Wednesday, October 26, 2011

Triffel

Dah lama saya dapat resepi Triffel ni. since raya yang lepas la..kisahnya apabila kami di jemput ke open house salah sorang kawan se-universiti dulu...mama yuy.. sekali bila rasa Triffel kat rumah mama yuy, terus mintak resepi dan tersimpan dalam buku resepi sampaila ke hari ni, baru tergerak hati nak buat...lagipun semua bahan2 tu ada jer kat dapur tu.. jom kita tgk mcmmana mau buat ...

patutnya kena letak dalam bekas yang berkaca..tapi saya takde bekas berkaca yang besar..so tupperware pun boleh lah kan...

Bahan A (Lapisanbawahsekali) :
1 buku kek (lebih baik beli kek butter/mentega) **perasa ikut suka
Penyediaan :Potong nipis dan susun rapat-rapat kat bahagian bawah bekas kaca.

Bahan B (Lapisan ke-3) :
3 sudu besar tepung kastard
2 biji telur (kuning sahaja)
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
Sedikit esen vanilla
1 cawan Air
Penyediaan :Campurkan semua Bahan B dan masak atas dapur. Sentiasa kacau dan tunggu hingga menggelegak.api jangan kuat sgt..

Bahan C (Lapisan ke-2) :
1 tin fruit cocktail( nakguna peach dalam tin pun boleh )
Penyediaan :Toskan airnya siap-siap.

Bahan D (Lapisan atas sekali) :
2 kotak serbuk jelly segera (nak buat sendiri pakai agar-agar pun boleh) **perasa ikut suka


Penyediaan :Masak dengan 5 cawan air panas dan kacau sehingga pekat. Pastikan tidak terlalu lembik.


Cara-cara :
Tuang satu-satu bahan A, B, C dan D ikut turutan
  1.  Mula-mula tuang bancuhan kastard (Bahan B) dulu kat atas lapisan kek (Bahan A) yang dah disusun siap-siap dalam bekas kaca tadi. Ratakan dan biarkan sejuk sekejap.
  2.  Lepas kastard dah keras/ membeku sikit, barulah tuang fruit cocktail (Bahan C) yang dah  siap ditoskan tadi kat atas lapisan kastard.
  3. Akhir sekali, barulah tuang bancuhan  jelly  (Bahan D) kat atas lapisan fruit cocktail. Ratakan.
  4. Simpan dalam petisejuk. Biarkan selama 2-3 jam sebelum dimakan.
Selamat mencuba!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!