Showing posts with label Aqil Darwish. Show all posts
Showing posts with label Aqil Darwish. Show all posts

Sunday, June 15, 2014

Happy Father's Day Buat Si-Cinta Hati



Happy Father's Day 



Buat encik hubby...'Selamat Hari Bapa' ibu ucapkan...

Terima kasih sebab telah menjadi ayah yang terbaik buat hero-hero kecik kita.
Terima kasih juga sebab sentiasa meminjamkan bahu serta mendengar keluh kesah ibu dalam memikul amanah dan anugerah terindah ini. 

................

 Walaupun terdapat beberapa pendapat yang mengatakan tidak elok menyambut hari ibu, bapa dan yang sewaktu dengannya kerana itu merupakan budaya barat...tapi, bagi pendapat saya tak salah kan sekiranya kita mengingati dan menghargai pengorbanan seorang ayah atau ibu. Ya, memang betul..hari-hari adalah hari ibu, dan hari-hari adalah hari bapa. Tetapi, tak semua orang mempunyai kesempatan dan ruang untuk menyambutnya hari-hari kan... Jadi, apalah salahnya, kita mencuri sedikit masa untuk menghargai bapa atau ibu kan.. 





Simple celebration untuk keluarga kecik kami di Secret Recepi Metropoint Kajang. First time tekak saya boleh telan fish and chips sebab tak terasa sangat ikannya.. So far, 4 bintang lah saya bagi untuk semua menu hari ini. 90% okay kalau nak compare dengan satu restoran di BBB...(maaf yer, nama restoran di rahsiakan atas sebab-sebab tertentu..kalau nak tau, sila massage personal )

Malamnya pulak, kami celebrate beramai-ramai dengan family in law.. 
Buat my father in law, Selamat Hari Bapa yer..
Yang ni tak sempat nak amik gambar bagai sebab ada budak yang diminta beri perhatian yang lebih...


....................


Memandangkan hari ni hari terakhir ibu bercuti...jadi, ibu nak spend time dgn cinta hati ibu puas-puas. 

Bawak hero kecik tu gi ber-play time kat my kidz play di MetroPoint Kajang..
Lokasi adalah bersebelahan dengan Bowling...
Bayaran : RM25 seorang selama 2 jam untuk weekend, kalau weekdays RM18. 












Si adik mula-mula tu takut-takut nak main.. tapi lama-lama sampai tak mau balik pulak..
memang enjoy la hero-hero kecik ni.. 
.
.
.
sekian



Friday, June 13, 2014

Percutian Musim Panas Kami di Kampung




Jumaat yg indah...

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan untuk pulang ke kampung menziarahi bonda dan keluarga tercinta serta melawat kampung halaman...

Orang paling bahagia haruslah saya dan abg iman... bukan main seronok abg iman sebab dapat berjumpa dan menghabiskan masa bersama-sama dengan sepupunya. Tq kaklong, angah dan acu sebab layan iman dan aqil sepanjang berada di kampung.

Semasa kami di kampung, cuaca sangat lah terik. Sampaikan si bambam hanya berpampers jer. Ya Allah... memang cuaca sangat panas.. suhu masa tu lebih kurang 32°C... Badan berpeluh-peluh walaupun mandi berkali-kali... Tapi, kami tetap enjoy...yelah kan, bukannya selalu dapat balik kampung kan... hihihi.... 

Jom layan picca-picca sepanjang musim percutian kami di kampung ya...



Kami 
 Alhamdulillah...
Masih diberi kesempatan dan peluang serta ruang untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan.


Acara membaling batu ke sawah pagi a.k.a bendang kata org kedah...
Tengoklah si kecik itu
Suka sangat berdiri tepi sawah...
Lokasi adalah di belakang rumah puan emak..bestkan..bangun pagi, terus nampak sawah :)


Abg Iman yang sangat leka memberi ikan makan di tasek Taman Jubli Emas. Buat kawan-kawan yang berkunjung ke Alor Setar, Taman Jubli Emas ni very recommended sebagai salah satu destinasi riadah bersama keluarga...


Abang Iman yang masih khusuk bagi ikan makan, langsung tak mau pandang kamera.


Aksi si abang, si adik dan si ayah bermain bola. Ya Allah, nikmat mana lagi yang hendak aku dustakan.. Alhamdulillah 




Friday, March 21, 2014

Aqil Darwish turn to 1yo

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Dah berhari nak update entry spesel ni. Tapi
asyik tak berkesempatan jer... sory yer adik, bukan ibu tak nak abadikan milestone adik dalam dairy kita ini, tapi sejak beranak dua dan pindah rumah ni, ibu mmg tak berkesempatan nak menulis tentang kita...

16.3.2013 ~16.3.2014
genaplah anak ibu ni cukup setahun...wahhh anak ibu dah membesar dengan sihat dan cerdas... Alhamdulillah, ibu berjaya jugak menyusukan adik sepenuh dengan susu ibu.. dan ibu berharap dapat meneruskan.perjuangan kita sehingga 2 tahun..InsyaAllah (”,)
so last weekend ibu, ayah, and family in law celebrate majlis ulangtahun adik yg pertama...tak jemput sesiap pun..just jiran2 jer.. tp org yang paling excited haruslah abg iman... 

 




Thursday, October 10, 2013

Si Bambam warded ~ Baru seminggu duk Taska



Salam semua..
Dah lamaaaa sangat nak update blog yang dah hampir bersawang ni.Tapi, ada jer halangan. So hari ni, alang-alang dalam mode 'bercuti' jaga anak yang sedang sakit ni, cuba lah on cik lappy-bukak belog-update entry...

Ye..si bambam saya tak sihat since seminggu yang lepas. start 1st October lepas, saya dah tukarkan abg iman & adik aqil ke nursery. Memandangkan kami pun dah pindah rumah dan agak jauh untuk travel ke rumah mother in law...

1st week abg iman & adik aqil duk taska memanglah hati ibu sangat tak senang..manakan abg iman yang hari-hari menangis nak ikut ibu pergi keja & adik aqil pulak hari-hari poo kerap (diarrhea) dan kaler hijau lak poo.. 

 Last sunday, saya & en.hubby dah bawak adik aqil ke klinik, tapi since en.doktor tu tgk adik aqil yang ceria dan kebetulan adik aqil pun baru start solid food, so en.doktor suh monitor je dulu dalam seminggu ni. Sebab en.doktor cakap maybe usus aqil baru nak kenal solid food.. Okey, hati si ibu boleh terima lagi..

Then, hari Isnin, balik keja macam biasa amik si bambam dari taska, sampai umah solat, masak, mandi & makan sume, baru susukan si bambam..that time baru perasan badan si bambam macam suam-suam je..ckp kat en.hubby, then en.hubby ajak gi hospital sebab risau kan.. (at the same time, tanya jugak teacher kat nursery tu, si aqil ni ada tak kerap poo & demam kat nursery, tp teacher ckp takde pulak)...

En.hubby decide nak gi KPJ Kajang, sebab agak dekat dengan rumah..time jumpa doktor kat KPJ tu, terus doktor tu advise suh admid wad sebab si aqil dah seminggu diarrhea kan..dan tetiba pulak demam.. tp wad penuh la pulak kat KPJ tu, so doktor refer kes kitorang ke KPMC (Kajang Plaza Medical Centre).. Dah tu pegi la kitorang ni ke KPMC, dah register, check doktor sume bagai, time masuk wad..ALAHAI..rasa nak pengsan jer rasa tgk wad tu...(sebab rasanya hotel bajet lagi selesa kot)..terus cakap kat en.hubby nak tukar hospital. Nasib la boleh tukar hospital..(hahaha gelak jahat sebab dapat lari dari hospital yang nampak sgt scary tu)

so, dari Kajang terus en.hubby  ke Pantai Hospital Cheras, pegi emergency, tunjur reference dari KPJ semua, checked doktor bagai..sekali Pantai Hospital pun full house jugak..adehhh..so doktor just masukkan ubat bontot sebab nak control body temperature..then, suh kitorang datang balik esok pagi kalau still demam & diarrhea..

Esoknya (Selasa pagi),  memandangkan si bambam still demam & diarrhea, kami sepakat nak terus refer dgn pediatrics  kat pantai hospital - Dr. Wong. Dr Wong checked sume, suspect jangkitan kuman ( dalam hati dah terbayang kot2 rotavirus). So, mmg kena admid sebab nak buat stool test & blood test..
So from result semalam, Dr.Wong just confirmkan, yang si bambam free from rotavirus, but still can't confirm yet apa jenis virus yang masuk dalam badan si bambam...adeiii so kena lah kami berkampung kat sini sampai esok...


Abg Iman lah orang paling heppy bila stay kat sepital ni sebab dia tak payah gi skul. Tapi ibu ni betul-betul dilema, nasib lah soalan dah siap hantar Isnin lepas & approved by KP & GKMP yang sangatlah fussy.. Alhamdulilah..kuasa Allah kan. Cuma sangat risau dengan students kat sekolah yang still belum habih silibus..sebab next 2 weeks dah start final exam..

So buat pelajar2 kesayangan cikgu tu..sila ulangkaji dan buat latihan yang diberi ye ;p


Kesian bambam ibu ni..tak sihat..merengek je..


Si Abg Iman yang hepy duk hospital..Ingat duk hotel agaknya...

Si hangkut bantal bagai sebab kesian jugak kat ayah nanti nak ulang alik cheras-kajang..jauh tu.. (padahal ibu mmg kalo boleh takmo jauh dgn hero-hero ibu ni)

Thursday, May 30, 2013

Hero-hero Ibu ~ Abg Iman & Adik Aqil



Salam...dah lama tak update blog kan. 
Dah hampir 3 minggu saya menjadi 'fulltime housewife'
Mencabar??uuhhh memang sgggttt mencabarrr


Sejak beranak dua ni mmg si ibu dah kurang masa terluang. sebab bila anak-anak tido, si ibu kena cepat-cepat kemas rumah, basuh kain, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, mandi, makan, solat & mengepam susu... bila dah hero-hero ni dah bangun mmg kena spend time dengan diorang jer. Si adik macam biasalah asyik nak ngempeng jer. si abang pulak nak ibu layan dia berborak, main bola, main ultraman, tembak-tembak. 

Lately abg iman macam suka tarik perhatian ibu & ayah. Maybe abg iman dah mula rasa tergugat kot dengan kehadiran adik. Don't worry abg iman, ibu & ayah tetap sayang abg iman macam dulu-dulu jugak..

Semalam dah mula bawak adik aqil pegi umah nenek. Lepak rumah nenek sampai petang. So far okey adik aqil sgttt baik kat rumah nenek petang semalam (berkat hari-hari ibu pesan kat adik supaya behave kat rumah nenek kot ), tido dari kul 3.30pm-6.00pm okey..lega hati ibu. Cumanya abg iman lah suka usik adik time adik tido. risau jugak takut nenek penat nanti. Takpe, nanti hari-hari sebelum tido ibu nak nasihatkan abg iman pulak supaya tolong nenek jaga adik, tak nak usik-usik adik time adik tido. So far, sekarang pun adik dah okey minum guna botol dan frozen ebm.Alhamdulilah..semoga sentiasa dipermudahkan..

Inilah gaya dua beradik ni tido hari-hari. Tiap-tiap malam abg iman mesti request kat ibu nak tido dengan adik. Si ibu layanzz je..bila abg iman dah tido, ayah akan angkat abg iman tido kat bawah (yerlah mana muat katil nak tido berempat kan ;p) , tapi pepagi sebelum ayah gi keja, ayah kena angkat abg iman balik tido atas katil. kalau tak mau melalak abg iman bangun nanti ...
Si adik pulak, biasalah..bila kena peluk cam gini mmg boleh tido lama..kadang-kadang sampai kul 10 baru bangun. so, sempatlah si ibu nak berblog, macam sekarang ni..ngeh..ngeh..ngeh..

Hati rasa bahagia bila tengok dua hero ini ;p
Abg  iman baru belajar meriba adik..so cute kan :)

Abg Iman memang tak leh tengok ibu pegang adik, see asyik nak menyempit jee kat ibu....  

So, di kala cuti ibu berbaki lagi seminggu ni memang kena spend masa betul-betul dengan diorang. Nanti dah naik sekolah sure rindu time-time cam gini kan...



Sunday, March 24, 2013

Muhammad Aqil Darwish bin Mohd Faiz




Introduce
'
'
'
'
 
putera kedua kami...

Muhammad Aqil Darwish bin Mohd Faiz
'
'
'
'
^
Ni mak lang la punya kerja..siap buat awning keras lagi...

Ada iras abg iman kan baby aqil niii


Nyenyak nya baby aqil tido......
Baby aqil kena admit wad sebab jaundice tinggi..tapi nasib baik baby aqil stay kat sepital tu 2D1N jer..kalo tak mau meroyan ibu..

Yeay..baby aqil dah di botakkan pada hari ke 7 kelahirannya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!