Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day Buat Si-Cinta Hati



Happy Father's Day 



Buat encik hubby...'Selamat Hari Bapa' ibu ucapkan...

Terima kasih sebab telah menjadi ayah yang terbaik buat hero-hero kecik kita.
Terima kasih juga sebab sentiasa meminjamkan bahu serta mendengar keluh kesah ibu dalam memikul amanah dan anugerah terindah ini. 

................

 Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan tidak elok menyambut hari ibu, bapa dan yang sewaktu dengannya kerana itu merupakan budaya barat...tapi, bagi pendapat saya tak salah kan sekiranya kita mengingati dan menghargai pengorbanan seorang ayah atau ibu. Ya, memang betul..hari-hari adalah hari ibu, dan hari-hari adalah hari bapa. Tetapi, tak semua orang mempunyai kesempatan dan ruang untuk menyambutnya hari-hari kan... Jadi, apalah salahnya, kita mencuri sedikit masa untuk menghargai bapa atau ibu kan.. 





Simple celebration untuk keluarga kecik kami di Secret Recepi Metropoint Kajang. First time tekak saya boleh telan fish and chips sebab tak terasa sangat ikannya.. So far, 4 bintang lah saya bagi untuk semua menu hari ini. 90% okay kalau nak compare dengan satu restoran di BBB...(maaf yer, nama restoran di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu..kalau nak tau, sila massage personal )

Malamnya pulak, kami celebrate beramai-ramai dengan family in law.. 
Buat my father in law, Selamat Hari Bapa yer..
Yang ni tak sempat nak amik gambar bagai sebab ada budak yang diminta beri perhatian yang lebih...


....................


Memandangkan hari ni hari terakhir ibu bercuti...jadi, ibu nak spend time dgn cinta hati ibu puas-puas. 

Bawak hero kecik tu gi ber-play time kat my kidz play di MetroPoint Kajang..
Lokasi adalah bersebelahan dengan Bowling...
Bayaran : RM25 seorang selama 2 jam untuk weekend, kalau weekdays RM18. 












Si adik mula-mula tu takut-takut nak main.. tapi lama-lama sampai tak mau balik pulak..
memang enjoy la hero-hero kecik ni.. 
.
.
.
sekian



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!