Perlukan bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya diberi air masak? Sebenarnya bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya tidak perlu diberi air masak, (air kosong). Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.TAK PERLU okey.. Sebab apa saya cakap tak perlu?? Jom kita tengok sebab-sebabnya..
Antara keburukan air masak kepada bayi bawah 6 bulan adalah :
Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi
akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu.
Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima
kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana
air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati
pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan
kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.
Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap
bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne
Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang
jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat
Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak
bermaya.
Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit
birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di
pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak
selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan
menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan
ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur
di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di
dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung
atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.*Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.
No comments:
Post a Comment