Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, September 22, 2015

Nur Anis Dalisa Binti Mohd Faiz

Alhamdulillah...

Akhirnya, Allah makbulkan doa ibu, ayah & abg iman...

Terasa banyaknya rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan buat kami sekeluarga, maka siapalah kami menidakkan rahmatNya..
.
.
Perkenalkan puteri sulung ibu..

`Nur Anis Dalisa Binti Mohd Faiz`

… semoga puteri ibu dan ayah membesar menjadi anak solehah, berbakti kepada agama, ibu bapa, keluarga, dan masyarakat…

Friday, July 11, 2014

Sebelum Dan Selepas Kahwin...

Salam Jumaat di bulan Ramadhan yang penuh barakah...

Alhamdulilah.Dah siap menu untuk berbuka hari ni.  Pajeri Nenas. Tetiba en.suami request nak makan pajeri nenas, sebab katanya sedap pajeri nenas makan dgn telur masin. Betul ke ek? Sebabnya saya bukan lah penggemar pajeri ni dan tak pernah seumur hidup masak menu ni.

Perancangan dan aturan Allah memang Maha hebat kan. Bayangkanlah, saya yang memang buta memasak ni  dijodohkan dgn si dia yang memang nak makan homemade food. Ya, memang sejak dari kecik, dari sekolah rendah, sekolah menengah, sampai dah masuk u pun memang tak reti memasak. Sadiskan. Maklumlah, dah memang si emak dan si kakak-kakak yg teror memasak, so buat apa saya nak susah-susah memasak kan. Seingat saya, dulu emak selalu marah -marah sebab saya tak suka masuk dapur, apatah lagi nak memegang kuali senduk bagai. Tugas saya kat dapur setakat potong bawang, potong cili, cuci pinggan mangkuk jer. Siap cakap kat emak, "alah, esok org dah kerja, org beli jer semua lauk-lauk ni".. hahahaha...dan, memang masin mulut emak..kata-kata ibu tu kan doa. Emak selalu cakap, semoga saya dapat suami yang tak nak makan kedai. YA...memang itulah jodoh saya. En.suami saya memang 90% tak suka makan kat luar. Dan semestinya lah saya kena gigih belajar memasak kan. Alhamdullillah, dari tak pandai goreng meehoon bagai, sekarang dah boleh la sikit-sikit...dari pandai masak sambal je, sekarang dah boleh la main campak-campak jer. Lagipun sekarang  kan semua hanya dihujung jari.

Percaya atau tidak, sepanjang Ramadhan kali ini, seingat saya sekali jer berbuka dgn kfc sebab tak sempat nak memasak. Yang lain homemade tau. Alhamdulillah, en.suami pun tak cerewet sgt. Sedap atau tidak tu nombor dua, yg penting kasih sayang dan keikhlasan. InsyaAllah...

Terima kasih emak dan kak ida, sebab sudi ajar saya memasak, bagi petua-petua bagai...

Terima kasih mama, sebab selalu share resepi-resepi kegemaran en.suami, turunkan ilmu-ilmu bagai...

Terima kasih en.suami, sebab selalu 'paksa' saya memasak. Ingat lagi muka 14 inci awak tu kalau asyik makan makanan luar kan.. (",)

Terima kasih blogger-blogger kat luar sana yang selalu kongsikan resepi-resepi yang best...


Posted via Blogaway

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day Buat Si-Cinta Hati



Happy Father's Day 



Buat encik hubby...'Selamat Hari Bapa' ibu ucapkan...

Terima kasih sebab telah menjadi ayah yang terbaik buat hero-hero kecik kita.
Terima kasih juga sebab sentiasa meminjamkan bahu serta mendengar keluh kesah ibu dalam memikul amanah dan anugerah terindah ini. 

................

 Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan tidak elok menyambut hari ibu, bapa dan yang sewaktu dengannya kerana itu merupakan budaya barat...tapi, bagi pendapat saya tak salah kan sekiranya kita mengingati dan menghargai pengorbanan seorang ayah atau ibu. Ya, memang betul..hari-hari adalah hari ibu, dan hari-hari adalah hari bapa. Tetapi, tak semua orang mempunyai kesempatan dan ruang untuk menyambutnya hari-hari kan... Jadi, apalah salahnya, kita mencuri sedikit masa untuk menghargai bapa atau ibu kan.. 





Simple celebration untuk keluarga kecik kami di Secret Recepi Metropoint Kajang. First time tekak saya boleh telan fish and chips sebab tak terasa sangat ikannya.. So far, 4 bintang lah saya bagi untuk semua menu hari ini. 90% okay kalau nak compare dengan satu restoran di BBB...(maaf yer, nama restoran di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu..kalau nak tau, sila massage personal )

Malamnya pulak, kami celebrate beramai-ramai dengan family in law.. 
Buat my father in law, Selamat Hari Bapa yer..
Yang ni tak sempat nak amik gambar bagai sebab ada budak yang diminta beri perhatian yang lebih...


....................


Memandangkan hari ni hari terakhir ibu bercuti...jadi, ibu nak spend time dgn cinta hati ibu puas-puas. 

Bawak hero kecik tu gi ber-play time kat my kidz play di MetroPoint Kajang..
Lokasi adalah bersebelahan dengan Bowling...
Bayaran : RM25 seorang selama 2 jam untuk weekend, kalau weekdays RM18. 












Si adik mula-mula tu takut-takut nak main.. tapi lama-lama sampai tak mau balik pulak..
memang enjoy la hero-hero kecik ni.. 
.
.
.
sekian



Friday, June 13, 2014

Percutian Musim Panas Kami di Kampung




Jumaat yg indah...

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk pulang ke kampung menziarahi bonda dan keluarga tercinta serta melawat kampung halaman...

Orang paling bahagia haruslah saya dan abg iman... bukan main seronok abg iman sebab dapat berjumpa dan menghabiskan masa bersama-sama dengan sepupunya. Tq kaklong, angah dan acu sebab layan iman dan aqil sepanjang berada di kampung.

Semasa kami di kampung, cuaca sangat lah terik. Sampaikan si bambam hanya berpampers jer. Ya Allah... memang cuaca sangat panas.. suhu masa tu lebih kurang 32°C... Badan berpeluh-peluh walaupun mandi berkali-kali... Tapi, kami tetap enjoy...yelah kan, bukannya selalu dapat balik kampung kan... hihihi.... 

Jom layan picca-picca sepanjang musim percutian kami di kampung ya...



Kami 
 Alhamdulillah...
Masih diberi kesempatan dan peluang serta ruang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan.


Acara membaling batu ke sawah pagi a.k.a bendang kata org kedah...
Tengoklah si kecik itu
Suka sangat berdiri tepi sawah...
Lokasi adalah di belakang rumah puan emak..bestkan..bangun pagi, terus nampak sawah :)


Abg Iman yang sangat leka memberi ikan makan di tasek Taman Jubli Emas. Buat kawan-kawan yang berkunjung ke Alor Setar, Taman Jubli Emas ni very recommended sebagai salah satu destinasi riadah bersama keluarga...


Abang Iman yang masih khusuk bagi ikan makan, langsung tak mau pandang kamera.


Aksi si abang, si adik dan si ayah bermain bola. Ya Allah, nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan.. Alhamdulillah 




Wednesday, January 8, 2014

I am ibu beranak dua...


Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Semoga semua orang diberi kesihatan yang baik kan... Maklumlah..semalam saya mc sebab si bambam ni tak sihat...nenek diorang pun tak sihat jugak..so tak sampai hati la pulak nak susahkan nenek diorang...

Siapa kata cuti boleh goyang kaki kat umah...? Serasa nya saya lah kan..jadi suri rumah lah yang sangat sibuk...mana nak layan karenak anak2 lagi... Si suami lagi... Nak uruskan rumah lagi... Lagi2 kalau anak2 dah mula bersekolah dan menjadi driver tak bergaji kan...

Tapi....sepenat- penat mana pun jadi suri rumah, hati tetap happy dan enjoy...sebab dapat tgk anak membesar depan mata... Macam saya, alhamdulilah...dikurniakan mother in law yg sanggup bersusah payah menjaga dua org hero kecik ni... So, dapat lah saya mencari rezeki dgn hati yang tenang...

Sekarang asal sempat jer nak update blog... Bukan tak mau update...tapi kekangan masa yang membuatkan niat terbantut...padahal dalam kepala ni ada seribu satu cerita yang nak di share kan korang semua... Tp, InsyaaAllah lepas ni boleh selalu lah kot update entry sebab saya dah dapat cik note baru...kihkihkih... Yelah kan..sambil2 menyusukan si kecik ni pun dah boleh taip entry baru... ;p

So how tahun baru saya dengan beranak dua ni...? Buat yg mengikuti perkembangan update status fb sure tau kan betapa cekalnya saya travel dari bandar tek kajang - hulu langat dengan membawa dua org kanak2 rebina, sorang asyik bercakap & sorang lg asyik melalak...

Sekarang ni ALHAMDULILLAH....adik aqil sangat behave dalam kereta... Abg iman pun dah pandai sekarang...kalau adik merengek sikit2 tu, dia akan layan sambil ajak adik nyanyi lah... Main2 dgn adik lah..

Alhamdulillah...berkat doa dan atas nasihat yang diberikan kengkawan jugak.. Mmg menjadi petua yang sorang kawan sekolah ni kasi...dia mintak saya amalkan baca surah al-fatihah & 3 qul setiap kali nak tido...dan hembuskan kat kepala anak...Then, ckplah dgn anak apa yg kita hajatkan...


Posted via Blogaway

Wednesday, December 11, 2013

11.12.13 ---> Our 4th anniversary :: Alhamdulilah




11.12.13

Cantikkan tarikh ini...
Tarikh yang tidak akan berulang lagi dan tidak akan kita berjumpa lagi

DAN

Tarikh istimewa ini merupakan ulangtahun perkahwinan kami yang ke-4

.
.
 .
.

Dua hati bersatu 


Cinta Bersemi & Janji Diikat
Bersama menganyam Impian
Semoga kebahagiaan terus bersama kita

.
.
.
.
4 tahun sudah berlalu 
.
.
.
.

Kami bahagia berempat...Alhamdulilah..

Buat en.suami, terima kasih kuucapkan kerana kamu telah melukis dan mewarnai setiap hari-hariku. Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga ke syurga bersama anugerah daripadaNya..Insyaa Allah



Thursday, May 30, 2013

Hero-hero Ibu ~ Abg Iman & Adik Aqil



Salam...dah lama tak update blog kan. 
Dah hampir 3 minggu saya menjadi 'fulltime housewife'
Mencabar??uuhhh memang sgggttt mencabarrr


Sejak beranak dua ni mmg si ibu dah kurang masa terluang. sebab bila anak-anak tido, si ibu kena cepat-cepat kemas rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, mandi, makan, solat & mengepam susu... bila dah hero-hero ni dah bangun mmg kena spend time dengan diorang jer. Si adik macam biasalah asyik nak ngempeng jer. si abang pulak nak ibu layan dia berborak, main bola, main ultraman, tembak-tembak. 

Lately abg iman macam suka tarik perhatian ibu & ayah. Maybe abg iman dah mula rasa tergugat kot dengan kehadiran adik. Don't worry abg iman, ibu & ayah tetap sayang abg iman macam dulu-dulu jugak..

Semalam dah mula bawak adik aqil pegi umah nenek. Lepak rumah nenek sampai petang. So far okey adik aqil sgttt baik kat rumah nenek petang semalam (berkat hari-hari ibu pesan kat adik supaya behave kat rumah nenek kot ), tido dari kul 3.30pm-6.00pm okey..lega hati ibu. Cumanya abg iman lah suka usik adik time adik tido. risau jugak takut nenek penat nanti. Takpe, nanti hari-hari sebelum tido ibu nak nasihatkan abg iman pulak supaya tolong nenek jaga adik, tak nak usik-usik adik time adik tido. So far, sekarang pun adik dah okey minum guna botol dan frozen ebm.Alhamdulilah..semoga sentiasa dipermudahkan..

Inilah gaya dua beradik ni tido hari-hari. Tiap-tiap malam abg iman mesti request kat ibu nak tido dengan adik. Si ibu layanzz je..bila abg iman dah tido, ayah akan angkat abg iman tido kat bawah (yerlah mana muat katil nak tido berempat kan ;p) , tapi pepagi sebelum ayah gi keja, ayah kena angkat abg iman balik tido atas katil. kalau tak mau melalak abg iman bangun nanti ...
Si adik pulak, biasalah..bila kena peluk cam gini mmg boleh tido lama..kadang-kadang sampai kul 10 baru bangun. so, sempatlah si ibu nak berblog, macam sekarang ni..ngeh..ngeh..ngeh..

Hati rasa bahagia bila tengok dua hero ini ;p
Abg  iman baru belajar meriba adik..so cute kan :)

Abg Iman memang tak leh tengok ibu pegang adik, see asyik nak menyempit jee kat ibu....  

So, di kala cuti ibu berbaki lagi seminggu ni memang kena spend masa betul-betul dengan diorang. Nanti dah naik sekolah sure rindu time-time cam gini kan...



Thursday, December 13, 2012

11.12.12. ---> Our 3rd Anniversary :: I-City

To Lovely Hubby...
Happy 3rd Anniversary...



My lovely family...Ibu..Ayah..Abg Iman & Baby in tummy

Entry ini adalah antara entry wajib setiap tahun...as usual, entri ini hanyalah untuk suka-suka dan sebagai kenangan kami di hari tua....

Sambutan ulang tahun perkahwinan kali ni tiada kek..tiada makan-makan di hotel mewah..sebabnya dalam keadaan abg iman yang tengah melasak ni, tak sanggup rasanya nak berkejaran dalam restoran atau hotel..
Jadi, kami ambik keputusan just celebrate dengan membuat outdoor activites sahaja...memandangkan en.hubby bekerja, kami just dapat spend masa pada waktu malam saja..

Tahun lepas abg iman ditinggalkan dengan nenenk sebab kami spend masa menonton wayang..jadi, tahun ni tak nak lah tinggalkan abg iman lagi..kesian abg iman kan.. 
So, I-city Shah Alam menjadi pilihan destinasi kami kali ni..memandangkan tempat ni pun mmg sesuai untuk enjoy pada waktu malam dan sgt sesuai untuk abg iman yang memang suka berjalan-jalan...

Jom kita layan picca2 kami satu family di sana ya..











Penat sangat mengejar abg iman yang kuat berjalan...dengan mak buyong yang asyik keletihan..en.hubby tak dapat nak amik gambar beriya2...hehehehe..takpa la dear..janji kita dapat spend masa sama-sama..sebab next week seminggu ibu dgn abg iman berada di kampung..

Buat en.hubby...sekejap je masa berlalu kan..InsyaAllah bb akan cuba jadi isteri yang solehah & terbaik buat b..dan ibu yang baik buat anak-anak kita..
InsyaAllah, tahun depan kita sambut berempat pulak kan.. :p

Friday, February 17, 2012

16.2.2012 - Sweet 27 Ayah Iman (",)

'
'
'
'
^
Happy Birthday Dear

Kek & Kad special dari Iman & Ibu Iman

Si Iman jugak sibuk mau potong kek..macam hari jadi dia jerrrr!
Semalam adalah hari ulang tahun yang ke 27 my hubby...so malam sebelumnya puas la i & iman menahan mata nak tunggu kul 12.00 tengah malam..hikhikhik mau buat surprise sebenarnya..tapi hidung i ni selesema lah pulak, then kepala i ni pun pening2..tambah pulak si iman ni duk genyeh2 mata jer...so dalam kul 11.15 pm camtu, we all pun kuarkan lah kek & kad tu senyap2...(that time ayah iman dalam bilik duk solat Isya')
Then..jeng-jeng...bila ayah iman bukak pintu bilik jer, nampak la sebiji kek & sekeping kad atas meja....taddddaaaaaaaa Selamat Hari Lahir Ayah...

Siyesssly Ayah Iman betul2 terkejut dengan surprise yang kami buat tu (hehehe...i dgn iman punya kerja la ni)
Ayah Iman tak sangka sebab actually kitorang nak celebrate his birthday tu malam tadi kat umah nenek iman...(hehehe senyum melebar sekejap sebab berjaya surprisekan ayah iman)

Then, malam semalam nenek iman (my MIL lah) ajak we all dinner sama-sama, sempena nak sambut birthday anak sulungnya..
Memang sgt best lah sebab MIL masak nasi ayam...feveret Ayah Iman...dan i pun suka sgttt nasi ayam 

Nasi Ayam my MIL ni memang sangat TERBAIK...haruslah lepas ni i nak mintak resepi...

sesi memotong kek lagi...wahahahahaha tak aci...ayah iman dapat potong kek 2 kali...nampak tak tangan iman pun mesti menyibuk sama.........

Lastly...buat Mohd Faiz...ibu & iman mengucapkan selamat hari lahir...dan terima kasih kerana menjaga kami dengan sebaiknya....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!