Saturday, March 10, 2012

Khas Buat Penjawat Awam ~ SBPA dibatalkan dan SSM di baik pulih...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini, (8.3.2012) mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Berikut adalah beberapa penambah baik pulih SSM -Sistem Saraan Malaysia
  1. Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
  2. Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 % .Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu P&P dan pelaksana (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%),Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%) 
  3. SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320.Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing
  4. Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  5. COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan.
  6. Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun.

Para penjawat awam seluruh negara dijangka menerima bayaran tunggakan gaji pada bulan ini (Mac 2012) atau bulan depan(April 2012) berikutan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan pengembalian kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambah baik.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Peerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bayaran tunggakan berasaskan gaji pokok terkini itu akan dikira mulai 1 Januari 2012.



p/s: mula sibuk cari kalkulator duk kira-kira gaji baru..hahahaha ;p


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!