Sunday, February 5, 2012

Ayam Kukus Kunyit


duk kodek-kodek blog sifu-sifu di pagi hari tadi, terjumpa resepi ini ikan kukus maryam... so untuk lunch tadi, i pun cuba lah olah sikit-sikit resepi kak maghfarah ni..(jgn tak tau yer..kak magh ni pun salah sorang sifu i dalam ber'homemade' resepi si kecik i ya)...i gantikan ikan dengan ayam..sebab menu ibu&ayah hari ini berasaskan ayam.

Ayam Kukus Berkunyi yang sedia di ngap..


Cara-caranya lebih kurang jugak macam resepi asal ikan kukus maryam, cuma i modified ikut apa bahan yang ada di dapur i jer...
  1. mula-mula i tumbuk bawang putih, jintan manis, kunyit, halia,
  2. gaulkan kepingan ayam dengan bahan-bahan yang ditumbuk tadi..perap  kejap dalam setengah jam..(sambil2 tu i masak ayah iman punya lauk dulu)
  3. then, i letak dalam pinggan, campur dengan beberapa hirisan bawang holland, karot, brokoli, celeri dan  putik jagung,
  4. Kukus selama 15-20 minit.. (bergantung kepada jenis steamer yang anda guna ya..hari ni i guna muticooker steamer..so, cepat sket ayam ni masak)
Sebelum dikukus

Kukus selama 15-20 minit..make sure ayam betul-betul masak

Selepas dikukus

ayam kukus ini dimakan bersama nasi..separuh lagi simpan utk dinner nanti..
mesti di suap..kalau tidak lagi banyak yang bersepah dari masuk ke mulut...
Menu lunch keluarga i..ayam masak sos, sayur campur bergoreng, ayam kukus berkunyit untuk Iman....lauk-pauk yang simple sahaja sebab buku-buku kat atas meja masih bertimbun untuk ditanda..huhuhu
See..sampai habih si Iman makan..puas hati i..tapi syaratnya kena suap lah..kalau tak, banyak yang berterabur...

Bila dah kenyang mula lah mintak nak main..tapi i kasi jer..sebab dia dah makan kan..dan i pun boleh makan dengan senang hati ;p


After makan, sesi mengemas meja dan lantai...jom si iman pun sibuk nak tolong jugak..ayah suh dia simpan baby chair dia kat tepi dinding..tapi tengok la apa yang dia buat....hai..anak niiiii
tak payah susah hati mau marah-marah ya ibu iman, sebab kalau marah pun iman akan buat muka tak bersalah!!!

p/s: kat sekolah dengan gaya muridnya..kat rumah dengan gaya anaknya...tak boleh marah2..kena guna psychology...lama2 i yang psycho...ohhhh nooo!!!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!