Sunday, June 15, 2014
Happy Father's Day Buat Si-Cinta Hati
Jadual Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Bagi Ramadhan 2014/ 1435H
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GOUpPZ1NmdEg2dmM/edit
https://docs.google.com/file/d/0B8sp2ae1NS_GOWZXRW5pUC1udTg/edit
Posted via Blogaway
Saturday, June 14, 2014
Tips khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan.
Assalamualaikum...
Ramadhan bakal bertemu lagi...
Semestinya semua orang bersemangat nak bertadarus dan khatam Quran kan...
Semoga tips ini dapat membantu kita khatam Al-Quran sepanjang Ramadhan ni.. InsyaAllah...
Sumber : fb
Posted via Blogaway
Ramadhan Pesta Makanan :: Jom Ubah ke Pesta Ibadah
Pada zaman kegemilangan Islam, puasa adalah kemuncak kekuatan umat islam. Bulan Ramadhan adalah pesta ibadah. Banyak peristiwa besar berlaku spt perang Badar dan berbagai lagi yang menunjukkan kekuatan umat islam.
Namun kini Ramadhan dikaitkan dgn keletihan, kelemahan, mengantuk, kurangnya produktiviti dan lebih sadis, Ramadhan dikaitkan dengan bulan pesta makanan.
Sebenarnya Ramadhan adalah bulan kesihatan, bulan silaturrahim, musim perubahan, masa hilang ketagihan, bulan lembut hati, bulan keluasan rezeki, serta bulan membaiki institusi keluarga.
Mengikut kajian, terdapat beberapa kesilapan besar dalam berpuasa iaitu ;
1. Menghimpunkan makan malam dengan berbuka puasa adalah kesilapan. Nabi buka puasa dgn 3 biji kurma (atau makanan yg tinggi pottasium spt makanan bergula perang....bukan bergula putih) dan air kosong. Sebab buka puasa bukan utk perut tetapi utk memberi tenaga kpd hypotanamos (otak dalam otak). Satu cara elakkan hidang makan malam didepan semasa berbuka. Hypotanamos yg keletihan berfungsi sepanjang hari akan menjadi tidak berfungsi dgn betul sekiranya makanan masuk dgn banyak semasa berbuka. Ianya menyebabkan masalah serius kesihatan
2. Jangan window shopping ke bazar ramadhan. Ia akan mengganggu fungsi kawalan hypotanamos. Ianya menyebabkan kita hilang perhitungan utk terus membeli makanan yg kita tidak perlu
3. Jangan lewatkan solat maghrib.
Makanan yg dimakan menghasilkan tenaga utk diagihkan keseluruhan tubuh melalui sel. 1 kilo berat badan mempunyai 10000 trilion sel. Tenaga ini perlu ditolak oleh tenaga yg dilakukan oleh solat yg disegerakan. Allahuakbar......
4. Slps solat maghrib, sel sudah dpt tenaga. Balik terus makan malam. Fully auto kita akan makan secara baik. Jgn lebih lima jenis makanan dlm satu hidangan. Nasi, lauk, sayur, buah dan air
5. Slps mkn mlm, sangat baik kita MANDI dgn air sejuk. Jgn pakai heater. Blh pakai air batu tambah sejuk. Jgn risau mandi malam dgn paru2 berair. DONGENG. Dalilnya jika kita berhadas besar, feqah suruh segera mandi tanpa menunggu pagi. Jgn mandi macam burung utk elak paru2 berair. Burung mandi dgn cara basahkan rambut tapi badan tak basah.
5. Slps mandi, sblm pegi solat isyak minum setengah cawan air campuran 3 biji kurma, satu sudu teh madu lebah dan susu segar yg diblender.
6. Solat Isyak berjemaah. Lps tu sembahyang solat sunat terawikh dengan perlahan dan santai. Jangan cari yg gopoh gapah.
7. Pastikan mengambil moreh ringan. Makan selepas pkl 10.30 akan member kemudharatan yg besar. Masa ini tenaga sudah cukup penuh dlm badan. Masa tu aktiviti terbaik adalah bertadarrus minima 1 helai. Masa ini tenaga akan bawa input terbaik kedalam otak dan hati. Klu masa ini diisi dgn aktiviti atau info yang lalai, maka otak dan hati akan merakam perkara yg kita isi dan boleh menjadi pegangan kita seterusnya
8. Selepas itu sebaiknya tidur sebelun pukul 12 mlm utk rehat. Jgn pasang lampu semasa tidur kerana cahaya lampu mampu meningkatkan kadar kolestrol 4 kali ganda.
9. Selepas itu bangun pukul 3 pgi untuk qiamullail. Sunat kejutkan ahli keluarga dgn merenjis air sejuk dgn hujung jari. Boleh mandi. Tiada masalah kesihatan.
10. Sempurnakan 13 rakaat solat. Sunat wuduk, taubat, tahajjud, hajat dan witir,
11. Selepas qiam, boleh tidur tetapi ringankan seperempat. Masa ini di langit ada spektro bewarna merah jambu antara 3 hingga 5 pagi. Masa ini Allah anugerahkan kesembuhan kepada banyak penyakit.
12. Sahur. Sebaik-baik sahur adalah seperlapanbelas dari makan malam iaitu lebihan makan malam. Lewatkan masa masak utk elak cepat basi. Lebihkan masak masa mkn malam, jgn campur garam dan simpan sikit utk sahur. Bila nk sahur panaskan dan baru campur garam
11. Slps sahur, terus solat subuh berjemaah.
12. Jangan tidur selepas subuh kerana gangguan kpd hypotanamos. Ia akan menyebabkan masalah kesihatan
13. Tidur qailullah ( 1 jam sblm zohor). 1 minit waktu ini menyamai tenaga tidur sejam waktu biasa.
Cara makan kurma....60% kebaikan berada pada selaput permukaan luar kurma. Masukkan sebiji kurma dan last sekali keluar biji. Jgn kupas di luar. Kurma terbaik ada 4 jenis.....ajwa, mabrom, sapawi, mariami
Puasa adalah detoksifikasi. Ia berlaku apabila fungsi proses makanan dlm perut berehat lebih dari 8 jam sehari.
Sblm sampai Ramadhan, berazam utk berlatih utk tingkatkan ibadah dgn latihan pra Ramadhan.
Semoga Ramadhan kali ini mampu memeeri seribu keberkatan kepada kita semua... InsyaAllah..
Sumber : Kuliah puasa dr sudut kesihatan,
Oleh : Dr Norhissam Mustafa, CEO IPKIM (Institut Pengurusan Kesihatan Islam Malaysia)
Posted via Blogaway
Friday, June 13, 2014
Percutian Musim Panas Kami di Kampung
Jumaat yg indah...
Tips Penyusuan Susu Ibu Berjaya :: 'Suplemen vs Penyusuan Susu Ibu' ::
Assalamualaikum...
"Susu Ibu adalah ciptaan Illahi yang sememangnya memenuhi khasiat yang cukup untuk tumbesaran bayi""Kejayaan Penyusuan Susu Ibu adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu."
- Susukan bayi anda seawal 1 jam pertama selepas kelahiran si manja. Letakkan bayi pada payudara dan susukan sekerap mungkin. Rangsangan dari bayi penting untuk penghasilan susu. Jangan risau susu anda sedikit pada saat awal kelahiran, kerana kolustrum (susu awal ibu ) yang dihasilkan adalah mencukupi untuk perut si manja anda.
- Cari bidan yang boleh membantu untuk mengurut payu dara dalam tempoh seminggu berpantang. Proses urutan ini dapat melancarkan liang susu.
- Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika pantang.
- Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Jadi, ibu dalam pantang dinasihatkan kerap menyusu pada waktu malam.
- Si ibu dinasihatkan mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan diet yang seimbang.
- Si ibu hendaklah memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3Liter sehari.
- Untuk ibu yang bekerja, mulakan membuat simpanan susu perahan sebaik sahaja mula berpantang. Saya sendiri mula membuat simpanan susu perahan selepas lima hari kelairan si bambam. Klik di SINI
- Si Ibu dinasihatkan supaya kerap menyusukan bayi secara langsung, atau bagi ibu yang bekerja lakukan sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih daripada itu sehingga payudara benar-benar kosong.
- Si Ibu juga dinasihatkan tidak membiarkan payudara membengkak (akibat tidak memerah atau menyusukan bayi). Ini penting untuk mengelakkan pengurangan penghasilan susu oleh badan.
- Si ibu digalakkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat di galakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi, tetapi menjadikan amalan rutin agar mudah mencapai gelombang alfa ; iaitu ketenangan supaya penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
- Selain itu, si ibu dan ayah jugak di nasihatkan sentiasa melakukan solat sunat dhuha dan dikhususkan berdoa agar mencukupkan rezeki si anak untuk meneruskan penyusuan susu ibu.
- Sedekah. Kerapkanlah bersedekah kepada anak yatim serta insan-insan yang memerlukan, semoga Allah sentiasa memurahkan rezeki si ibu dan si anak yang disusuinya.. InysaAllah..
'Suplemen vs Penyusuan Susu Ibu'
Sekali lagi diingatkan bahawa kejayaan Penyusuan Susu Ibu adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu. Di atas faktor ini lah, saya memilih Set Berpantang Shaklee selepas bersalin si bambam saya.
INGATLAH...
LEBIH KERAP SI MANJA DISUSUKAN
atau
LEBIH KERAP SESI PERAHAN SUSU
maka
LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN
Sunday, June 8, 2014
:: Jom Bershaklee :: Set Berpantang Shaklee : Rahsia Saya Kekal CERGAS
Kali ni saya nak share pengalaman saya berpantang dengan set berpantang shaklee.... serius berbaloi-baloi dengan set berpantang shaklee ni.. Antara benefit yang saya dapat daripada set berpantang shaklee ni :
- membantu dalam penyusuan susu ibu..saya siap dapat simpan buat stok lagi masa berpantangkan si kecik (boleh klik kat sini)
- mengembalikan kesihAtan badan si ibu.Alhamdulillah, luka bersalin jugak agak cepat sembuh berbanding sewaktu berpantang anak pertama dulu. sampaikan, emak siap tegur lagi, cara saya jalan macam bukan orang dalam pantang..yelah kan, dah tak rasa sakit sangat, sampai lupa kat luka berjahit tu... (yang ni mungkin jugak sebab luka yang kedua tu tak seteruk semasa yang pertama dulu)
- Tiada lagi masalah sembelit. Haaaa yang ni best sebab, menjadi kebiasaan bagi ibu bersalin normal mengalami masalah untuk buang air besar semasa dalam pantang kan.. sama lah jugak dengan saya sewaktu berpantang anak pertama. Tapi semasa berpantang kali kedua ni, alhamdulillah... tiap-tiap hari, buang air besar adalah acara wajib saya tanpa rasa takut...hehehehehe...
- Tiada masalah stress dan badan kekal cergas dan cerdas. Serius ye kawan-kawan, semasa berpantangkan anak kedua ni, saya rasa berbeza sangat keadaan kesihatan badan saya berbanding semasa berpantang anak pertama dulu.Anak sulung saya mengalami masalah kekurangan g6pd, jadi saya memang langsung tak mengambil apa-apa jamu semasa berpantang... dan perbezaan yang saya sendiri rasai dengan set berpantang shaklee ni, saya sentiasa rasa cergas dan segar sepanjang hari... yang paling best, walaupun tidur malam saya terganggu kerana si kecik asyik bangun nak menyusu pada malam hari, tapi saya tidak berasa letih pada siang hari. hinggakan emak saya pun nampak perbezaan nya..
- membekalkan 23 jenis vitamin
- meningkatkan kecerdasan mental & ketahanan dari jangkitan
- penting untuk pertumbuhan sel dan pembiakan
- membantu memulihkan fungsi penghadaman dan selera makan
- membantu mengurangkan simptom kemurungan dan tekanan (sgt penting untuk ibu yang baru melahirkan)
- membantu menukarkan makanan menjadi tenaga
- meningkatkan fungsi otak
- merupakan anti-oksidan semulajadi
- membantu mengurangkan simptom alahan dan alergi
- membantu menjaga kesihatan gigi, gusi, tulang, otot dan salur darah supaya sentiasa sihat
- membantu masalah keguguran rambut
- membantu meningkatkan sistem imun
- mempercepatkan proses baik pulih luka
- meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ