Friday, June 13, 2014

Tips Penyusuan Susu Ibu Berjaya :: 'Suplemen vs Penyusuan Susu Ibu' ::



Assalamualaikum...




Muhammd Aqil Darwish a.k.a si bambam saya

Inilah anak shaklee saya. Saya mula mengambil vitamin shaklee sejak saya hamil si bambam ini, sehinggalah kini - seusia si bambam setahun 3 bulan.

Alhamdulillah, dengan izin Allah dan bantuan  Set Berpantang dan Set Penyusuan Shaklee, saya dapat menyusukan si bambam serta dua orang adik susuannya..Alhamdulillah..

"Susu Ibu adalah ciptaan Illahi yang sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran bayi"
"Kejayaan Penyusuan Susu Ibu adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu."

Di sini saya nak share beberapa tips dalam menjayakan misi penyusuan susu ibu

**Disclaimer : Tips ini adalah daripada prngalaman diri sendiri serta sharing dari kawan-kawan bf moms..



  • Susukan bayi anda seawal 1 jam pertama selepas kelahiran si manja. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk penghasilan susu. Jangan risau susu anda sedikit pada saat awal kelahiran, kerana kolustrum (susu awal ibu ) yang dihasilkan adalah mencukupi untuk perut si manja anda.
  • Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara dalam tempoh seminggu berpantang. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu. 
  • Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika pantang.
  • Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Jadi, ibu dalam pantang dinasihatkan kerap menyusu pada waktu malam
  • Si ibu dinasihatkan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
  • Si ibu hendaklah memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3Liter sehari.
  • Untuk ibu yang bekerja, mulakan membuat simpanan susu perahan sebaik sahaja mula berpantang. Saya sendiri mula membuat simpanan susu perahan selepas lima hari kelairan si bambam. Klik di SINI
  • Si Ibu dinasihatkan supaya kerap menyusukan bayi secara langsung, atau bagi ibu yang bekerja lakukan sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih daripada itu sehingga payudara benar-benar kosong.
  • Si Ibu juga dinasihatkan tidak membiarkan payudara membengkak (akibat tidak memerah atau menyusukan bayi). Ini penting untuk mengelakkan pengurangan penghasilan susu oleh badan.  
  • Si ibu digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat di galakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa ; iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar. 
  • Selain itu, si ibu dan ayah jugak di nasihatkan sentiasa melakukan solat sunat dhuha dan dikhususkan berdoa agar mencukupkan rezeki si anak untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
  • Sedekah. Kerapkanlah bersedekah kepada anak yatim serta insan-insan yang memerlukan, semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki si ibu dan si anak yang disusuinya.. InysaAllah..

'Suplemen vs Penyusuan Susu Ibu'

Sebelum si ibu mengambil suplemen bagi penyusuan, si ibu hendaklah faham bahawa vitamin bukanlah satu cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Vitamin di ambil bagi memastikan tubuh badan si ibu sentiasa sihat, bertenaga, cergas dan bersemangat. Jadi secara langsung si ibu mampu membekalkan susu ibu kepa si manja.

Sekali lagi diingatkan bahawa kejayaan Penyusuan Susu Ibu adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu. Di atas faktor ini lah, saya memilih Set Berpantang Shaklee selepas bersalin si bambam saya. 

INGATLAH...

LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN

atau


LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU

maka


LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!