Saturday, June 14, 2014

Ramadhan Pesta Makanan :: Jom Ubah ke Pesta Ibadah

Pada zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan umat islam. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar dan  berbagai lagi yang menunjukkan kekuatan umat islam.

Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan lebih sadis, Ramadhan dikaitkan dengan bulan pesta makanan.

Sebenarnya Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, serta bulan membaiki institusi keluarga.

Mengikut kajian, terdapat beberapa kesilapan besar dalam berpuasa iaitu ;

1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan utk perut tetapi utk memberi tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan menjadi tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan

2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu

3. Jangan lewatkan solat maghrib.
Makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......

4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air

5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi macam burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan tak basah.

5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.

6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang solat sunat terawikh dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.

7. Pastikan mengambil moreh ringan. Makan selepas pkl 10.30 akan member kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah bertadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya

8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelun pukul 12 mlm utk rehat. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana cahaya lampu mampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.

9. Selepas itu bangun pukul 3 pgi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn merenjis air sejuk dgn hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.

10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,

11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ini di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.

12. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam

11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.

12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan

13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.

Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami

Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih dari  8 jam sehari.

Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan.

Semoga Ramadhan kali ini mampu memeeri seribu keberkatan kepada kita semua... InsyaAllah..

Sumber : Kuliah puasa dr sudut kesihatan,
Oleh      :  Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!