Saturday, March 17, 2012

Finally...boleh jugak remove timeline FB...



Sejak pakai timeline kat fesbuk tu i rasa menyampah betul nak on FB through Cik Lappy ni..sebab rasa serabut kepa hotak yang memang sedia serabut ni..
Lastly, tadi duk godek2 dapat lah remove timeline tu...

so buat sesape yang nak remove u all boleh lah visit this link wokey:

u all pilih salah satu browser yang korang guna ( i pilih mozilla ), then u download...
Lepas dah siap download, u all tutup    browser dan buka balik. Okay tak? Kalau okay jangan lupa  share dengan kawan u all! 
 Byeeee....
 Assalammualaikum....... ^^

Wednesday, March 14, 2012

Syoknya Bila Cuti Menjelma...







Cuti Sekolah memang sangat heaven, walaupun akan berpenat seharian dengan si kecik di rumah..sebab leh lepak-lepak dengan iman...then, boleh masak macam menu untuk iman (oppss untuk ayah Iman sekali lah tu...)

Lagi boleh tido petang...hahahaha yang ni time cuti ja boleh buat..kalau hari biasa mintak maaf yer..

menu semalam..(sebab isnin ibu tak dapat masak beriye2 masak sebab ibu kena gi sekolah)

'
'
'
^
Penkek Pisang untuk breakfast Iman & Ayah Iman


 resepi penkek ini saya amik dari kak Fara Kertina Waty.. disini
 '
'
'
'
^
Udang Masak Lemak Campur Labu

 sangat mudah - i just blend santan + sedikit halia + kunyit + bwg putih sikit + bwg merah sikit, then masukkan kan dalam periuk bersama-sama dengan labu, then dah didih, i masukkan udang...siap..

Monday, March 12, 2012

Biskut Roti

very cute kan...

Tangan si kecik yang teruja dengan biskut roti ini...

Actually saya dapat inspirasi dari Kak Farah Rahim - Prince dan Princess Brokoli Carrot French Toast

Then, i pun gedik-gediks try lah mencuba menggunakan  cookie cutter yang ada kat umah...hehehe..

hasil pertama 
'
'
'
^

cuma bezanya i tak salut semua sekali dengan bancuhan telur tu..i cuma letak sikit jer atas roti tu...

 separuh i goreng atas kuali..

 dan separuh lagi i bakar utk jadikan jajan si iman nii
hasil seterusnya..i pegi bakery yang kat depan umah i ni...waahhh sgt teruja okey...ada banyak bentuk cookie cutter yang comey2...

hasilnya...iman siap membelek2 sebelum masuk mulut..selalu tunjuk one-two-three dalam buku jer..ni reall punya wokey...siap boleh makan lagi..hahaha 

senang kan mau buat jajan iman sekarang...kadang-kadang i sapu unsalted butter sket atas roti tu before bakar...





Checklist Cuti Sekolah

Selamat Bercuti buat semua warga pendidik...dan buat students tu jangan lupa buat ulangkaji ya..lagi-lagi yang nak amik exam hujung tahun ni ya...

school holiday kali ni i dengan family kecik i tak balik kampung pun sebab cut off bajek...hahahaha lagipun en.hubby tak boleh nak amik cuti lelama..and kerja pun agak banyak untuk di setlle kan..huhuhu sangat222 rindu dengan mom di kg...(entah2 tetiba jer hubby ajak balik kg mana tau kan...hope so!!)

wokey! tak mau merapu banyak-banyak sebab terlalu banyak kerja yang nak disettle dalam cuti ni..lagi2 jap lagi nak kena gi school gak, sebab ada kelas tambahan lah pulak...(baru nak berfoye2 cuti sekolah )

I nak senaraikan beberapa work-list yang perlu disiapkan dalam cuti ni jugak..
  • Tanda kertas peksa (haruslah si iman juga akan sibuk membantu kan) ------> DONE (13/3/12)
  • Key in data pelajar, info pelajar & info parents pelajar....(bape banyak pelajar daaaaa)------>DONE (17/3/12)
  • Prepare teaching aids
  • Key in markah kat SAPS------> DONE (14/3/12)
  • Kemas umah (bilik2 yang macam dah tak rupa bilik)------> DONE (16/3/12)
  • Try & error beberapa reasepi baru utk iman (yang ni paling i suka)..ngeh..ngeh.. ------> DONE (setiap hari ;p)
So, sape kata jadi cikgu seronok sebab banyak cuti?? memang lah seronok banyak cuti, tapi kerja tetap on wokey..cuma bezanya kami-kami tak perlu buat kerja di sekolah..boleh goyang-goyang kaki buat kat umah sambil tangan menepis tangan si kecik..huhuhu yang pasti, cuti sekolah adalah cuti dari teaching sahaja..kerja-kerja pengkeranian tetap berjalan seperti biasa (*_^)
 But..apa pun orang cakap..I tetap LOVE being a Teacher...










Saturday, March 10, 2012

Homemade brocoli - fishball


Cuti sekolah dah bermula....yeaaahhhhhaaa
Jadi boleh la ibu ber'experiment' dengan food iman...
menu pertama iman di hari pertama cuti sekolah ibu
'
'
'
'
'
^
homemade brocoli-fishball

resepi ni i cedok kat buku resepi Nutritionist's Choice book, then i olah sikit dengan bahan-bahan yang ada di dapur tu...

Bahan-bahannya:

  • 3/4 cawan isi ikan tenggiri (dibuang kulit & tulang)
  • 2 sudu tepung jagung
  • 2 sudu besar brocoli
  • secubit garam (i tak latak pun sebab i da letak lada sulah)
  • secubit lada sulah
Cara-caranya sangat lah mudah...
Campurkan semua bahan-bahan tadi ke dalam pengisar.. kemudian blend sampai betul-betul halus dan semua bahan-bahan tadi sebati..

Blend sampai betul-betul sebati & halus

Masukkan adunan tadi ke dalam mangkuk besar. Baling adunan ke bahagian tepi mangkuk. Ulang sehingga menjadi adunan pejal dan berkilat.

Bentukkan adunan menjadi bebola kecil menggunakan tangan.

Didihkan air dalam periuk

Celurkan ke dalam air yang mendidih sehingga masak

 sudah masak..dan boleh di makan bersama bubur nasi, bihun sup, pasta atau boleh dibuat sup sayur campur bebola ikan...

untuk tengah hari tadi,i masakkan bubur nasi yang dimasak dengan stok ayam dan dimakan bersama homemade broccoli-fisball ini bersama dengan broccoli steam...

lunch iman hari ni ~ bubur nasi + homemade broc-fishball + broccoli steam 

Review: Iman makan dengan enjoynya....






Khas Buat Penjawat Awam ~ SBPA dibatalkan dan SSM di baik pulih...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini, (8.3.2012) mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Berikut adalah beberapa penambah baik pulih SSM -Sistem Saraan Malaysia
  1. Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
  2. Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 % .Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu P&P dan pelaksana (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%),Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%) 
  3. SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320.Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing
  4. Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  5. COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan.
  6. Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun.

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini (Mac 2012) atau bulan depan(April 2012) berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Peerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.



p/s: mula sibuk cari kalkulator duk kira-kira gaji baru..hahahaha ;p


Thursday, March 8, 2012

STPM Di rombak

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan peperiksaan akhir berpusat tentukan tahap kelulusan setiap calon

SELAYANG: Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dirombak mulai tahun ini dengan keputusan atau markah yang diperoleh oleh calon akan ditentukan menerusi taksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan berpusat.
Pentaksiran akan menggunakan dua kaedah yang dilaksanakan sepanjang satu setengah tahun pengajian, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dengan markah 20 hingga 40 peratus dan peperiksaan akhir berpusat yang mewakili markah 60 hingga 80 peratus untuk menentukan tahap kelulusan setiap calon.
Penggunaan sistem taksiran baru itu dilaksanakan selaras dengan Program Transformasi Pendidikan dan salah satu usaha kerajaan memperkasakan program pendidikan Tingkatan Enam.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Datuk Dr Mohd Noh Dalimin, berkata menerusi sistem taksiran baru itu, tempoh pengajian Tingkatan Enam, penawaran dan sistem penggredan mata pelajaran masih sama seperti sebelum ini tetapi kandungan pengajian dipecahkan kepada tiga bahagian kurikulum untuk mengisi tiga penggal.

“PBS diperkenalkan bagi meningkatkan kemahiran insaniah pelajar terdiri daripada tiga bentuk kerja kursus, iaitu projek atau tugasan, kerja amali dan kajian luar mengikut keperluan mata pelajaran. Ia akan diadakan setiap penggal atau penggal tertentu saja,” katanya pada sidang media mengumumkan keputusan STPM, di sini semalam.

Beliau berkata, peperiksaan bagi menilai pencapaian pelajar akan diadakan setiap hujung penggal, iaitu penggal pertama pada November tahun pertama, manakala penggal dua dan tiga masing-masing pada Jun serta November tahun kedua pengajian.
“Keputusan peperiksaan akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakala keputusan keseluruhan peperiksaan STPM dibuat berdasarkan gabungan keputusan bagi ketiga-tiga penggal,” katanya.

Mohd Noh berkata, sistem itu bakal memberi kelebihan kepada pelajar kerana selain menitikberatkan pendidikan berasaskan hasil dan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan, mereka akan mempelajari kandungan kurikulum berbeza pada skala kecil dalam setiap penggal.

Justeru, pelajar boleh lebih fokus menghadapi pembelajaran dan mempunyai peluang lebih besar untuk melakar kecemerlangan.

“Antara kelebihan sistem pentaksiran baru ini adalah pelajar boleh memperbaiki keputusan akhir setiap penggal dengan menduduki semula peperiksaan yang akan diadakan selepas keputusan peperiksaan penggal tiga dikeluarkan.

“Ini adalah kali pertama MPM memperkenalkan PBS bagi hampir semua mata pelajaran. Ini adalah sejarah bagi MPM selepas terbabit dalam bidang pentaksiran selama 30 tahun dan diharap mampu memantapkan sistem penilaian agar lebih holistik serta menguntungkan pelajar,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online, Khamis-8/3/2012

Wednesday, March 7, 2012

Iman Dikala 1 Tahun 3 Bulan...




Hai semua orangggggg
Nama saya Muhammad Iman Danish..tapi semua orang panggil saya Iman / Danish..
Umur saya 1 tahun 3 bulan
Berat saya 10kg 
Tinggi saya sekarang 8cm eh..eh..80cm lah ;p
so bila saya kira-kira BMI saya lbh kurang 16...normal tak??? tapi nurse kat KK cakap saya normal..sebab ibu bagitau makcik nurse tu saya membesar dengan sehat & kuat... ;p

Inilah buah hati pengarang jantung ibu & ayah yang berusia 1 tahun 3 bulan...
gelagatnya dan keletahnya sangat-sangat mencuit hati kami...
kami tersangat bahagia dengan kehadirannya...

Iman memang sangat pantang tengok ini kereta..mesti tarik-tarik tangan ibu ajak naik...opss ibu dah tak muat la sayang...iman naik sorang2 yer..

Masalahnye bila dah dapat naik..mula lah tak mo turun..puas berdukung lah lepas tu nak ajak balik umah...haiiiiiiiiihh
Anak-anak zaman IT memang pantang tengok laptop..handset..remote astro maupun tv...

Gaya memang tak boleh blah yer...

Memang dunia ini saya yang punya bila ibu & ayah bagi peluang saya tekan2 keyboard laptop ini....;p
Ini budak memang sangat suka gosok gigi...kebetulan ini berus gigi yang baru dibeli oleh ibu..sebab berus gigi lama iman selamat masuk dalam bowl toilet...
Pandai tak iman gosok gigi Iman dah ada 8 +2 batang gigi tau...
Actually ada banyak lagi aksi -aksi terlarang si iman ni..tapi i tak berkesempatan mau upload semuanya...huhuhu ini pun beliau sudah mengamuk-ngamuk mau tolong taip ini entry....haihhh anak sorang ni.
So far, sekarang iman sudah boleh cakap beberapa benda macam..yah (ayah)..nak..nanak...tek (nenen)...kittt(sakit)...dan banyak lagi lah...biasanya beliau boleh sebut 1 suku kata jer..dan ibu & ayah masih cuba memahami komunikasi si kecik ini...
 Even, hanya boleh sebut sikit je benda, tapi amazing iman memang boleh paham semua yang ibu&ayah cakap..like "iman tolong amikkan bantal" pastu nampak dia akan datang bawak bantal..iman nak susu tak??dia akan tunjuk susu siap ajak kita ke dapur lagi...iman buka tv tu (sebab iman ni suka on off button kat tv tu)..dia akan bukak..
then, iman sgggggggtt suka naik moto..(aishhh yang ni ibu risau sikit) nampaknye kena cari helmet baby cepat-cepat ni...pantang nak motor, mula lah mulut dgn tangan buat aksi bermotor..sambil mulut duk broom-broom..

actually banyak sgt i nak share pagi ni, tapi iman dah mengamuk-ngamuk, so kita sambung di lain entry pulak yerrr ;p


Saturday, March 3, 2012

Nasi Ayam Junior (Resepi Celop)

Mengidam nasi ayam ..dan tetiba teringat nasi ayam my MIL yang sodap tu..tapi segan pulak mau request dari MIL.. so kena try buat sendiri lah nampaknyer..dan untuk si kecik jugak haruslah ibu kena cari resepi nasi ayam junior, dan teringat ada kat blog kak Farah Rahim..jom kita kasi link dulu..esok senang mau cari..ngeh..ngeh..ngeh

esok i update yer hasilnya.. >* _<

update - 8.3.2012
sorry ya sebab amik masa sampai dua tiga hari lak baru nak report hasil...
'
'
'
'
'
'
'
^
 Tada....
inilah hasil yang tak seberapa..memang jauh berbeza yer dgn resepi asal..sebab iman sekarang memang mood nak makan ala-ala bubur..so untuk nasi tu i masak guna resepi kak Farah Rahim, iaitu tumis dengan bawang + halia, then i masukkan stok ayam dan sedikit serbuk kunyit utk kasi warna kuning tu..then, masukkan beras...bila bubur dah betul2 masak, saya masukkan hirisan sawi dalam bubur tu terus, then saya racik-racik ayam rebus tadi masukkan dalam bubur...(ayam rebus tadi saya salut dengan seddddiiiikitttt madu dan golek-golek sikit atas kuali - mau kasi garing sikit jah)

hasilnya iman makan sampai licin........
mood ibu : sangat puas hati wokey!!!

next time i update pulak resepi bubur lambuk junior..masih jugak resepi dari kak Farah Rahim...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!