Bismillahirrahmanirrahim...
.
Sejak beranak dua-tiga ni, memang dah tak sempat nak menulis dgn Dear Diary...jadi kenangan bersama keluarga byk yang tak dpt di abadikan kat sini...
.
.
Tapi, untuk momen yang terindah ni, ibu una cuba juga spend time ni untuk sharing pengalaman kali ke tiga ni... At least esok-esok, bila anak-anak ibu dah besar, boleh lah anak-anak baca catatan ibu kat sini kan ♥
.
Alhamdulillah, setelah sekian lama ibu menunggu, akhirnya Allah makbulkan juga doa kami sekeluarga untuk menerima kehadiran si bunga dalam keluarga kecik kami. Walaupun kehadiran si dia di luar jangkaan kami suami isteri, tetapi rupanya perancangan Allah itu mmg sangat indah.
.
Untuk kali ketiga ini, ibu memilih Pusat Rawatan Islam Az-Zahra untuk bersalin. Ada beberapa faktor yang diambil kira seperti keselesaan di dewan bersalin kerana semua doktor dan bidan yg menyambut adalah islam dan perempuan, jarak yg lebih kurang 15-20 minit dari rumah dan kesediaan suami untuk bersama di labour room. Dari kandungan 6 bulan, saya dah stop follow check up kat kk dan continue check dgn gynea kat Az-zahra iaitu Dr.Mashita... Dr. Mashita ni kecik je orangnya dan sangat soft...mmg best la dgn Dr ni..
.
.
Tarikh jangkaan bersalin adalah 5 Ogos 2015, tapi masa seminggu sebelum raya (36 weeks) ibu dah start rasa baby kurang gerak. Then, malam selepas berbuka puasa tu, en.suami ajak gi poliklinik az-zahra untuk scan, sebab risau kan.. masa scan tu, dr.rohani mintak kami terus refer hospital untuk buat ctg, kerana kuantiti air ketuban yg kurang dan ibu lak bgtau baby kurang gerak. So kami pun terus ke HIAZ (Hospital Islam Az-Zahraa). Lepas buat ctg scan bagai semua, Dr suh admit untuk monitor. Dr. juga nasihatkan ambik suntikan utk matangkan paru2. Keesokannya, masa scan lagi sekali..alhamdulillah air ketuban dah kembali normal. Dr ckp air ketuban kurang due to ibu stress, penat dan kurang minum air. Jadi, doktor advise untuk tidak berpuasa dan diberi cuti sakit untuk rest. Alhamdulillah, since tak berpuasa dan makan, hingga ke petang baby gerak pun dah okay, dan ibu boleh discharged petang tu jugak... Alhamdulillah, sempat jugak ibu berhari raya dengan abg iman dan abg aqil.
.
24/7/2015 ~ Jumaat
Pagi jumaat ibu bergolek-golek dgn abg aqil atas sofa, tetiba ibu perasan seluar ibu mcm basah sikit.. oh no...mcm kes abg iman dulu jer ni. Ibu dah dilema sama ada nak gi sekolah ke tak, sebabnya esok ada kejohanan sukan tahunan sekolah. Bykkkk lagi urusan yg belum diselesaikan..call en.suami, en.suami suruh pegi klinik scan dulu, kalau okay baru pegi sekolah. So, ibu pun pegi lah poliklinik az-zahraa, inform Dr.Rohani yg air ketuban ada leaking sekali pagi td, but baby gerak still okay. Sekali lepas scan, air ketuban kurang la pulak...dan Dr suh refer ke hospital. So tak jadi lah ibu nak ke sekolah hari tu.. dah mula rasa berdebar-debar..Tgh hari tu, tunggu en.suami balik, terus pegi hospital, doc buat ctg dan check bukaan, doc confirmkan yg ada leaking.Since time tu dah 38weeks, dan baby pun dah engaged, so doc decide utk induced. Ibu pasrah je sebab mmg dah ada experienced induced, cuma bezanya masa abg iman dan abg aqil, induced biasa. Sincs dah ada bukaan 2cm malamnya, doctor decide utk drip je... nerves sgt sebab dr pembacaan ibu, ramai yg ckp drip ni sgttttt sakit..huhuhu...
.
25/7/15 (sabtu)
5.00 pagi ~ nurse inject ubat lawas buang air besar
6.30 pagi ~ sesudah subuh, nurse dah mintak ke labour room, punya lah nerves sebab takde rasa sakit apa2 pun lagi..masuk labour room, nurse terus drip air dan ubat
7.30 pagi ~ Dr.Mashitah masuk LR untuk pecahkan air ketuban, time ni memang takde rasa sakit..cuma lapar je, sebab belum breakfast lagi. So tunggu diorg bawak turun breakfast ke LR. Siap request kat suami nasi lemak lagi..hahaha...
8.00 pagi ~ Selepas je mak usu diorg dtg amik abg iman dan abg aqil kat wad, en.suami pun teman kan ibu kat LR. At the same time, breakfast pun sampai. Disebab kan time tu dah mula rasa mild contraction, ibu tak nak makan nasi lemak, sebab rasa tak selesa. Just minum susu dgn oat jer...huhu..
9.00 pagi ~ Dah start heavy contraction. Mmg serius sakit sgt... Mid wife ada offer ubat tahan sakit, tapi nekad tak nak jugak amik. Time ni bukaan baru 4cm..alahaii macam lambat je lagi ni nak tunggu 9-10cm.
9.30 pagi ~ Sakit yang teramat sgt..dah tak senang duduk dah. Time ni entah macamana leh mintak ubat tahan sakit dgn midwife, sebelum..tp disebab kan bukaan dah 6cm, so midwife takleh bagi injection tu sebab takut kang ibu tak leh meneran. Mid wife suruh tarik nafas dalam2 bila rasa contraction tu dtg. Alhamdulillah, teknik tu sgt membantu. At this time, mmg dah rasa nak meneran..bila check bukaan dah 8cm. Agak cepat progress, maybe sebab yg ketiga kan.. Dan alhamdulillah 9.48 pagi, lahirlah puteri sulung kami...alhamdulillah..syukur sgt..
.
After uri dikeluarkan, dan semua proses selesai, ibu dibawa ke wad. Memang kelahiran kali ini agak cepat prosesnya..Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan..aminnnn
.
Malamnya, selepas ibu dan baby dah kencing dan buang air besar, kitorg dah boleh discharged...yeay....
.
ALHAMDULILLAH....