Friday, March 22, 2013

Pengalaman bersalin ke2 saya


Alhamdulilah..saya telah selamat melahirkan permata hati saya yang kedua...Syukur ke hadrat Illahi kerana mempermudahkan proses kelahiran kedua ni walaupun ianya membuat saya ternanti-nanti..sepatutnya edd saya utk 2nd baby ni adalah 9.3.13, tapi hingga ke due date, saya masih belum ada tanda mahu melahirkan. Doktor memberi tempoh tambahan sembilan hari, sekiranya sehingga tempoh tambahan itu saya masih belum ada tanda melahirkan, doktor akan memasukkan ubat untuk paksa bersalin.. Ya Allah, dalam masa itu, saya hanya mampu terus berdoa semoga mempermudahkan proses kelahiran kali ini..Selepas mengadakan perbincangan dengan en.hubby, kami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung, memandangkan saya pun dah ambil cuti awal (bermula 9.3.13)...Kami bergerak pulak ke kampung pada 14.3.13. Alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkan, saya tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang perjalanan pulang ke kampung.

Keesokkan harinya ,15.3.13 (Jumaat) kakak saya yang merupakan midwife di HSB Alor Setar mengajak saya membuat check up di hospital.Doktor mengatakan bukaan da buka 2cm, dan berpendapat untuk memasukkan ubat (induced) untuk mempercepatkan bukaan. Saya bersetuju je dengan nasihat doktor.. (yelah lambat laun pun nak bersalin jugak kan). So pagi jumaat tu saya terus admit hospital dan hanya menunggu tanda-tanda kelahiran. Pada jam 5.30 petang, semasa en.hubby membawa makanan untuk dinner, saya mula merasakan mild contraction, yang menyerang setiap 10-15 minit sekali. Saya asyik ulang alik ke toilet, sebab kerap berasa sakit perut nak membuang dan membuang air kecil. Pada jam 8.30 malam, selepas menunaikan solat jamak maghrib & isya' (sebab saya masih dikira bermusafir) dan membaca surah yassin, saya mula merasakan contraction yang semakin kuat.. Jam 9.00 malam, akibat sakit yang semakin kuat, saya bagitau nurse dan hubby yg contraction semakin kuat, dalam masa yang sama hubby saya dah on the way nak ke hospital sebab beliau merasakan seolah-olah saya akan melahirkan zuriat kami malam tu. Selepas doktor checked, rupa-rupanya bukaan dah buka 4cm dan bersiap sedia untuk ke labour room.

Pada jam 11.00 malam saya di bawa ke labour room, dan 11.15, air ketuban dipecahkan. Selepas air ketuban dipecahkan, contraction semakin kuat.. pengalaman kali ini sedikit berbeza kerana en.hubby dpt menemani saya di labour room. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesakitan dengan kehadiran org yang tersayang. Kelahiran kali ini juga saya dikurniakan seorang jururawat pelatih yang sgt banyak membantu saya mengurangkan kesakitan...Ya Allah..Syukur sangat dengan rezeki yang Engkau berikan kali ini.. Pada jam 1.00pagi, saya sudah mula rasa mcm nak terberak...so saya pun mula nak meneran. Then, terdengar cik misi tadi tu panggil doktor utk membuat persediaan...dan tepat jam 1.13 pagi, saya selamat melahirkan putera kedua kami..Alhamdulilah..tiada kalimah lain yang mampu saya ucapkan..Dengan lafaz syahadah..saya mengucap dua kalimah syahadah..dan lafaz alhamdulilah...syukur kerana selamat melahirkan seorang lagi amanah kami yang sihat dan sempurna..

Kelahiran kali ini memang dipermudahkan olehNya...Dengan rezeki mendapat doktor perempuan dan jururawat yang baik semua..Terima kasih diucapkan kepada suami tercinta kena menemani saya di saat melahirkan zuriat kita, serta kakitangan hospital yang banyak membantu dan memberi layanan yang terbaik.. Benarlah kata orang, sekiranya kita memudahkan urusan orang lain, InsyaAllah, Allah akan mempermudahkan urusan kita..InsyaAllah..

p/s..next entry saya akan introduce putera kedua kami ya :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!