Saturday, December 11, 2010

Kekurangan G6PD

Apakah G6PD?
G6PD (Glucose 6 Phosphate Dihydrogenase)adalah sejenis enzim dalam sel darah merah yang berfungsi untuk melindungi sel darah merah daripada dimusnahkan.

Apakah Kekurangan G6PD?
Jadi kekurangan G6PD akan menyebabkan sel darah merah mudah dimusnahkan.Kemusnahan sel darah merah pula akan menyebabkan bayi mudah mendapat kuning (jaundice). Tahap kekuningan yang tinggi boleh menyebabkan kecacatan otak dan pendengaran.

Bagaimana Ia Dikesan?
Selepas bersalin, sample darah daripada tali pusat bayi akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan saringan enzim G6PD.

Sekiranya Bayi Anda Didapati Kekurangan G6PD
  1. Anak anda dikehendaki tinggal di wad sekurang-kurangnya sehingga berumur 5 hari untuk pemeriksaan
  2. Pemerhatian ini perlu kerana dalam  masa 5 hari selepas lahir, bayi anda mempunyai risiko tinggi untuk mendapat kekuningan yang serius dengan serta merta dan perlu dirawat dengan segera.
  3. Bayi anda akan dibenarkan pulang setelah dipastikan tiada sebarang masalah-masalah lain.
  4. Bayi anda juga akan diberi temujanji di Klinik Pediatrik dalam masa 3 ke 4 bulan selepas discaj untuk mengulangi pemeriksaan saringan enzim G6PD dan memastikan kesihatan bayi anda adalah baik.
Langkah-langkah Yang Perlu Dilakukan Apabila anak Anda Kekurangan G6PD...
Elakkan anak anda daripada bahan-bahan yang boleh merangsang kemusnahan sel darah merah. Bahan-bahan tersebut termasuklah:
  • Kacang parang
  • Ubat-ubatan traditional seperti jamu dan ubat-ubatan senseh seperti Chuen Lin dan San Chi. Ubat-ubatan tertentu tidak boleh diambil tanpa arahan doktor.
  • Ubat gegat
  • Penyembur serangga dan lingkaran nyamuk yang mengandungi "pryethium"
  • Sesetengah ubat preskripsi 
  • Ibu2 yang menyusu badan juga perlu mengelakkan bahan-bahan yang tersenarai di atas. Ubat demam, selsema dan batuk adalah selamat dan boleh dimakan mengikut dos yang di tetapkan oleh doktor. 
Sekiranya anda termakan atau tersentuh bahan-bahan di atas, anak anda akan mengalami:
  • Kekuningan pada kulit atau mata dengan serta-merta
  • Air kencing berdarah atau berwarna air teh pekat
  • Tidak bermaya
  • Pucat/demam/sesak nafas...
Jumpa doktor dengan segera sekiranya ini berlaku....

Sila pastikan
setiap kali mendapatkan rawatan , sila beritahu doktor anda bahawa anak anda kekurangan G6PD.

Bolehkan seseorang yang Kekurangan G6PD Hidup Secara Normal?

Seseorang yang kekurangan G6PD boleh hidup secara normal TETAPI, mesti mengelakkan makanan dan ubatan yang tersenarai.

Kekurangan G6PD ini adalah sepanjang hayat. Ia bukan penyakit berjangkit.

Apabila anak anda dewasa, anda perlu mendidik mereka tentang status kekurangan G6PD mereka dan bahan-bahan yang perlu dielakkan.

G6PD diwarisi melalui faktor genetik dan sering melibatkan kanak-kanak lelaki . Kanak-kanak perempuan adalah sebagai pembawa.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!