Thursday, December 13, 2012

Check list ~ 2nd Baby & Ibu Baby




Diam tak diam da nak 28 weeks da my pregnancy...tapi barang baby satu apa pun tak beli lagi... so tadi duk blogwalking and ibu terjumpa la beberapa blogger yg share senarai checklist yang perlu ada..tapi, memandangkan ni 2nd baby ibu, so ibu rasa tak perlu lah ibu nak membeli byk brg sgt..even baju newborn abg iman dulu still lagi cantik...so, ibu hanya perlu membeli beberapa barang je lagi...

Ni ibu share beberapa blog & web yang share the newborn baby& mommy checlist :

1. http://mama2nur.blogspot.com/2012/03/checklist-persediaan-bersalin.html
2. http://www.omaq.org/v3/2012/03/05/hospital-checklist-persediaan-ibu-bakal-bersalin/
3. http://www.ciklaili.com/2011/08/checklist-barang-keperluan-bersalin-ibu.html#axzz2EwCQvfCt

Actually, kalau tengok dari checklist ni sume banyak gak yg nak dibeli & dibawa time nak bersalin nanti...Bagi ibu (yang dah berpengalaman masa deliver abg iman dulu), rasa kali ni ibu tak perlu nak bawak barang yang banyak dgn beg yang gabak bagai..so cukupla beberapa brg yang betul2 dirasakan perlu je la kan..

Antara beberapa brg yang ibu rasa perlu dan penting buat ibu & baby nanti sebagai persediaan nak ke hospital :
  • Handbeg ibu (yang dalamnya mesti lengkap dgn IC, GL,  buku rekod kesihatan baby, handphone & duit)
  • Baju t-shirt (2 helai cukup la..nanti kalo masuk wad sure kena pakai baju pink tu jugak kan)
  • Kain batik (2 helai)
  • Stoking (2helai)
  • Tudung extra (1helai)
  • Telekung
  • Bahan bacaan (buku amalan ibu mengandung)
  • Panties (pakai buang)
  • Pad
  • Nursing bra
  • Set mandian
  • Baju sejuk 
  • Baju baby (3helai)
  • Barut
  • sarung kaki & tangan baby
  • Barang mandian baby
  • Wet tissue
  • Pampers & kain lampin
  • Kain bedung baby
  • Tuala  hooded baby
Ni pulak antara barang baby & ibu yang ibu perlu beli baru...
  • set tilam baby (tilam abg iman dulu da lunyai pun..hihihi)
  • bouncer or rocker (yg ni ibu rasa perlu untuk elakkan abg iman tak asyik usik baby je bila ibu letak baby kat tilam nanti)
  • stroller (abg iman mmg tak de stroller)
  • baju newborn 2 helai (tak payah beli byk2..sebab baju abg iman dulu still cantik2 lagi)      
  • DD-disposal diapers for newborn
  • CD - cloth diapers     
  • Set berpantang SHAKLEE (no jamu2 ya kali ni)
Antara brg abg iman yang masih boleh digunakan dan tak perlu dibeli lagi :
  •  Car seat
  • Baju
  • Buaian
  • Set mandian (abg iman still pakai set mandian newborn lg..)
  • Napkin, barut, tuala hooded, selimut, sarung tgn, sarung kaki & topi
  • breast pump set
  • CD (nanti boleh diturunkan ke baby pulak)
Kalau diikutkan banyak barang abg iman yg still available dan boleh diturun temurunkan ke baby nanti..So, ibu plan ibu nak bershopping sakan time baby expo kat pwtc nanti (18-20 Jan 2013)..that time pun ibu da 32 weeks da... so ok lah kan..still tak terlewat lagi nak bershopping...


1 comment:

cenderamata dari hati said...

layari http://cenderamatadarihati.blogspot.com

hamper barangan bayi pada harga berpatutan..utk diri sendiri @hadiahkan kpd kenalan..

maaf tumpang iklan

(alat senaman utk kempiskan perut pun ada dijual..kegunaan lps besalin nti..kurus kembali)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!