Tuesday, March 26, 2013

Faedah Susu Ibu



Mengapa saya memilih untuk meyusukan baby saya secara eksklusif selama 6 bulan pertama bayi? Walaupun semasa abg iman dulu saya tak berjaya sepenuhnya menyusu secara eksklusif, tetapi saya tetap memaksimum kan penyusuan saya untuk abg iman, sebab saya percaya susu ibu adalah yang terbaik untuk baby saya.. dan InsyaAllah, sekiranya diberi kesempatan dan rezeki, saya berdoa sangat2 agar dapat menyusukan adik aqil sepenuhnya dengan susu ibu sehingga 6 bulan pertama ini...

Faedah susu ibu untuk bayi...
  • Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit - kolustrum iaitu susu awal ibu yang berwarna kuning.
  • Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai.
  • Mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit birit serta penyakit saluran pernafasan.
  • Mengurangkan risiko kepada alahan.
  • Perkembangan daya intelek yang lebih baik ( IQ tinggi).
  • Kurang masalah pergigian dan ortodontik.
  • Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan telinga pada kanak-kanak.
  • Menggalakkan tumbesaran.
  • Penghadaman yang mudah.
Faedah susu ibu untuk ibu...
  • Membantu mengecutkan rahim - mengurangkan pendarahan dalaman.
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
  • Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari.
  • Penyusuan susu ibu sepenuhnya membantu menjarakkan kelahiran.
  • Menjimatkan masa dan wang.
  • Mudah dan tidak perlu persediaan (nak bancuh susu bagai).

2 comments:

Maria Firdz said...

semoga dipermudahkan.. ameen...

Dear Diary said...

InsyaAllah..doakan ye dikuatkan semangat..

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!