Duk godek2 FB tadi terjumpa la petua yang bagi saya agak menarik la jugak untuk dikongsi bersama.. Memandangkan kami pun bakal nak memasuki rumah baru kan.. jom kita tengok apa petua2 apabila masuk ke rumah baru menurut ajaran islam :
1. Azan - Laungkan azan ketika pertama
kali masuk rumah baharu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah
memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama
dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan
dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-'Ammar)
yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.
2. Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu
Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah
kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya
syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula,
Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan
membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baharu diduduki.
Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan
memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah
Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah
atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah
Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1
kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
No comments:
Post a Comment