Wednesday, January 26, 2011

tahun pertama si kecik saya...

hari-hari saya sangat suka mencari info about keibubapaan..how to manage my baby terutamanya...dan hari-hari melihat si kecik Iman membesar di depan mata adalah detik2 terindah dalam hidup saya..

saat-saat terakhir si kecik berada di dalam perut si ibu
 
    hari pertama si kecik melihat dunia...     

apabila si kecik da berusia 45 hari...

tadi apabila saya bukak lagi laman web mamababyworld.com, saya teruja untuk mengetahui progress our baby bagi tahun pertama mereka..

let's we share it together...

Tahun Pertama Bayi

Tanggunjawab ibubapa takkan berakhir, tetapi keseronokan tahun pertama kehidupan bayi pasti berkekalan! Berikut adalah perkara yang bakal anda tempuhi sepanjang 12 bulan pertama. 

Sebaik mendakap si manja buat kali pertama, setiap ibu mempunyai azam yang sama: Ibu ingin berada di sisi ketika senyuman pertama, perkataan pertama yang ditutur dan langkah pertama yang diambil. Melihat bayi berubah dari si kecil yang perlu dibimbing membesar sebagai manusia yang mampu berfikir sendiri, bijak dan berperwatakan istimewa adalah satu kegembiraan yang tiada nilainya. 
Kebanyakan ibubapa dengan anak-anak yang telah membesar mengakui yang mereka banyak mengambil gambar anak-anak mereka ketika tahun pertama untuk memperingati setiap langkah penting yang telah dilalui. Gambar-gambar ini, berserta barangan kenangan yang dikumpul, menjadi kenangan manis pahit setelah anak-anak meningkat dewasa! 
Oleh itu, adalah penting untuk anda ketahui pencapaian bayi pada setiap peringkat agar anda dapat bersedia untuk merakam saat-saat manis tersebut samada dalam memori atau pada kamera. Sememangnya terdapat panduan umum untuk setiap peringkat tumbesaran seseorang bayi, tetapi adalah penting untuk mengetahui yang setiap bayi membesar mengikut cara tersendiri. Oleh itu, jangan panik jika si manja anda agak terlambat (atau lebih cepat!) dari bayi lain yang sebaya dengannya.

Berikut adalah panduan umum:

Bulan pertama

  • Dapat mengangkat kepala dari katil
  • Memandang muka, terutamanya muka ibu
  • Bertindakbalas kepada bunyi dengan tangisan atau senyuman
  • Mengikut cahaya yang terang atau objek yang bergerak
Tip: Bayi mungkin banyak tidur tetapi akan cergas setelah bangun. Renung ke dalam mata bayi dan kongsikan perasaan kasih sayang anda.  

Bulan ke 2:

  • Melihat dunia dalam warna hitam dan putih
  • Menendang barangan yang dapat dilihatnya
  • Membuat bunyi “ooh” dan “aah”
  • Dapat membezakan antara suara marah dan mesra
  • Mengangkat dada dan memusingkan kepala ketika meniarap
Tip: Letakkan permainan gantungan bergerak berhampiran tempat tidur bayi untuk merangsang rasa ingin tahu bayi.

Bulan ke 3:

  • Dapat melihat benda yang berwarna
  • Membuka dan menutup tangan
  • Gemar melihat pergerakan tangan sendiri
  • Dapat menegakkan kepala
  • Dapat mengecam wajah dan bau penjaga
Tip: Bercakap dan menyanyi kepada bayi dan dengar suara nyanyian bayi!

Bulan ke 4:

  • Boleh duduk tegak jika disandarkan dengan kusyen
  • Mengangkat kepala dan dada semasa meniarap
  • Mula bergolek dari depan ke belakang
  • Senyum dan ketawa bila dilayan orang
Tip: Jangan letakkan bayi di tempat tinggi kerana dia boleh bergolek dan jatuh serta mengalami kecederaan yang serius dalam beberapa saat sahaja.

Bulan ke 5:

  • Suka menyambar dan memegang barang-barang terutama kaki sendiri
  • Bergolek dalam kedua-dua arah
  • Memegang permainan kecil
  • Mengecam isyarat untuk masa makan,mandi dan tidur serta bertindak balas terhadapnya
Tip: Rangsangkan deria bayi dengan membawanya keluar berjalan, bercakap,menyanyi dan berikan dia permainan bayi yang selamat untuk dipegang.

Bulan ke 6:

  • Boleh duduk tanpa bantuan
  • Mengecam wajah dan suara yang biasa dilihat dan didengar
  • Mencapai benda-benda yang dapat dilihat
  • Menggerakkan tubuh untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas dan mencapainya
  • Meniru bunyi dan suara
  • Mengalihkan barang dari satu tangan ke tangan yang lain
  • Gigi mungkin mula tumbuh
Tip: Bayi anda sudah bersedia untuk bermesra dengan orang yang terdekat. Oleh itu luangkan masa sekerap mungkin mendakap dan bermain dengannya

Bulan ke 7:

  • Dapat menggenggam objek dengan kedua-dua belah tangan
  • Meniru suara orang
  • Mula merasai kegelisahan semasa berpisah
Tip: Berikan dia cawan atau sudu plastik sebagai latihan awal untuk makan sendiri.

Bulan ke 8 :

  • Mula merangkak atau mengheret punggung
  • Dapat melambai atau menggerakkan tangan untuk sesuatu tujuan
  • Mungkin dapat bercakap untuk kali pertama. Perkataan pertama adalah perkataan yang paling kerap didengari – iaitu “mama” atau “papa”
Tip: Pastikan permukaan lantai bersih kerana bayi mungkin mengutip sesuatu dan memasukkannya ke dalam mulut.

Bulan ke 9:

  • Dapat memegang benda-benda dengan ibu jari dan jari telunjuk dan juga dapat menghulurkan benda kepada anda
  • Dapat berdiri dengan berpaut pada sesuatu
  • Meminta sesuatu dengan cara menunjuk dan percakapan yang tidak jelas
  • Mula mengatakan “tidak” dengan menggeleng kepala dan menjauhkan diri
Tip: Berinteraksi dengan bayi sekerap mungkin kerana pada peringkat ini dia sedang cepat bersosial. Mula letakkan kusyen keselamatan sebagai persediaan kerana bayi mungkin kerap terjatuh

Bulan ke 10:

  • Boleh berdiri sendiri untuk beberapa minit dan mungkin berjalan beberapa langkah
  • Boleh jatuh ke atas punggung secara selamat
  • Mula pandai bermain permainan yang mudah seperti ‘oh..chak”
  • Pandai melambai selamat tinggal
Tip: Peringkat ini paling menyeronokkan tetapi memenatkan bagi ibubapa kerana bayi mula belajar untuk berdikari, berupaya melakukan keputusan dan berjalan! Perhatikan setiap langkahnya dan letakkan pagar keselamatan jika rumah anda mempunyai tangga.

Bulan ke 11:

  • Boleh minum dari botol bayi dan makan dengan sudu
  • Mula meneroka kawasan rumah
  • Boleh memanggil ibubapa
Tip: Masa untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi. Jauhkan semua barangan merbahaya dari bayi dan letakkan di tempat yang tinggi.

Bulan ke 12:

  • Dapat melihat dengan jelas seperti orang dewasa
  • Dapat meniru suara dan aksi orang
  • Menjawab apabila namanya dipanggil
  • Mula bermain permainan asingan bentuk
  • Suka melihat cermin
  • Memahami arahan ringkas
  • Menunjukkan rasa gelisah berada di sekeliling orang yang tidak dikenali
  • Menyatakan apa yang diingini dengan suara dan gerak badan
Tip: Bayi anda kini memasuki era kanak-kanak. Inilah antara peringkat yang paling menyeronokkan untuk ibubapa kerana anda dapat bercakap dan bermain dengan bayi anda. Masa untuk pusingan kedua peringkat pembesaran bayi kerana bayi kini meningkat dari anak kecil ke era kanak-kanak

1 comment:

Salasiah Ammar said...

thanks for sharing husna...mmg menarik utk ibu2 baru huhuhu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!