 ya..)
  • Manfaat Khairat Kematian & Hilang Upaya (50K ---90K)
  • Manfaat Pampasan Kemalangan diri 24 Jam (20K)
  • Pampasan 36 penyakit kritikal (10K)
  • Pendapatan Tahunan Hilang Upaya (2K p.a)
  • Pampasan Rawatan Setiap Kemalangan (RM2K)
  • Elaun Tunai Harian Hospital ( RM200/day)
  • Elaun Tunai Harian Hospital ICU (RM100/day)
  • Elaun Tunai Prosedur Pembedahan (RM2500)
  • Kad Perubatan Tahunan-bil hospital & lain2 rawatan (RM75K) 
  • Kad Perubatan Seumur Hidup (RM750K)
  • Pengurusan Jenazah -pengebumian (RM2K)
  • Bonus Tanpa Tuntutan - if tak guna kad perubatan (RM300 p.a)
  • Simpanan Tambahan (RM120 p.a)
  • Simpanan Tetap - 18 Thn (RM24K)
  • Simpanan Tetap - 25 Thn (RM40K)
  • Pengecualian Pembayaran akibat hilang upaya (si kecik & pembayar)
  • Pengecualian Pembayaran akibat kematian & hilang upaya( pembayar)
Memang berbaloikan..dan lastly saya dan suami jugak turut mengambil takaful ini - saya cerita di lain entry ya...wassalam..

P/s : at least Iman Danish dah tak payah lagi sibuk nak buat pinjaman PTPTN ya bila dah nak further study nanti... ;p

Monday, November 14, 2011

SPM 2011

Isnin, 14.Nov 2011 bermulanya episod peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011...dan bermula jugak tugas saya sebagai pegawas SPM...walaupun tak dapat menghabihkan cuti bersama si kecik, tapi at-least adalah jugak aktiviti di kala cuti sekolah ini..ngeeeee..lagipun bukan hari-hari kan jaga peksa...(eh, ape yang merepek ni ;p)
1st time jage SPM, kena pulak jaga calon persendirian.....
Wah2...mcm2 ragam rupanya calon-calon persendirian ni ya??yang datang beruniform lengkap tu kira okey lah...tapi yang datang dengan rambut berwarna-warni, serabai mcm setahun tak diurus, apa kes???uissssshhh... 
Tak kesah la i..yang penting i tetap menjalankan  tugas dengan penuh dedikasi...ceeeewwaah!!


Okeylah..Lastly i nak wish All Da Best buat semua calon SPM 2011 & kepada semua pengawas SPM 2011, selamat menjalankan tugas dengan penuh intergriti....

picture ni adalah ihsan dari en.google

Sunday, October 30, 2011

Baby Spagheti

 Ini lah baby sphagetty.. sesuai untuk baby berumur 8 bulan ke atas...

Bahan-bahan:
  • 10 batang spaggeti (dipatah - patahkan)
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit isi ayam (hiris nipis)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris halus)
  • 1 sudu olive oil
  • Air
Cara-caranya:
  1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
  2. Didihkan air dalam periuk. Tambah 1 sudu olive oil.
  3. Rebus isi ayam hingga masak
  4. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebuskan lagi hingga kentang & lobak merah empuk.
  5. Masukkan spagetti .Rebuskan lagi utk seketika.
  6. Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang. Masak hingga daun sup dan daun bawang layu.
  7. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda 

 Ini lah bahan-bahan -nya....sangat simple kan..dan sudah pasti bahan-bahan ini senantiasa ada di dapur ibu..

 Ini lah rupa baby spaghetti yang belum di blend...

Dan ini rupanya apabila ia di blend...
    5.    P/s : seminggu ibu cuti..dapat lah Iman rasa macam-macam menu ni...kihkihkih
    6.    

    Wednesday, October 26, 2011

    Triffel

    Dah lama saya dapat resepi Triffel ni. since raya yang lepas la..kisahnya apabila kami di jemput ke open house salah sorang kawan se-universiti dulu...mama yuy.. sekali bila rasa Triffel kat rumah mama yuy, terus mintak resepi dan tersimpan dalam buku resepi sampaila ke hari ni, baru tergerak hati nak buat...lagipun semua bahan2 tu ada jer kat dapur tu.. jom kita tgk mcmmana mau buat ...

    patutnya kena letak dalam bekas yang berkaca..tapi saya takde bekas berkaca yang besar..so tupperware pun boleh lah kan...

    Bahan A (Lapisanbawahsekali) :
    1 buku kek (lebih baik beli kek butter/mentega) **perasa ikut suka
    Penyediaan :Potong nipis dan susun rapat-rapat kat bahagian bawah bekas kaca.

    Bahan B (Lapisan ke-3) :
    3 sudu besar tepung kastard
    2 biji telur (kuning sahaja)
    1 tin susu cair
    2 sudu besar gula
    Sedikit esen vanilla
    1 cawan Air
    Penyediaan :Campurkan semua Bahan B dan masak atas dapur. Sentiasa kacau dan tunggu hingga menggelegak.api jangan kuat sgt..

    Bahan C (Lapisan ke-2) :
    1 tin fruit cocktail( nakguna peach dalam tin pun boleh )
    Penyediaan :Toskan airnya siap-siap.

    Bahan D (Lapisan atas sekali) :
    2 kotak serbuk jelly segera (nak buat sendiri pakai agar-agar pun boleh) **perasa ikut suka


    Penyediaan :Masak dengan 5 cawan air panas dan kacau sehingga pekat. Pastikan tidak terlalu lembik.


    Cara-cara :
    Tuang satu-satu bahan A, B, C dan D ikut turutan
    1.  Mula-mula tuang bancuhan kastard (Bahan B) dulu kat atas lapisan kek (Bahan A) yang dah disusun siap-siap dalam bekas kaca tadi. Ratakan dan biarkan sejuk sekejap.
    2.  Lepas kastard dah keras/ membeku sikit, barulah tuang fruit cocktail (Bahan C) yang dah  siap ditoskan tadi kat atas lapisan kastard.
    3. Akhir sekali, barulah tuang bancuhan  jelly  (Bahan D) kat atas lapisan fruit cocktail. Ratakan.
    4. Simpan dalam petisejuk. Biarkan selama 2-3 jam sebelum dimakan.
    Selamat mencuba!



    Bubur Ayam Mentega..

    setelah 2 hari si kecik saya 'reject' semua bubur yang saya masak, so last wednesday saya pun sibuk mencari resepi-resepi yang menarik buat si kecik saya. Cari punya cari, lastly saya terjumpa satu resepi yang menarik di blog mama Farah Bubur Ayam Mentega. resepi ni sangat mudah & cepat. (Bezanya saya tidak menggunakan slow cooker seperti kak Farah). So, saya pun terus mencuba resepi ini..dan si kecik saya sangat menggemarinya..habih satu mangkuk di mamam nya..Alhamdulilah..jom kita tengok bahan-bahan & cara memasaknya...

    Bahan-Bahan:
    • Beras - basuh & toskan
    • 1 ulas bwg putih - di potong besar
    • 2cm halia - di ketuk
    • 1 bj sup bunjut
    • minyak sapi - utk menumis
    • ayam - di cincang halus
    • jagung manis - dipotong halus
    • carrot - diparut
    • kentang - diparut
    • air - ikut suka hati
    Cara memasaknya :
    1. Tumis minyak sapi dalam periuk (kuali pun boleh) + bawang putih + halia + sup bunjut
    2. Masukkan ayam 
    3. Masukkan beras yang dah di tos
    4. Masukkan jagung manis + carrot + kentang
    5. Gaul hingga sebati
    6. Masukkan air....
    7. Tunggu sampai nasi + sayur2an tadi dah betul2 lembut, boleh serve pada si kecik anda..
    Si kecik saya berusia 10m ++ ketika mencuba resepi ini, dan tidak mengalami apa - apa alahan..memandangkan si kecik saya tak suka bubur yang di blen, so saya hanya melenyek nasi & sayur tadi supaya hancur..
     Bahan-bahan yang diperlukan
    Owh..terselit jugak gambar si kecik yang sangat suka menyibukkan diri membantu di dapur...

    p/s : sgt suka bila tengok si kecik menggemari resepi baru ini. Credit to Kak Fara Kertina  Waty Awang ..

    Sunday, October 16, 2011

    Oh..Iman sudah boleh berdiri sendiri

    Oh..sudah hampir sepurnama Kisah^Husna dibiarkan bersawang....>.< 
    Entah apa yang disibukkan sgt oleh si ibu beranak kecik sorang ni kan...

    Dan diam tak diam jugak si kecik saya Muhammad Iman Danish dah semakin membesar dengan jayanya.. ;p
    Punya lah lama si ibu tak meng-update cerita & perkembangan si kecik..


    Hari ni, 16 Oktober 2011, si kecik yang berusia 10 bulan 16 hari menunjukkan skill yang terbaru -----> berdiri dengan sendiri nya......cheh2...anak ibu dah maju setapak lah...

    Jom kita layan picca2 si kecik yang semakin memikat hati ibu-ibu di luar sana ;p..

     Ibu-ibu...Iman sudah boleh berdiri sendiri tau...yeay.....

     owh....Iman suka posing depan kamera ;p

     Erm..okey tak gaya cam gini Ibu??

     Iman tak mo main mainan yang ibu beli tu...Iman lagi suka main menan yang original cam gini..ngeh..ngeh..

     Ayah..Iman pun nak jugak oren tu...suap sket...

     Ngeeeeeeeee...sedap rupanya buah oren ni.....Iman nak makan sendiri lah!!

    p/s : owhh macammana lah ibu tak jatuh hati dgn buah hati ibu sorang ni...erk...Iman sudah nak pandai jalan ni, bila ibu mau kasi Iman adik??? bosan lah ibu main sorang2 jerrrr ;p wink2wink2wink2::::

    Monday, September 5, 2011

    Aidilfitri 2011 = Raya Pertama Iman

    Alhamdulilah....
    Kami sekeluarga selamat tiba kembali di teratak syurga kami - Hulu Langat..setelah hampir seminggu bercuti untuk ber-aidilfitri.. 
    Dari Melaka - Kedah - Ipoh - Hulu Langat...jauhnya perjalanan kami di aidilfitri tahun ini..dan jauh jugak perjalanan si kecik kami apatah lagi di tahun pertama si kecik menyambut aidilfitri ini...alhamdulilah, Allah permudahkan perjalanan kami..
    Serasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI serta MAAF ZAHIR & BATIN

    Semestinya Aidilfitri tahun ini adalah yang teristimewa bagi saya dan suami kerana berpeluang menyambutnya bersama si kecik kami...

    apa-apa pun jom kita layan foto-foto Raya Pertama Sikecik ini...p/s: foto-foto ini semua adalah foto raya pertama si kecik di hari raya pertama...kehkehkeh...sebab gambar lain belum sebab di upload...maklumlah masih lagi mood beraya..

    yeay!! tema tahun ni adalah OREN ;p

    si kecik yang sibuk nak tanggalkan songkok di kepala...

    puas memujuk si kecik memakai songkoknye....haihhh anak ibu ayah niiii

     kami bertiga dapat duit raya lagi tau...orange gitu

    iman syok depan kamera.... (",)

    Bersama keluarga mertua tercinta.....raya tahun ni turn bersama family en.hubby....tunggu tahun depan bersama my family pulak...hehehehe tak kesahlah raya di mana, yang penting  si kecik dan si hubby sentiasa di sisi...

    Keluarga besar my MIL....meriahkan.....

     Si Iman wid Atuk Hensem.........huahuahuahua

     Si Iman wid Oyang nya...........

    Together...piece!!!

    Raya Pertama tahun ni kami sekeluarga beraya di Melaka...
    InsyaAllah sekiranya ada kelapangan saya post entry beraya di Kedah pulak yer.......and raya di sekitar Hulu Langat-Kajang-Bangi.

    Sunday, August 7, 2011

    Agar2 Sirap Bandung

    Sejak puasa ni tekak asyik nak merasa agar2 or puding jer. So saya pun ape lagi start lah bukak buku2 resepi dessert mencari apa yang sesuai dengan tekak untuk dihidangkan dengan juadah berbuka. Dua hari lepas teringin nak makan agar-agar laici..memandangkan en.hubby ni style yang tak berapa suka nak ke bazar ramadhan, terpaksalah merajinkan diri membuatnya sendiri..huhuhu... :p [ next time i post how i make that jelly eh]

    Agar-Agar Sirap Bandung

    Bahan-bahan:
    • Agar-agar (18 g)
    • 1200 ml air
    • sehelai daun pandan
    • pewarna merah
    • 1 tin susu cair
    • 1 cawan susu pekat
    • 3 sudu besar gula ( ikut kesesuaian )
    Cara Memasak:
    1. Masukkan agar2, air dan daun pandan dalam periuk-----> didihkan sampai agar2 tadi larut
    2. Masukkan susu cair + susu pekat manis + gula
    3. Masukkan pewarna merah ( ikut kesesuaian & warna yg disukai )
    4. Then, bila warna dah sebati..tapis dan masukkan dalam acuan @ loyang.

    Selamat Mencuba...

    P/s: En.hubby cakap sedapnya agar2 ni..puas hati i sedap en.hubby makan sampai licin :p

    Monday, August 1, 2011

    Ramadhan Datang Lagi......

    (picture ni adalah belas ihsan encik google)

    Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam di Dunia ini... hari ni bermulalah kewajipan kita untuk menunaikan RukunIslam yang ke 3 bagi tahun ini.. SELAMAT BERPUASA ya kawan2..

    This year saya dapat berpuasa together with en.Hubby and my Little Hero..Alhamdulilah...di atas rezeki yang terlimpah ruah ini..
    Masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas...that moment yang paling diingati..Hujung minggu adalah saat yang paling ditunggu..hanya kerana en.Hubby jauh di mata...sob..sob..sob..hanya si kecik dalam pewot jadi peneman setia...



    Semalam,my da frend Cik Sarah meng-komen satu status saya yang membuatkan saya betul2 rindu saat itu...dan saya tau saat itu takkan kembali lagi...To all my frend...chah..syikin..kak liey..kak wani..sara..& kak zila.. you all memang kawan dunia akhirat......

    Serasa saya, Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhan Terindah yang pernah saya tempuhi..Alhamdulilah..pertama kali saya berpuasa bersama si kecik di dalam perut....Dengan kuasa Allah...saya langsung tak rasa letih & penat...dan Alhamdulilah sekali lagi saya dapat bertahan selama 30 hari..MasyaAllah......
    (Terima Kasih Ya Allah)
     Dan Tahun ini...adalah nikmat yang tak terhingga kerana saya dapat bersahur dan berbuka (InsyaAllah...) bersama dengan suami tercinta dan anak tersayang......
    (yeay..da tak payah tunggu weekend macam tahun lepas lagi  :p)

    Lastly..saya mengambil kesempatan ini mengucapkan salam Ramadhan buat semua Umat Islam..dan selamat mengimarahkan Ramadhan kali ini..Wassalammmmmm...

    P/s: Ramadhan kali ini berterawikh bersama si Iman jerlah di rumah....uhuhuhu

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Designed By Blogs Gone Wild!