Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih..maka kita sebagai ibu bapalah yang harus mencorak dan mendidik mereka...
- Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
- Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
- Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
- Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab
dan ilmu agama.Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia
turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. - Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu
baginda Hassan.
Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.” - Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang
untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. - Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki.
Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail. - Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
- Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada
siapakah harus aku berbakti? ”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”
No comments:
Post a Comment