Saturday, April 27, 2013

HomeSchooling




Duk godek-godek cik gugel & ber'blogwalking di pagi-pagi hari..tetiba terjumpa beberapa  blog dan forum yang menarik untuk dikongsi bersama.. Sebenarnya saya ada jugak ber'homeschooling' bersama abg iman pagi-pagi kat rumah tu, cuma ianya lebih kepada dalam bentuk informal.. so lepas jumpa blog ni, hope saya dapat lebih serius untuk mengajar abg iman di rumah selepas ini.. so benda baik kan.. whynot kita sharing bersama-sama kan...

so ni lah hasil  bersama cik gugel dan blogwalking saya di pagi hari untuk dijadikan sumber rujukan di kemudian hari..

Petua Nak Banyakkan Susu Ibu



Ramai yang mencari petua bagaimana nak memperbanyakkan susu ibu..ada juga sesetengah ibu-ibu yang mengambil pelbagai suplement utk milk booster.. Tetapi bagi saya, petua utk nak banyakkan susu adalah sentiasa berpegang dgn konsep demand-supply... tapi tak dinafikan juga suplement pun diperlukan, tapi lebih untuk meningkatkan kualiti susu ibu, dan membuatkan ibu lebih cergas. So jika ibu sentiasa cergas dan bertenaga, of course lah susu dapat dihasilkan dengan meriah kan...


So ni saya ada nak sharekan petua utk banyakkan susu ibu tanpa sebarang milk booster :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya.

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
• Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
• Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
• Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
• Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

Credit to  whenmayend.blogspot.com

Tuesday, April 23, 2013

Petua Islam Apabila Masuk Rumah Baharu



Duk godek2 FB tadi terjumpa la petua yang bagi saya agak menarik la jugak untuk dikongsi bersama.. Memandangkan kami pun bakal nak memasuki rumah baru kan.. jom kita tengok apa petua2 apabila masuk ke rumah baru menurut ajaran islam :


1. Azan - Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baharu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yang dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

2. Baca Surah Al-Baqarah - Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baharu diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Monday, April 22, 2013

Bahaya Air Masak Kepada Bayi Bawah 6 Bulan



Perlukan bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya diberi air masak? Sebenarnya bayi yang diberi susu ibu sepenuhnya tidak perlu diberi air masak, (air kosong). Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.TAK PERLU okey.. Sebab apa saya cakap tak perlu?? Jom kita tengok sebab-sebabnya..

Antara keburukan air masak kepada bayi bawah 6 bulan adalah :


Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran. 

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa

Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.
 

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

*Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya.

9 Fadhilat Mendidik Anak



 Anak-anak ibarat kain putih yang suci dan bersih..maka kita sebagai ibu bapalah yang harus mencorak dan mendidik mereka...
  1. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga.Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat.
  2. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.
  3. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya,nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.
  4. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh
    anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
  5. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.
    Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.”
    Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”
  6. Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah;
    pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.
  7. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
    Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  8. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah.Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
  9. Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti? ”
    Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.” Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
    Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

Sunday, April 21, 2013

Rahsia Surah Yassin Ayat Ke 58


Surah Yassin - Ayat 58


Barang siapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut 'SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM' diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik, In shaa Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri, suami, anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

Aamiin Ya Allah.


*credit to Ammar Network

Friday, April 19, 2013

Kunci Syurga Dunia Kami - HillPark Phase 2




Alhamdulilah...akhirnya kunci ini milik kami.
 Setelah hampir dua tahun menanti, akhirnya ianya menjadi milik kami. rezeki si anak kecil kami. Masih terbayang lagi, 2 tahun lepas (2011) selepas kelahiran putera sulung saya, saya dan suami mendapat rezeki untuk membeli rumah ini.Pada masa tu, projek perumahan ini baru bermula dan rumah kami ni antara blok yang terawal la jugak. Kini, selepas kelahiran putera kedua saya, rumah kami dah siap.. dan..jeng..jeng.. kunci pun dah dapat... tapi memandangkan saya masih di kampung dan tak berpeluang nak melawat syurga dunia kami ini, so tak dapat la saya nak upload foto-foto dalaman rumah kami tu..

Ni antara foto-foto yang sempat dirakam semasa proses terakhir pembinaan syurga dunia kami..




Okey, memandangkan hari sudah petang dan saya mau menguruskan anak-anak teruna saya, so saya sambung entry pasal syurga dunia kami ini di lain hari ya... hihi yerla, mau jugak sharing apa yang mau di touch-up dan berapa bajet yang diperlukan utk men- touch-up syurga dunia kami ini..

Gadjet - Gadjet Breastfeeding Idamanku


Gajet. Wah nak breastfeeding pun kena ada gadjet ke? of course la kan..tapi actually tak perlu pun.. cuma ibu ni gatal tangan nak menghabihkan duit.. alah, nama pun idaman hati kan.. so, tak semestinya ada..cuma kalau ada tu lebih memudahkan misi penyusuan saya ini.. Jom kita tengok apa gadjet-gadjet yang saya rasa saya nakkkk sgt tu...

1. Breast pump - medela freestyle..

 Hati meronta-meronta mau fs ni..dah survey2 harga dalam RM1500 ++.. InsyaAllah akan diusahakan jugak walaupun terpaksa mengikat perut.. Buat masa ni saya guna spectra 3... Spectra 3 pun okey sebenarnya, tapi memandangkan di tempat kerja saya susah mau dapat power supply, jadi saya terpikir utk mencari breastpump yang boleh pakai bateri..dan double pumping..

Inilah spectra 3 yang telah banyak berjasa sejak dari abg iman lagi.. 


2. Warmer


Warmer ni untuk panaskan susu baby nanti..masa abg iman dulu just gunakan air suam je.. tapi kesian gak kat nenek iman nanti...mana dengan abg iman lg, dengan baby aqil lagi.. so rasa cam penting jugakkan warmer ni untuk memudahkan nenek hero2 ni nanti.. Apa pendapat u alls? berbaloi tak kalo beli... sekarang still duk survey2 lagi warmer jenis apa yang ok dan mudah nak digunakan serta harga mampu milik.. Pelis ya kengkawan..kalau ada info boleh la kita share sesama...

3. Deep Freezer




Hahaha..baru buat stok sebulan da meroyan mau beli deep freezer ye? tak lah meroyan sangat, cuma terpikir jugak..sekarang ni kat rumah mak pun stok ebm dah tak muat sampai terpaksa simpan kat freezer rumah kakak..so duk pikir la kalo freezer kat rumah saya nanti dah penuh camane kan.. kihkihkih..kalo bab nak menghabihkan duit mmg saya ni pandai... Tapi en.hubby ckp tunggu balik rumah dulu, kita tgk keadaan dan tahap ketebalan poket camane..( en.hubby siap ckp kalo tak muat nanti suh simpan kat deep freezer kedai runcit depan rumah tu.. ada ka patut kan en.hubby tu).. 

So kenkawan yang ada experince dengan gajet2 kat atas tu jom la sharing kepentingan gajet2 tu dalam proses breastfeeding ni ye... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!