Showing posts with label resepi pasta. Show all posts
Showing posts with label resepi pasta. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Sup Pasta Roti

Resepi kali ni i cedok dari majalah RASA dan mengubah suainya mengikut apa bahan yang ada di dapur rumah i....erm tak ingat keluaran yang mana..rasanya Januari 2012 kot..

Antara bahan-bahan yang i guna 
'
'
'
'
Bahan-bahan yang digunakan..
Kalau ikut majalah tu, guna small shell, tapi my iman tak berapa suka small shell sekarang ni, so i gantikan dengan fusilli ..selain tu, stok ayam (utk kuah sup) ayam (direbus hingga empuk dan dipotong dadu), 1/3 batang carrot , sedikit labu, (dipotong dadu jugak), sedikit bawang besar (dicincang), minyak sayuran utk menumis, dan sekeping roti ( dibakar dahulu )

Caranya sangat lah mudah...
memula i tumiskan bawang besar tadi sampai naik baunya, then i masukkan stok ayam, carrot dan labu..biarkan (renehkan) sampai mendidih..kemudian masukkan isi ayam dan pasta rebus tadi. biarkan mendidih lagi beberapa lama dan boleh tutup api..then, boleh letak dalam mangkuk dan letakkan roti yang dah dibakar tadi..siappppp..boleh di makan.. 

resepi ini resepi 10 bulan ke atas..tapi jgn letak garam lah..untuk iman, i letak sikit garam dan lada sulah...kasi rasa sikit..
Sup Pasta Roti yang tak sama macam dalam majalah rupanya..heeeeeeee


Sunday, February 19, 2012

Menu campak-campak di hari sabtu yang malas...

Seyesss!!!
 i sangat-sangat malas semalam...pagi-pagi dengan flu yang tak lega-lega dah kena bersiap-siap nak ke sekolah...(alah, actually gi sekolah kejap je pun..kul 8.00 - 10.00, tapi i malas nak drive sebenarnya dengan keadaan  badan yang tak selese)

Bila balik umah tengok umah dah bersih, sejuk sket hati...tapi dalam kepala duk teringat Data SMM murid belum habih dikemas kini lagi..so memang lah i sgt malas mau masak..haihhhh ibu, macam awak sorang jer banyak keja yer....

so, untuk lunch pun i masak yang simple-simple jer...untuk iman pulak, puas la i pikir ape lah nak di masak ni..and lastly, terhasillah menu ni...

sup ayam vege bersos tomato

menu campak-campak iman...

Menu yang sangat senang..menggunakan apa sahaja bahan yang ada di dapur dan peti ais...
cara-caranya: 
i didihkan homemade tomato sos then, i masukkan ayam yang dipotong dadu tadi, then i masukkan lobak merah & labu yang juga dipotong ikut suka hati sahaja...bila lobak merah tadi dah betul-betul empuk, baru masukkan floret brokoli, then ,masukkan sedikit garam..

Untuk lunch, sup ni iman makan dengan nasi biasa jer...


Iman yang sedang di layan oleh ayah...ibu??ibu betul-betul tak larat plus pening-peening...

Ini lah yang terjadi bila ibu & ayah biarkan di bermain dengan nasi..sambil-sambil suap, tangan kecik dia tu mau juga main nasi tu...

Untuk petangnya pulak, i masih gunakan sup yang sama cuma i rebus pulak pasta small shell untuk di makan dengan sup tomato tadi...




Sunday, October 30, 2011

Baby Spagheti

 Ini lah baby sphagetty.. sesuai untuk baby berumur 8 bulan ke atas...

Bahan-bahan:
  • 10 batang spaggeti (dipatah - patahkan)
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • 1/4 batang lobak merah (potong dadu)
  • Sedikit isi ayam (hiris nipis)
  • Sedikit daun sup dan daun bawang (hiris halus)
  • 1 sudu olive oil
  • Air
Cara-caranya:
  1. Rebus spagetti hingga betul-betul lembut.Tos dan ketepikan.
  2. Didihkan air dalam periuk. Tambah 1 sudu olive oil.
  3. Rebus isi ayam hingga masak
  4. Masukkan kentang dan lobak merah. Rebuskan lagi hingga kentang & lobak merah empuk.
  5. Masukkan spagetti .Rebuskan lagi utk seketika.
  6. Kemudian masukkan daun sup dan daun bawang. Masak hingga daun sup dan daun bawang layu.
  7. Angkat dan kisarkan utk disajikan kepada bayi anda 

 Ini lah bahan-bahan -nya....sangat simple kan..dan sudah pasti bahan-bahan ini senantiasa ada di dapur ibu..

 Ini lah rupa baby spaghetti yang belum di blend...

Dan ini rupanya apabila ia di blend...
    5.    P/s : seminggu ibu cuti..dapat lah Iman rasa macam-macam menu ni...kihkihkih
    6.    

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Designed By Blogs Gone Wild!