Entry kali ni saya nak share satu ilmu yang saya rasa macam patut kita as parents praktik kan buat anak2 tersayang. Terima kasih buat salah sorang fb member (sis Nisha Zul ) di group SCFM (Secret Club For Mommmies) yang sudi sharing ilmu ini.
Ye...semua baby yang di lahirkan ke dunia diibaratkan seperti kain putih, suci, bijak & genius. Tetapi yang menjadi persoalannya kenapa apabila mereka membesar tidak semua menjadi genius? sebab itulah, kita sebagai ibu bapa kena bijak dalam mendidik mereka dengan menggunakan pendekatan yang betul. Jadi salah satu cara yang dibincangkan adalah STIMULATION.
-------------------------------------------------
Perkara pertama yang di ambil kira adalah pemilihan toys yang betul untuk kanak-kanak. Toys yang dipilih kena ada kaitan dengan lima deria iaitu lihat, rasa, sentuh, bau & dengar.
Menurut sis Nisha, kanak-kanak yang berusia dibawah umur 3 tahun biasanya menggunakan otak kanan untuk berfikir (yang mana ini adalah satu perkara yang bagus). Jadi ibu bapa haruslah memperbanyakkan aktiviti yang melibatkan penggunaan otak kanan.
Jadi, persoalannya sekarang - apakah contoh aktiviti yang menggunakan otak kanan?
Antara aktiviti yang menggunakan otak kanan adalah cara memegang pensel, melukis, mewarna, menconteng, bermain flash card, finger puppet, imagination play dan banyak lagi. Untuk memudahkan parents nak tahu bahawa aktiviti yang dijalankan itu melibatkan penggunaan otak kanan atau tidak, sekiranya aktiviti tersebut melibatkan kelima-lima deria di atas, makanya aktiviti tersebut memang sudah melibatkan penggunaan otak kanan. Apa yang saya tahu, kaedah pembelajaran Montessori adalah satu kaedah yang bagus kerana ianya melibatkan kesemua deria anak-anak.
--------------------------------------------------------
Menurut sis Nisha, antara perkara yang paling penting dalam stimulate anak-anak adalah Fizikal Skills, Emotion, & Cognitive Skills. Ye..ini adalah betul kerana semasa saya belajar psychology dulu pun, tiga kemahiran ini adalah penting dalam pendidikan awal anak-anak. Sebab itu lah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan dikatakan adalah suatu usaha yang menyeluruh (holistik) ke arah memperkembangkan potensi individu yang seimbang dari segi JERI ~ Jasmani, Emosi, Rohani & Intelek.
"Cognitive
skills ni thinking skills. So toys mcm puzzle, manipulative toys
tu bagus utk asah cognitive skills. Cognitive skills juga berkembang
seiring dgn language skills. Sbb bila anak dah boleh b'cakap dia akan
tanye mcm2 sbb tu kena layan kan je soalan anak w'pun bg kita xlogik je." - sis Nisha.
"Emotion..
Ok tau x kenapa kita xboleh marah,pukul anak2 bawah umur 6yr sbb sume
emosi tu akan disimpan dlm emotion brain(limbic system).emotion brain
akan simpan long term memories which is memories yg kita boleh ingat
sampai bila2. Sbb tu sgt2 penting jaga emosi anak2. Kalau
t'pukul@termarah minta maaf n diorg akan simpan jugak dlm emotion brain
tu" - sis Nisha.
"For
emotional brain tu,try create sebanyak sweet memories yg best dgn
anak2. Sgt penting tau utk membentuk personaliti anak kita bila besar
nnti. Bila kita bt salah minta maaf, plg bagus time anak baru tido2 ayam
tu." - sis Nisha
"Kenapa
kita kena guna play n learn konsep bila nak ajar anak2 sbb bila anak2
seronok diorg akn simpan apa yg diajar tu tanpa dipaksa n akan igt benda
tu lebih lama." - sis Nisha.
Quote sis Nisha yang saya rasa sangat menarik dan setiap parent kena highlight kan..
'
'
'
"Make
sure anak2 buat sume step b4 b'jalan mcm meniarap, merangkak tu. sbb
sume step tu penting utk perkembangan fizikal n otak bayi. Sbb ramai yg x
merangkak n if anak dah skip merangkak,ajar anak utk merangkak jgk. Sbb
bila merangkak baby guna otak kanan n kiri serentak"
Bagaimana pulak pembelajaran menggunakan tv, ipad atau tablet yang menjadi fenomena masa kini?
Sini saya copy & paste kan
"Anak2 boleh belajar guna ipad TAPI benefit sgt2 sikit. Lagi xelok bila anak2
akan ada masalah nak fokus,ye laa,guna ipad @ tv ada warna,b'gerak2
best tgk so can u imagine if diorg tgk cikgu yg mengajar,menarik x dkt
mata diorg. Sure x nak2 kalau dpt cikgu yg xde expression, intonasi bila
mengajar. Lagi 1,bila selalu dgn ipad anak2 akan hilang minat
b'komunikasi n b'sosial. Itu lah timbul masalah speech skills n social
skills anak2. Diorg xrasa keperluan b'komunikasi bila diorg ada ipad. So
limit kan masa anak2 guna ipad. Give them real toys n plg bgs "real
us"..hehehe... Kids need your presence more than your present. Tapi jgn
ada mcm xde plk. Anak dpn mata,tp kita sibuk dgn gadget n tv." - sis Nisha
-------------------------------------------------
Ni pulak cara untuk handle anak-anak yang kuat tantrum..biasanya anak-anak yang berumur 2 tahun memang akan alami masalah ini..
"For
working mommies.. Selalu rasa xcukup masa dgn anak2,ada yg suka tantrum
bila parents blk dr keje. Percaya lah,anak2 hanya minta plg lama
30minit dr masa kita just utk dia. Ckp utk bt diorg puas hati. So dlm
masa 30minit tu join anak2 bt aktiviti yg berkualiti. Dont just sit n watch them play, but play with them..
Learn to be a child again n you will understand your child. Seriously.. Bila kita tau mcm mana nak tackle anak2,sume jd mudah. Masuk dlm dunia anak2 utk faham anak2." - sis Nisha.
Learn to be a child again n you will understand your child. Seriously.. Bila kita tau mcm mana nak tackle anak2,sume jd mudah. Masuk dlm dunia anak2 utk faham anak2." - sis Nisha.
"Jangan marah bila anak2 tantrum, it just the way diorg nak express their feeling. Try to understand them. Bukan sengaja nak mencabar kesabaran kita. Diorg hanya minta difahami tapi xtau mcm mana nak bg tau kita. Always
kneel down bila dgn anak2. Xkisah laa nak peluk,kiss,marah,pujuk n etc.
nak2 time nak marah,bila kita kneel down n tgk mata anak automatik kita
akan rasa cool down. Like put down our ego. Sure xjadi marah. Anak2 plk
akan rasa dihargai, rasa kita respect diorg n in return they will look
high on us(respect us)." - sis Nisha.
----------------------------------------------------------------------------
Bagi ibu-bapa yang beragama islam, lebih eloklah kita seimbangkan antara EQ(empathy) & SQ(spiritual) . Seeloknya terapkanlah nilai keagamaan dalam diri anak-anak.Jadikan solat dan membaca Al-Quran sebagai amalan harian di rumah. InsyaAllah, anak-anak akan meniru apa yang dilakukan oleh ibu bapa, kerana ibu bapa adalah role model terhebat buat anak-anak.
Saya sendiri juga masih mempraktikkan nilai-nilai yang dibincangkan di atas. InsyaAllah, semoga kita semua mampu menjadi ibu bapa dan 'sahabat' buat anak-anak kita..
1 comment:
Nk mintak jasa baik tukar blog background color to color yg lbih pleasing utk mata. Tak dpt baca habis pun sbb mata dh pedih tgk merah menyala tu.. huhu..
Post a Comment