Showing posts with label about me. Show all posts
Showing posts with label about me. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Nur Anis Dalisa Binti Mohd Faiz

Alhamdulillah...

Akhirnya, Allah makbulkan doa ibu, ayah & abg iman...

Terasa banyaknya rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga, maka siapalah kami menidakkan rahmatNya..
.
.
Perkenalkan puteri sulung ibu..

`Nur Anis Dalisa Binti Mohd Faiz`

… semoga puteri ibu dan ayah membesar menjadi anak solehah, berbakti kepada agama, ibu bapa, keluarga, dan masyarakat…

Monday, September 21, 2015

Pengalaman Terindah Buat Kali Ketiga

Bismillahirrahmanirrahim...
.

Sejak beranak dua-tiga ni, memang dah tak sempat nak menulis dgn Dear Diary...jadi kenangan bersama keluarga byk yang tak dpt di abadikan kat sini...
.
.
Tapi, untuk momen yang terindah ni, ibu una cuba juga spend time ni untuk sharing pengalaman kali ke tiga ni... At least esok-esok, bila anak-anak ibu dah besar, boleh lah anak-anak baca catatan ibu kat sini kan ♥
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama ibu menunggu, akhirnya Allah makbulkan juga doa kami sekeluarga untuk menerima kehadiran si bunga dalam keluarga kecik kami. Walaupun kehadiran si dia di luar jangkaan kami suami isteri, tetapi rupanya perancangan Allah itu mmg sangat indah.
.
Untuk kali ketiga ini, ibu memilih Pusat Rawatan Islam Az-Zahra untuk bersalin. Ada beberapa faktor yang diambil kira seperti keselesaan di dewan bersalin kerana semua doktor dan bidan yg menyambut adalah islam dan perempuan, jarak yg lebih kurang 15-20 minit dari rumah dan kesediaan suami untuk bersama di labour room. Dari kandungan 6 bulan, saya dah stop follow check up kat kk dan continue check dgn gynea kat Az-zahra iaitu Dr.Mashita... Dr. Mashita ni kecik je orangnya dan sangat soft...mmg best la dgn Dr ni..
.
.
Tarikh jangkaan bersalin adalah 5 Ogos 2015, tapi masa seminggu sebelum raya (36 weeks) ibu dah start rasa baby kurang gerak. Then, malam selepas berbuka puasa tu, en.suami ajak gi poliklinik az-zahra untuk scan, sebab risau kan.. masa scan tu, dr.rohani mintak kami terus refer hospital untuk buat ctg, kerana kuantiti air ketuban yg kurang dan ibu lak bgtau baby kurang gerak. So kami pun terus ke HIAZ (Hospital Islam Az-Zahraa). Lepas buat ctg scan bagai semua, Dr suh admit untuk monitor. Dr. juga nasihatkan ambik suntikan utk matangkan paru2. Keesokannya, masa scan lagi sekali..alhamdulillah air ketuban dah kembali normal. Dr ckp air ketuban kurang due to ibu stress, penat dan kurang minum air. Jadi, doktor advise untuk tidak berpuasa dan diberi cuti sakit untuk rest. Alhamdulillah, since tak berpuasa dan makan, hingga ke petang baby gerak pun dah okay, dan ibu boleh discharged petang tu jugak... Alhamdulillah, sempat jugak ibu berhari raya dengan abg iman dan abg aqil. 

.

24/7/2015 ~ Jumaat

Pagi jumaat ibu bergolek-golek dgn abg aqil atas sofa, tetiba ibu perasan seluar ibu mcm basah sikit.. oh no...mcm kes abg iman dulu jer ni. Ibu dah dilema sama ada nak gi sekolah ke tak, sebabnya esok ada kejohanan sukan tahunan sekolah. Bykkkk lagi urusan yg belum diselesaikan..call en.suami, en.suami suruh pegi klinik scan dulu, kalau okay baru pegi sekolah. So, ibu pun pegi lah poliklinik az-zahraa, inform Dr.Rohani yg air ketuban ada leaking sekali pagi td, but baby gerak still okay. Sekali lepas scan, air ketuban kurang la pulak...dan Dr suh refer ke hospital. So tak jadi lah ibu nak ke sekolah hari tu.. dah mula rasa berdebar-debar..Tgh hari tu, tunggu en.suami balik, terus pegi hospital, doc buat ctg dan check bukaan, doc confirmkan yg ada leaking.Since time tu dah 38weeks, dan baby pun dah engaged, so doc decide utk induced. Ibu pasrah je sebab mmg dah ada experienced induced, cuma bezanya masa abg iman dan abg aqil, induced biasa. Sincs dah ada bukaan 2cm malamnya, doctor decide utk drip je... nerves sgt sebab dr pembacaan ibu, ramai yg ckp drip ni sgttttt sakit..huhuhu...

.

25/7/15 (sabtu)

5.00 pagi ~ nurse inject ubat lawas buang air besar

6.30 pagi ~ sesudah subuh, nurse dah mintak ke labour room, punya lah nerves sebab takde rasa sakit apa2 pun lagi..masuk labour room, nurse terus drip air dan ubat

 7.30 pagi ~ Dr.Mashitah masuk LR untuk pecahkan air ketuban, time ni memang takde rasa sakit..cuma lapar je, sebab belum breakfast lagi. So tunggu diorg bawak turun breakfast ke LR. Siap request kat suami nasi lemak lagi..hahaha... 

8.00 pagi ~ Selepas je mak usu diorg dtg amik abg iman dan abg aqil kat wad, en.suami pun teman kan ibu kat LR. At the same time, breakfast pun sampai. Disebab kan time tu dah mula rasa mild contraction, ibu tak nak makan nasi lemak, sebab rasa tak selesa. Just minum susu dgn oat jer...huhu..

9.00 pagi ~ Dah start heavy contraction. Mmg serius sakit sgt... Mid wife ada offer ubat tahan sakit, tapi nekad tak nak jugak amik. Time ni bukaan baru  4cm..alahaii macam lambat je lagi ni nak tunggu 9-10cm.

9.30 pagi ~ Sakit yang teramat sgt..dah tak senang duduk dah. Time ni entah macamana leh mintak ubat tahan sakit dgn midwife, sebelum..tp disebab kan bukaan dah 6cm, so midwife takleh bagi injection tu sebab takut kang ibu tak leh meneran. Mid wife suruh tarik nafas dalam2 bila rasa contraction tu dtg. Alhamdulillah, teknik tu sgt membantu. At this time, mmg dah rasa nak meneran..bila check bukaan dah 8cm. Agak cepat progress, maybe sebab yg ketiga kan.. Dan alhamdulillah 9.48 pagi, lahirlah puteri sulung kami...alhamdulillah..syukur sgt..

.

After uri dikeluarkan, dan semua proses selesai, ibu dibawa ke wad. Memang kelahiran kali ini agak cepat prosesnya..Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan..aminnnn

.

Malamnya, selepas ibu dan baby dah kencing dan buang air besar, kitorg dah boleh discharged...yeay....

.

ALHAMDULILLAH....




Friday, July 11, 2014

Sebelum Dan Selepas Kahwin...

Salam Jumaat di bulan Ramadhan yang penuh barakah...

Alhamdulilah.Dah siap menu untuk berbuka hari ni.  Pajeri Nenas. Tetiba en.suami request nak makan pajeri nenas, sebab katanya sedap pajeri nenas makan dgn telur masin. Betul ke ek? Sebabnya saya bukan lah penggemar pajeri ni dan tak pernah seumur hidup masak menu ni.

Perancangan dan aturan Allah memang Maha hebat kan. Bayangkanlah, saya yang memang buta memasak ni  dijodohkan dgn si dia yang memang nak makan homemade food. Ya, memang sejak dari kecik, dari sekolah rendah, sekolah menengah, sampai dah masuk u pun memang tak reti memasak. Sadiskan. Maklumlah, dah memang si emak dan si kakak-kakak yg teror memasak, so buat apa saya nak susah-susah memasak kan. Seingat saya, dulu emak selalu marah -marah sebab saya tak suka masuk dapur, apatah lagi nak memegang kuali senduk bagai. Tugas saya kat dapur setakat potong bawang, potong cili, cuci pinggan mangkuk jer. Siap cakap kat emak, "alah, esok org dah kerja, org beli jer semua lauk-lauk ni".. hahahaha...dan, memang masin mulut emak..kata-kata ibu tu kan doa. Emak selalu cakap, semoga saya dapat suami yang tak nak makan kedai. YA...memang itulah jodoh saya. En.suami saya memang 90% tak suka makan kat luar. Dan semestinya lah saya kena gigih belajar memasak kan. Alhamdullillah, dari tak pandai goreng meehoon bagai, sekarang dah boleh la sikit-sikit...dari pandai masak sambal je, sekarang dah boleh la main campak-campak jer. Lagipun sekarang  kan semua hanya dihujung jari.

Percaya atau tidak, sepanjang Ramadhan kali ini, seingat saya sekali jer berbuka dgn kfc sebab tak sempat nak memasak. Yang lain homemade tau. Alhamdulillah, en.suami pun tak cerewet sgt. Sedap atau tidak tu nombor dua, yg penting kasih sayang dan keikhlasan. InsyaAllah...

Terima kasih emak dan kak ida, sebab sudi ajar saya memasak, bagi petua-petua bagai...

Terima kasih mama, sebab selalu share resepi-resepi kegemaran en.suami, turunkan ilmu-ilmu bagai...

Terima kasih en.suami, sebab selalu 'paksa' saya memasak. Ingat lagi muka 14 inci awak tu kalau asyik makan makanan luar kan.. (",)

Terima kasih blogger-blogger kat luar sana yang selalu kongsikan resepi-resepi yang best...


Posted via Blogaway

Thursday, May 30, 2013

Hero-hero Ibu ~ Abg Iman & Adik Aqil



Salam...dah lama tak update blog kan. 
Dah hampir 3 minggu saya menjadi 'fulltime housewife'
Mencabar??uuhhh memang sgggttt mencabarrr


Sejak beranak dua ni mmg si ibu dah kurang masa terluang. sebab bila anak-anak tido, si ibu kena cepat-cepat kemas rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, mandi, makan, solat & mengepam susu... bila dah hero-hero ni dah bangun mmg kena spend time dengan diorang jer. Si adik macam biasalah asyik nak ngempeng jer. si abang pulak nak ibu layan dia berborak, main bola, main ultraman, tembak-tembak. 

Lately abg iman macam suka tarik perhatian ibu & ayah. Maybe abg iman dah mula rasa tergugat kot dengan kehadiran adik. Don't worry abg iman, ibu & ayah tetap sayang abg iman macam dulu-dulu jugak..

Semalam dah mula bawak adik aqil pegi umah nenek. Lepak rumah nenek sampai petang. So far okey adik aqil sgttt baik kat rumah nenek petang semalam (berkat hari-hari ibu pesan kat adik supaya behave kat rumah nenek kot ), tido dari kul 3.30pm-6.00pm okey..lega hati ibu. Cumanya abg iman lah suka usik adik time adik tido. risau jugak takut nenek penat nanti. Takpe, nanti hari-hari sebelum tido ibu nak nasihatkan abg iman pulak supaya tolong nenek jaga adik, tak nak usik-usik adik time adik tido. So far, sekarang pun adik dah okey minum guna botol dan frozen ebm.Alhamdulilah..semoga sentiasa dipermudahkan..

Inilah gaya dua beradik ni tido hari-hari. Tiap-tiap malam abg iman mesti request kat ibu nak tido dengan adik. Si ibu layanzz je..bila abg iman dah tido, ayah akan angkat abg iman tido kat bawah (yerlah mana muat katil nak tido berempat kan ;p) , tapi pepagi sebelum ayah gi keja, ayah kena angkat abg iman balik tido atas katil. kalau tak mau melalak abg iman bangun nanti ...
Si adik pulak, biasalah..bila kena peluk cam gini mmg boleh tido lama..kadang-kadang sampai kul 10 baru bangun. so, sempatlah si ibu nak berblog, macam sekarang ni..ngeh..ngeh..ngeh..

Hati rasa bahagia bila tengok dua hero ini ;p
Abg  iman baru belajar meriba adik..so cute kan :)

Abg Iman memang tak leh tengok ibu pegang adik, see asyik nak menyempit jee kat ibu....  

So, di kala cuti ibu berbaki lagi seminggu ni memang kena spend masa betul-betul dengan diorang. Nanti dah naik sekolah sure rindu time-time cam gini kan...



Sunday, April 15, 2012

Weight Loss Program - part 1

wahh sudah lama i tak ber-blog..rupa-rupanya blog ini sudah berwajah baru..penat i nak suaikan diri dengan new features ni..huhuhuhu...sebulan lebih i agak sibuk dengan aktiviti harian hingga tak bekesempatan nak on cik lappy utk ber-entry bagai..
mesti u all tertanya-tanya kan apa lah yang ibu iman ni sibukkan hingga tak sempat nak update blog ni (huhuhu blog dah hampir bersawang tau!)

Actually i sekarang bz dengan misi terbaru i..hahahaha apakah itu???
ini lah misi baru saya
'
'
'
'
^
Weight Loss Program
selama 8 hari i ada mencuba minuman nutrisi di salah sebuah kelab ini...dan guest what, i dapat mengurangkan berat badan i sebanyak 2kg..dan alhamdulilah badan i terasa lebih ringan utk menguruskan tugasan harian...walaupun tak banyak turun berat badan, tapi sekurang-kurangnya i dapat jugak elakkan badan i ni dari terus mengembangkan..

Alamak....

Sorry ya, i tak dapat nak ber-blog lelama pulak sebab boyfrend i yang cute sudah bangun...i sambung di lain entry pulak yer...

p/s: haih baru nak bersuka ria dah tak kesampaian la...hai lahhhh anak ibu ni..

Monday, March 12, 2012

Checklist Cuti Sekolah

Selamat Bercuti buat semua warga pendidik...dan buat students tu jangan lupa buat ulangkaji ya..lagi-lagi yang nak amik exam hujung tahun ni ya...

school holiday kali ni i dengan family kecik i tak balik kampung pun sebab cut off bajek...hahahaha lagipun en.hubby tak boleh nak amik cuti lelama..and kerja pun agak banyak untuk di setlle kan..huhuhu sangat222 rindu dengan mom di kg...(entah2 tetiba jer hubby ajak balik kg mana tau kan...hope so!!)

wokey! tak mau merapu banyak-banyak sebab terlalu banyak kerja yang nak disettle dalam cuti ni..lagi2 jap lagi nak kena gi school gak, sebab ada kelas tambahan lah pulak...(baru nak berfoye2 cuti sekolah )

I nak senaraikan beberapa work-list yang perlu disiapkan dalam cuti ni jugak..
  • Tanda kertas peksa (haruslah si iman juga akan sibuk membantu kan) ------> DONE (13/3/12)
  • Key in data pelajar, info pelajar & info parents pelajar....(bape banyak pelajar daaaaa)------>DONE (17/3/12)
  • Prepare teaching aids
  • Key in markah kat SAPS------> DONE (14/3/12)
  • Kemas umah (bilik2 yang macam dah tak rupa bilik)------> DONE (16/3/12)
  • Try & error beberapa reasepi baru utk iman (yang ni paling i suka)..ngeh..ngeh.. ------> DONE (setiap hari ;p)
So, sape kata jadi cikgu seronok sebab banyak cuti?? memang lah seronok banyak cuti, tapi kerja tetap on wokey..cuma bezanya kami-kami tak perlu buat kerja di sekolah..boleh goyang-goyang kaki buat kat umah sambil tangan menepis tangan si kecik..huhuhu yang pasti, cuti sekolah adalah cuti dari teaching sahaja..kerja-kerja pengkeranian tetap berjalan seperti biasa (*_^)
 But..apa pun orang cakap..I tetap LOVE being a Teacher...










Monday, January 30, 2012

Mommies -You AreThe Supermak!!

Terasa mau buat satu entry ini apabila terbaca satu post status di satu group ini...Status ini berbunyi lebih kurang begini lah..
 "mommies semua,nak mintak share rutin harian kalian boleh?especially yang prepare homemade hari2, without maid&working..kalau Stay At Home Mom pun di dialu2kan memberi nasihat/pendapat..saya anak baru sorang, tapi rutin macam huru hara sikit......"
dan very surprise status ini menerima sgt banyak positive comment dari others mommies atau pun i gelarkan mereka semua ini as a supermak... jom kita riview beberapa komen dari status ini.....



Kalau i mau review satu persatu,  mau panjang berjela2 kan...memang superb la semua mommies...sebab u all memang supermak...

Menjadi seorang isteri dan ibu kepada sikecil2 memang satu tugas dan tanggungjawab yang amat besarrr..ditambahlagi jika siibu juga bekerjaya..waaaaa memang tabik spring la..mana nak layan suami& anak2 di rumah, nak settlekan kerja rumah, nak mencari rezeki di luar...waaaahhh memang wanita ini ciptaan terhebat Allah s.w.t

Macam i, juga adalah seorang ibu yang bekerjaya..(bukan nak membangga diri wokey!!!) i just nak berkongsi rutin harian i dalam mengendalikan rumahtangga dan jugak tanggungjawab i sebagai pendidik...
Cuma i bernasib baik kerana sejak beranak kecik ini, i diberi kelebihan untuk mengajar di sesi petang..(dianggap kelebihan kerana i ada banyak masa utk menguruskan rumah pada waktu pagi).

Pagi-pagi i akan cuba bangun lebih kurang pukul 6.00pagi (even ada wanita lain kul 6.00 pagi da keluar mencari rezeki tau!), then menyediakan sarapan pagi en.hubby serta terus masak untuk lunch (sambil tu CD iman da siap dimasukkan ke washer machine)..and sekarang ni en.hubby request untuk bawak bekal ke ofis, so i harus berusaha menyiapkan semua bekal untuk en.hubby before kul 7.30 pagi...then, breakfast bersama en.hubby,...
After en.hubby ke ofis, i akan kemas-kemas rumah like sapu sampah,prepare barang2 sikecik untuk di bawa ke umah nenek, sidai kain & CD, and sediakan breakfast utk sikecik..biasanya breakfast si kecik sgt simple like pure corn, french toast, lempeng...then, terus masak untuk lunch si kecik...untuk dibekalkan ke rumah nenek...tapi, kalau i ada aktiviti ko-k disebelah pagi, i tak nak sesakkan kepala, i beli jer lauk-lauk kan kantin sekolah tu ;p...untuk iman, masak yang simple2 jer...

Then, kul 8.30 - 9.00 pagi barulah si kecik tu bangun, then, lepak-lepak dengan si kecik .sambil2 lepak tu, time ni lah i lipat kain yang dah kering (kalau ada lah..sebab bukan hari2 basuh kain..), then i akan mandikan iman dan bagi dia breakfast..dalam kul 10.00 or 10.30 i pulak akan siapkan bekal i untuk ke sekolah..i biasa gerak ke umah MIL dalam kul 11 pagi..sebab nak hantar iman dan nak gi sekolah pun amik masa dalam 20 minit ...i terpaksa gi sekolah awal, sebab sume keja i tak balik kat umah da sekarang...actually sesi petang start kul 1.10pm..

Balik dari sekolah dalam kul 7.15, terus gi amik sikecik siap-siap, then sambil-sambil tunggu en.hubby balik i akan  prepare dinner utk hubby..biasanya main dish i guna meal yg sama dgn lunch jer, cuma sayur i WAJIB masak lain sebab sayur ni if da sejuk tak sedap kan.. (",)

After dinner, i akan prepare bahan-bahan utk msk pagi esoknya pulak..i usually dah siap2 buat meal planner untuk seminggu sebab senang kan, tak payah susah -susah mau pikir...untuk iman pun i da siap buat puree & stok  siap-siap masa weekend, so pagi-pagi i campak-campak je bahan yang ada...

Nampak cam rigid kan rutin harian i..tapi i really2 bersyukur sebab en.hubby memang sgt ringan tulang untuk menolong i kalau i sangat2 sibuk...tugas mengemas dapur memang en.hubby yang akan buat tiap2 malam...so tugas i cuma masak  dan kemas2 apa yg patut jer..macam tu jugak kalau ada hari yang i tak sempat nak kemas rumah paginya, en.hubby akan tolong kemaskan malamnya itu...

Time weekend lah baru i dapat releks lebih sket..hehehe biasanya weekend adalah hari bergembira bersama keluarga..(if masing2 takde kena pegi keja lah)...pagi weekend, biasanya en.hubby akan buat operasi mengemas rumah besar-besaran like, sapu sampah, cuci sawang-sawang, and mop lantai... then, hujung minggu juga adalah hari untuk ke pasar (kalau stok makanan da habih) dan hari meng-iron baju utk seminggu...

Lastly, apa yang nak i sampaikan, dalam menguruskan rumah tangga peranan suami isteri adalah sangat penting, kerana jika hanya si isteri sahaja yang bertungkus lumus tanpa bantuan dari si suami, memang pengsan la si isteri tersebut..('',)

p/s...menjadi isteri dan ibu yang bekerjaya bukan tugas yang mudah ya...so if nak mencari isteri atau suami, carilah pasangan yang betul2 boleh membantu anda dalam mengemudikan bahtera rumah tangga anda...sekian..selamat beramal... ;p

Monday, September 5, 2011

Aidilfitri 2011 = Raya Pertama Iman

Alhamdulilah....
Kami sekeluarga selamat tiba kembali di teratak syurga kami - Hulu Langat..setelah hampir seminggu bercuti untuk ber-aidilfitri.. 
Dari Melaka - Kedah - Ipoh - Hulu Langat...jauhnya perjalanan kami di aidilfitri tahun ini..dan jauh jugak perjalanan si kecik kami apatah lagi di tahun pertama si kecik menyambut aidilfitri ini...alhamdulilah, Allah permudahkan perjalanan kami..
Serasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI serta MAAF ZAHIR & BATIN

Semestinya Aidilfitri tahun ini adalah yang teristimewa bagi saya dan suami kerana berpeluang menyambutnya bersama si kecik kami...

apa-apa pun jom kita layan foto-foto Raya Pertama Sikecik ini...p/s: foto-foto ini semua adalah foto raya pertama si kecik di hari raya pertama...kehkehkeh...sebab gambar lain belum sebab di upload...maklumlah masih lagi mood beraya..

yeay!! tema tahun ni adalah OREN ;p

si kecik yang sibuk nak tanggalkan songkok di kepala...

puas memujuk si kecik memakai songkoknye....haihhh anak ibu ayah niiii

 kami bertiga dapat duit raya lagi tau...orange gitu

iman syok depan kamera.... (",)

Bersama keluarga mertua tercinta.....raya tahun ni turn bersama family en.hubby....tunggu tahun depan bersama my family pulak...hehehehe tak kesahlah raya di mana, yang penting  si kecik dan si hubby sentiasa di sisi...

Keluarga besar my MIL....meriahkan.....

 Si Iman wid Atuk Hensem.........huahuahuahua

 Si Iman wid Oyang nya...........

Together...piece!!!

Raya Pertama tahun ni kami sekeluarga beraya di Melaka...
InsyaAllah sekiranya ada kelapangan saya post entry beraya di Kedah pulak yer.......and raya di sekitar Hulu Langat-Kajang-Bangi.

Monday, August 1, 2011

Ramadhan Datang Lagi......

(picture ni adalah belas ihsan encik google)

Salam Ramadhan kepada semua Umat Islam di Dunia ini... hari ni bermulalah kewajipan kita untuk menunaikan RukunIslam yang ke 3 bagi tahun ini.. SELAMAT BERPUASA ya kawan2..

This year saya dapat berpuasa together with en.Hubby and my Little Hero..Alhamdulilah...di atas rezeki yang terlimpah ruah ini..
Masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas...that moment yang paling diingati..Hujung minggu adalah saat yang paling ditunggu..hanya kerana en.Hubby jauh di mata...sob..sob..sob..hanya si kecik dalam pewot jadi peneman setia...



Semalam,my da frend Cik Sarah meng-komen satu status saya yang membuatkan saya betul2 rindu saat itu...dan saya tau saat itu takkan kembali lagi...To all my frend...chah..syikin..kak liey..kak wani..sara..& kak zila.. you all memang kawan dunia akhirat......

Serasa saya, Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhan Terindah yang pernah saya tempuhi..Alhamdulilah..pertama kali saya berpuasa bersama si kecik di dalam perut....Dengan kuasa Allah...saya langsung tak rasa letih & penat...dan Alhamdulilah sekali lagi saya dapat bertahan selama 30 hari..MasyaAllah......
(Terima Kasih Ya Allah)
 Dan Tahun ini...adalah nikmat yang tak terhingga kerana saya dapat bersahur dan berbuka (InsyaAllah...) bersama dengan suami tercinta dan anak tersayang......
(yeay..da tak payah tunggu weekend macam tahun lepas lagi  :p)

Lastly..saya mengambil kesempatan ini mengucapkan salam Ramadhan buat semua Umat Islam..dan selamat mengimarahkan Ramadhan kali ini..Wassalammmmmm...

P/s: Ramadhan kali ini berterawikh bersama si Iman jerlah di rumah....uhuhuhu

Thursday, April 28, 2011

Emo Down

Owh..jam sudah menunjukkan pukul 3.00 pagi..tapi mata saya tetibe sangat aktif dah langsung tak boleh nak dilelapkan...so saya amik kesempatan ni untuk memblogkan diri.... hohoho entry malam ni (eh malam ke pagi eh?) sedikit merapu kerana saya sedang melakukan sesi meluahkan perasaan..
sesungguhnya saya sgt berkecil hati dengan seseorang...dah cube melupakan ape yang dicakapkan oleh si dia..tapi lagi saya cuba melupakan, lagi sensitif saya jadinya dan membuatkan saya langsung tak dapat nak melelapkan mata..dan kesaannya kesan lebam di mata semakin menjadi2...hahahaha (ketawa dalam tangisan...lol ;p) 

Okey!
Saya tak mau tulis banyak2 sebab kalau menulis dalam perasaan yang tak berapa betul nanti lain pulak jadinya kan...cume apa yang saya nak katakan kat sini tiada seorang ibu pun yang tak menyayangi anaknyer...cubalah anda bayangkan sekiranya seorang ibu  sanggup menjaga anak dalam kandungannya sehingga 9 bulan lamanya..membawa anak tersebut ke sana kemari walau kehujung dunia sekali pun...sekiranya seorang ibu sanggup berperang dengan kematian untuk melahirkan si anak.....dan seorang ibu sanggup berjaga malam untuk melayan karenah si kecik ...takkanlah si ibu tersebut sanggup nak menyakiti anak itu tanpa sebarang sebab??? 
Jadi buat orang-orang di luar sana..tolonglah yer..tolong berfikir sebelum berkata-kata....

Sekian

Wednesday, April 13, 2011

menyepi

adoiiiiiii sejak dua menjak ni langsung tak berkesempatan nak update blog..Actually banyak sgt nak share story dengan kenkawan sume..tapi ape nak buatkan kehidupan baru saya ni membuatkan saya tak berkesempatan.. 

Sunday, March 20, 2011

I'll miss u dear!!!

aduhai......
nama jer cuti seminggu..tapi langsung tak berpeluang nak meng-update bolg ni..
dah bersawang rasanya ini blog kan!!!

pejam-celik, pejam-celik tinggal lah lagi 2 hari nak gi kursus induksi..aduhai...tak tau la camane nak tinggal si kecik and big daddy tapi, nasib baik lah si nenek boleh jage si kecik...tak lah risau sangat nak tinggal si kecik...hope si kecik tak buat perangai yer malam2...

Buat si kecik and Big Daddy
"
"
"
"
"
"
" Jangan nakal2 tau...ibu mesti kangan sama kalian berdua nanti"
"
"
"
"
"
"

Thursday, January 27, 2011

:: sakit gigi :'( ::

oh...
gigi bongsuku sakit dan berlubang...

actually gigi saya ni da lame berlubang since saya pegnent last year lagi..tapi that time en.doc gigi cakap dia tak leh nak cabut gigi saya ni coz saya pegnent 8 bulan..takut affect baby...
lupe pulak actually gigi saya ni tak leh dicabut dengan kaedah biasa...tapi mesti melalui minor surgery...oooohhhhh sangat takut...tapi en.hubby cakap takut macammana pun sayang sanggup ke tanggung sakit hari-hari???

jadi..dah alang2 cuti CNY ni..saya pun mencekalkan hati gi jumpa doktor gigi and suh dia cabut jer gigi ni...
so..hari sabtu ni (29.01.2011) saya akan cabut gigi saya ni...hopefully semuanya selamat....

Friday, December 31, 2010

azam baru???

Ting Tong....hari ni  2010 akan melabuhkan tirainya  dan merangkak-rangkak meninggalkan kita....selamat tinggal 2010...dan esok akan muncul tahun baru dan semestinya dengan azam yang baru... 
^365 yang telah saya lalui pada tahun 2010^

ape azam baru saya yerk?? azam baru saya tahun ni adalah utk menjadi seorang IBU dan PENEMAN hidup yang terbaik buat little hero dan of course lah en.hubby terchenta... tu azam utama saya...and ade jugak azam2 sampingan yang lain..

2011 adalah tahun saya untuk memulakan hidup dengan enviroment yang baru...
Ape enviroment yang baru tu???

Bermulanya Jan 2011 saya akan berkhidmat di tempat yang baru...dan akan bergelar Ibu dan Isteri Sepenuh Masa...bukan lagi PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) seperti sebelum ini...

Kalau sebelum ni after balik kerja saya boleh tido sepuasnye...berfacebook sesuka hati..berblog siang malam...tapi selepas ni mampukah saya utk meneruskan hobi saya tu??? 

Kalau sebelum ni saya suka-suki jer nak masak atau makan nasi bungkus...sebab yelah hidup sorang2 kat rumah...tapi selepas ni saya sudah ada en.hubby yang suka masakan saya (",) dan haruslah saya wajib menyibukkan diri di dapur...

Kalau sebelum ni saya boleh bersuka-ria dengan kawan2 tanpa memikirkan ape2 komitmen sebab saya takde anak lagi, tapi selepas ni mestilah saya kena memikirkan my litle hero kalau nak bersuka-suki lagi...

&
Kalau sebelum ni hidup saya sgt sepi dan kesunyian sebab en.hubby hanya balik hujung minggu, tapi kini TIDAK lagi sebab saya sudah punya En.Hubby dan Iman di DEPAN MATA....

wahhh..saya dapat rasakan kehidupan saya akan berubah 100% dengan enviroment dan tanggungjawab yang akan saya tempuhi nanti...doa saya mampu menjadi SUPERWOMEN yang berjaya.....

Last wishes saya...happy new year..& welcome 2011



Wednesday, December 29, 2010

mode: 30 hari berpantang yeay!!!

Alhamdulilah...hari ni da 30 hari saya dalam mode berPANTANG...ngeee~
seronok sgt bile kire2 saya hanya tinggal lagi 14 hari jah utk menghabihkan sisa2 terakhir berpantang...and InsyaAllah this Saturday ayah Iman datang nak bawak Ibu & Iman balik..Baby Iman pun hari ni da genap sebulan da umur beliau...sekejap jer mase berlalu...
Oh..tujuan saya post entry kali ni nak story-'mory' pasal mode saya yang berpantang..
waaaa betullah kate org2...biarla mengandung 9 bulan lagi bagus dari berpantang yang hanya 44 hari jah ni..
kenapa????
uish..mase berpantang ni memang banyak sgt pantang larangnyer rupenya...

First : paling tak tahan...sakit kesan jahitan di tempat sulit tu..mak aiiii tak tahan sgt..even nak duduk pun sengal jah....minggu pertama tu saya baring jer...masuk minggu ke2 da boleh duduk dengan selesa da..tapi nak jalan terkepit2 lagi...after minggu ke3 baru leh buat kerja and jalan pun selesa sket da..

Second: bab mandi...huhuhu sehari cume boleh mandi sekali time awal2 tu..tapi yang best mak bagi mandi dengan air rebusan daun2 dan akar kayu...uishh memang best sgt..rase badan segar jer...after mandi dgn air rebusan tu...tapi after 2minggu mak cakap da boleh mandi 2 kali..pagi and petang..alhamdulilah...TAPI syaratnyer kena guna air panas tau..mak cakap time pantang ni jangan sesekali mandi air sejuk..tapi lately ni..saya langgar jugak pantang yang satu tu..(p/s: saya ni spesis suka main air sejuk2..kalau letak ais lagi saya suka)

Third: Masuk bab bertungku and mengurut...waaahh best sgt mengurut ni rupenya...rase sume urat2 and sendi2 yang bersimpul back to normal jer...badan pun rase sedap and segar sket..jalau tak asyik lenguh2 jer..org cakap time bersalin urat kite banyak yang putus..entah betu ke tidak eh..so dengan mengurut dan bertungku dapat mengembalikan urat ke bentuk yang asal..lagi pulak dapat mengecut rahim ke bentuk yang asal jugak....

Fourth: Bab makan...huhuhu bab makan ni paling sedih..disebabkan saya langsung tak makan ape2 jenis ikan kecuali ikan talang kering..jadi menu harian saya adalah nasi putih panas2 berlaukkan ikan talang goreng...air pun kena minum air suam2..owh..w/pun itu je hari2 saya makan, tapi habih jugak sepinggan nasi saya hadap..LAPAR kot... tapi bile masuk je minggu ketiga di mana luka jahitan pun dah okey...saya da boleh makan makanan lain da..ayam, daging, and macam2 la..keuali makanan yang sejuk2 macam sayur taugeh..kangkung..buah betik..and semua yang sejuk2 lah...
uish..banyak kan pantang larang yang mesti saya jaga kan time berpantang ni...bengkung and stoking jgn cakap lah..mesti kena melekat kat badan jer kecuali time mandi and bertungku....time bertungku tak leh pakai bengkung..sebab tungku yang panas tu mesti letak direct kat perut... 
........
END

Sunday, December 12, 2010

11.12.10 ---> Our 1st anniversary

Sekejap jer masa berlalu kan..pejam celik- pejam celik..tup2 da setahun da berlalu....Baby Iman yang sepatutnye lahir pertengahan bulan December pun tak sabar2 nak lahir..mungkin nak celebrate 1st anniversary Ibu & Ayah nyer kot... Even no celebration  for our 1st anniversary ni..(sebab saya tengah berpantang yer) tapi saya rasa sgt bermakna..saya da dapat hadiah yang paling bernilai dalam hidup saya...ya! of coz lah my little hero..Muhammad Iman Danish..then, another thing yang buat saya rase bersyukur sgt adalah next year saya dah tak payah lagi duduk jauh dgn mr.hubby coz saya dah dapat tukar ke Ampang... So, next year saya, mr.hubby and our little hero - Iman akan hidup bersame2...wah SYUKUR sgt..thanx God!
my happy family....Syukran Ya Allah.... (",)

Friday, November 26, 2010

A week after holiday???


Wahh!!! sudah lama tidak meng'update' blog saya ni...rasenya last update time last day sekolah hari tu...ni dah masuk 1 minggu blog saya terbiar tanpa berita..huhuhuhu...bukan malas or takde cerita yang nak dikongsi..tapi kesibukan harian membataskan penggunaan internet harian...wakakaka..so tgh ade mase ni rase macam nak kongsi 'what i had done during 1 week school holiday ni…’

Sekejap jerkan masa berlalu..tup2!! da seminggu saya bercuti..tapi jgn tak tau sume urusan saya dah Berjaya di’settle’kan tau…hikhik..so far alhamdulilah…mission nak cari rumah sewa baru pun tercapai…sek mana bakal saya menyambung bakti pun dah diketahui…and next week adalah session memindah barang2 saya yang tak seberapa banyak tu dari Ipoh ke Hulu Langat….

I’m now is 36 weeks of pregnancy = 9 bulan…waaah…cepatnye masa berlalu kan..ada lagi lebih kurang 20 hari lebey jer lagi baby saya akan jumpe saya and ayahnyer….tak sabarnye rase..makin teruja..tapi dalam2 tak sabar tu..terselit jugak perasaan takut…yerlah takut nak bersalin….jadik..kawan2 tolong doakan saya yer!!! Moga2 semuanya selamat..Amin…

Next week…da masuk December 2010…banyaknye event December 2010 ni… 1 Dec ni saya akan masuk umah sewa baru….4 Dec lak..mr.hubby akan ke Ipoh amik barang2 utk pindah… 5 Dec, saya akan pulang ke Kedah utk stanby nak bersalin….sob2!!!....11 Dec ni adalah tarikh paling bererti dalam hidup saya sebab saya dan mr.hubby da setahun bergelar husband & wife…and saya berharap sgt baby saya lahir 11 Dec 2010…kire hadiah anniversary lah..hikhikhik…

Friday, November 19, 2010

mode: nak cuti sekolah

waaahhh..rupe2nya hari yang ditunggu2 telah tibe...hari ni, 19. 11.2010 adalah hari terakhir saya akan bekerja di SMKPL...sedih plus hepy...sedih sebab akan tinggalkan kawan2 tersayang di SMKPL dan Ipoh ni...hurm..hopefully saya akan dapat kawan2 yang best macam diorang sume di sekolah baru nanti...memang best duduk ipoh ni..but ape nak buat..keadaan telah memaksa saya untuk bertukar ke tempat baru... And saya heppy sebab lepas ni saya akan dapat hidup together2 bersama en.hubby and my becoming hero (InsyaAllah...)

Ape2 pun mission belum complete lagi..sebab saye dan en.hubby kena mencari rumah sewa baru pulak di sana dan mengemas kini peralatan rumah...senang cerita pindah rumah lain daa....hope sgt2 sume dapat diselesaikan before saya bersalin nanti...hurm tak sabar nyer nak tunggu baby dalam perut ni keluar.... lagi 1 bulan jer lagi....sekarang saya tengah survey2 rumah sewa lain di sekitar kawasan Hulu Langat..dan perkhidmatan lori sewa untuk mengangkut barang2 saya yang tak kurang juga banyaknyer..... then saya akan berangkat pulang ke Alor Setar..sebab saya bercadang untuk deliver kat umah mak saya..hehehehe tak sabarnye nak tgk muka baby ni..tapi tetibe rase macam takut pun ade...
Heh!!! ape yang saya mengarut bebanyak ni??? Jadi sekarang saya mesti siapkan semua kerja yang patut saya selesaikan sebelum saya habih waktu sekolah hari.....yippy!!! (",)

Monday, November 15, 2010

Alhamdulilah!!!

Alhamdulilah...hari ni merupakan hari yang terindah...saye menerima berita yang hampir setahun saya menanti (walaupun tak se-x^cited news time early pregnant dulu)...15 Nov 2010..hari ni saya dapat news yang permohonan pertukaran saya ke negeri selangor DILULUSKAn....waaaahhhh tahniah kepada diri sendiri..dan happy sgt...Alhamdulilah...Syukran Jazilan Ya Allah.....So baby, esok ayah balik and InsyaAllah kite bertiga akan hidup bersama lepas ni..mesti bestkan baby....malam2 ayah ade utk temankan kite...hikhikhik (",)

So sekarang ni en.hubby tgh sibuk mencari rumah sewa di sekitar area Hulu Langat, Selangor...berdebar pun ade bile pikir akan menempuh enviroment baru nanti..huhuhuhuhu.....

Tuesday, November 9, 2010

my ladybug!!!


Last week saye ade order penggantung + pewangi utk kereta saye yang comey tu...cantik kan ladybug tu....siap ade name lagi kat belakang..and harganye pun memang murah... benda alah ni dibuat oleh sorang cikgu...ni address blognyer..http://batrisyiahandmades.blogspot.com/ ....

Then esok, saye bermurah hati nak wat jamuan utk students saya....hasil kutipan duit kelas and sponsor dari cikgunye yang baik hati...(",)



So, sebagai tanda kenangan utk sume students saya, saye da tempah felt or key-chain utk sume students saya..so sweet!!!... ade 2 kaler...pink utk students perempuan and blue utk students lelaki....comey kan...tak sabar nak kasi kat diorang esok....(macam ye2 jer dapat pindah tahun depan...hehehehe)
and u all nampak tak ladybug yang kecik kat tgh2 tu.??and jeng2 ladybug tu mestilah kak ina (pembuat felt ni) tu kasi free kat saye...so sekarang saye 2 ladybug kaler pink hitam..and saya namakan mummy and baby...


Mummy and Baby!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!