Sunday, February 20, 2011

susu ibu khasiatnya tidak ternilai

Artikel ni saya amik daripada daripada satu web... sangat teruja apabila membaca artikel ini dan rasa sgt22 KECEWA kerana tak dapat menyusu si kecik saya sepenuhnya dengan susu ibu...buat si kecik saya, InsyaAllah ibu akan cuba memberi yang terbaik semampu ibu..rasanya belum terlewat kan utk ibu memulakanya kembali???


KELAHIRAN bayi bermulanya detik indah kehidupan. Rumah tangga anda dilimpahi cahaya. Kehadiran si manja mengeratkan jalinan kasih suami isteri. Kini tanggungjawab anda berdua menyempurnakan hidupnya. Menyusui bayi dengan susu sendiri permulaan paling bermakna. Segunung kebaikan dan ganjaran menanti bayi anda. Ganjaran bukan hanya untuk bayi malah diri anda juga.
Menyusu bayi dengan susu ibu langkah penting ke arah perkembangan dan pembesaran bayi yang sihat. Pengalaman unik ini telah dilalui wanita sejak permulaan zaman lagi. Ajaibnya kuasa Tuhan. Sebaik bayi dilahirkan proses pengeluaran susu juga bermula. Jangan sia-siakan kurniaan berharga ini. Susuilah bayi anda dengan penuh kasih sayang. Andai ini pengalaman pertama, timbalah ilmu dan dapatkan pengetahuan daripada mereka yang berpengalaman.
Susu ibu berperanan penting dalam tumbesaran anak. Khasiatnya besar. Mampu menjauhkan penyakit sekali gus menyihatkan anak. Banyak kajian dilakukan di serata dunia untuk membuktikan kelebihan susu ibu yang tidak dapat diperolehi daripada susu formula. Tuhan telah menentukan susu ibu untuk anak manusia. Malah Dia telah berpesan dalam firmanNya dalam surah AlBaqarah ayat 223, surah Luqman ayat 14 dan surah Ahqaaf ayat 15. Ketiga-tiga ayat dalam surah berlainan ini menyebut ibu hendaklah menyusukan anaknya selama dua tahun iaitu bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan. Agama Islam pula ada menggambarkan pembalasan di hari akhirat bagi ibu-ibu yang enggan menyusu anak dengan sengaja "maka berdatanganlah ular menggigit kedua-dua belah buah dada wanita itu."

Susu ibu menyelamatkan nyawa
Risiko kematian bayi dan kanak-kanak kecil di negara membangun meningkat 10 hingga 15 kali bagi mereka yang tidak menyusu badan pada usia tiga bulan pertama. Kebanyakan kematian berpunca penyakit cirit-birit yang serius.
Kajian pula menunjukkan 40,000 kanak-kanak meninggal dunia setiap hari (28 orang setiap satu minit) di negara-negara membangun. Mereka adalah mangsa kekurangan zat makanan.
Untuk itu United Nations International Childrens Fund (UNICEF) telah mengenal pasti tujuh cara berkesan menyelamatkan jutaan nyawa kanak-kanak. Salah satu caranya adalah meningkatkan kadar penyusuan susu ibu di kalangan ibu-ibu.
Meskipun angka kematian begitu tinggi di negara-negara membangun dan mundur ini tidak bererti negara maju terkecuali. Di Amerika dan barat Eropah banyak kes Sudden Death Of Unknown Cause (SIDS) atau Cot Death dilaporkan berlaku. Dan kajian menunjukkan kebanyakan mereka yang meninggal akibat ini terdiri daripada kanak-kanak menvusu botol.
Oleh demikian kempen penyusuan ibu amat digalakkan di negara mundur sebagai pilihan untuk tidak menyusu botol kerana sistem bekalan air di negara tersebut tidak bersih. Walaupun penyusuan botol di negara kita selamat dan terjamin, penyusuan ibu tetap yang terbaik.

Mengapa tidak menyusu?
Menurut Penolong Pengarah Zat Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia, Puan Rokiah Don, kadar penyusuan ibu di kalangan ibu-ibu bekerja terutamanya di kawasan bandar menurun. Antara faktor yang mempengaruhi atau menghalang ibu-ibu untuk terus menyusui bayi adalah kecetekan pengetahuan, tiada pengalaman dan tiada sokongan. Banyak memberi alasan menyusu badan tidak praktikal, menyusahkan, letih, suami tidak dapat memainkan peranan, bimbang kesihatan diri terjejas dan tidak yakin bayi mendapat bekalan susu mencukupi. Malah ada yang bimbang buah dada akan melendur.
Sekiranya anda salah seorang yang menghuraikan alasan tersebut, jelas pengetahuan anda mengenai susu ibu terlalu cetek. Tempoh dua tahun bagi yang menyempurnakan susuan atau sekurang-kurangnya enam bulan pertama amat berharga. Bukankah anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik.

Khasiat dan kebaikan susu ibu
Susu ibu merupakan makanan dan minuman terbaik untuk bayi terutamanya sejak lahir hingga bayi berusia enam bulan. Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang betul. Sebaik selepas melahirkan, susu pertama kental berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolostrum. Khasiatnya amat tinggi. Kandungan proteinnya tiga kali ganda melebihi susu ibu biasa. Ia mengandungi antibodi yang tinggi serta lebih sel darah putih.
Kolostrum mampu melawan jangkitan pelbagai penyakit seperti cirit- birit, selesema dan radang paru-paru. Malah ia bertindak sebagai imunisasi pertama. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusui ibu pada hari-hari pertama kelahiran bagi membekalkan kolostrum secukupnya pada bayi. Sesetengah ibu tidak mahu memberikan susu mereka pada bayi pada waktu ini kerana menurut mereka susu belum ada. Kekeliruan ini merugikan kerana bayi seharus mendapat kolostrum sebanvak mungkin.
Teknologi moden cuba meniru merumus susu formula agar menyamai susu ibu. Namun sehingga kini khasiat dan kebaikan yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat disamai apalagi untuk ditandingi. Antara kebaikan susu ibu adalah ia mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul dan isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar. Komposisi zat dan vitaminnya sesuai dan mencukupi untuk bayi. Ia mengandungi enzim lipase yang menghadamkan lemak.
Susu ibu bersih dan bebas bakteria. Selain itu ia mengandungi anti jangkitan yang melawan pelbagai jangkitan penyakit. Antaranya sel darah putih hidup (leucocytes) yang membunuh bakteria. Antibodi (immunoglobulins) mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi berupaya membentuk antibodinya sendiri. Sekiranya si ibu mempunyai jangkitan, antibodi yang dapat melawan jangkitan tersebut akan hadir di dalam susu ibu.
Kita kerap melihat bayi kecil menangis tanpa henti berjam-jam lamanya. Besar kemungkinan perutnya kembung. Sekiranya bayi menyusui ibu sepenuhnya pada usia tiga bulan, masalah ini dapat diatasi. Ini kerana terdapat bahan dinamakan bifudus factor membantu bakteria istimewa Lactobasillus bifidus membiak dan menentang bakteria yang menyebabkan diare atau cirit-birit. Selain diare, susu ibu berjaya menentang jangkitan penyakit biasa seperti enzema, lelah dan sembelit.
Susu ibu tersedia bila-bila masa pada suhu badan dan sentiasa steril. Susu tepung akan masam selepas beberapa jam tetapi susu badan tidak pernah rosak walaupun bayi tidak menetek beberapa hari. Kebaikan susu ibu bukan sekadar menjadi penawar dan bertindak sebagai tembok menghalang penyakit malah ia mampu meningkatkan kecerdasan otak bayi. Dua kajian terbaru Cambridge di England dan Flinders Australia membuktikan bayi yang disusui badan, kecerdasan IQnya mampu mencecah tahap tujuh hingga 10 mata melebihi IQ biasa.
Dan kajian dari Holland menunjukkan susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang tidak diperolehi dalam susu tiruan berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous. 

Susu ibu menguntungkan wanita
Perkara paling ditakuti wanita selepas bersalin adalah mengembalikan bentuk badan asal. Banyak mengeluh badan mereka susah turun terutama bahagian perut dan punggung. Ini berita baik. Dengan menyusu bayi dengan susu badan anda boleh melangsingkan badan dibantu dengan sedikit senaman.
Semua tahu, sewaktu mengandung rahim mengembang dan selepas melahirkan anak ia mengambil masa untuk kembali ke saiz asalnya. Dengan menyusui bayi, sejenis hormon dipanggil Oxytocin yang dirangsangkan melalui hisapan bayi membantu rahim mengecut lebih cepat. Ia juga mengurangkan risiko pendarahan berlebihan dan risiko mendapat kanser buah dada juga ovari.
Penyusuan ibu dengan sepenuhnya selama enam bulan pertama mampu menunda kedatangan haid. Andai berhubungan dengan suami ketika itu 98 peratus kehamilan dapat dielakkan. Secara tidak langsung menyusu badan menjadi salah satu kaedah berkesan merancang keluarga.
Selain kebaikan daripada segi fizikal dan kesihatan, penyusuan badan menawarkan kebaikan lain yang lebih istimewa. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin. Di dalam proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan.
Sewaktu menyusu juga bau ibu, sentuhan dan wajah akan terakam pada ingatan bayi yang masih kecil itu. Proses penyusuan membantu bayi lebih mengenali ibu dan paling penting mereka dapat merasakan kehangatan kasih si ibu. Anak akan lebih mesra dan kasih sayang mereka lebih mendalam pada ibu.
Kalau kita melihat si ibu terpaksa bersusah payah menyediakan peralatan membancuh susu ketika berjalan, ibu yang menyusu badan hanya perlu membawa diri mereka sahaja. Mereka juga tidak perlu bimbang kehabisan air untuk membancuh susu andai terperangkap di dalam kesesakan jalan raya. Susu badan sedia ada, bersih dan terjamin selamat. Susu badan dapat menjimatkan kos belanja, masa dan tenaga.
Tanggapan banyak buah dada jatuh atau melendur kerana menyusu badan juga kurang tepat. Bentuk buah dada berubah semasa hamil dan mungkin mereka tidak bercoli, diikuti tarikan graviti ataupun usia semakin lanjut. Untuk itu pastikan ibu-ibu memakai coli sesuai sepanjang tempoh kehamilan dan sewaktu menyusui bayi

Friday, February 18, 2011

i love u dear ♥ ♥ ♥

Entry ni saya tulis khas buat si suami saya sempena his besday yang ke 26...
'
'
'
'
'
'
'
En. suami yang sgt sayang saya sayangi..hormati...dan kagumi....

Mula-mula sekali saya nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR dear....even ur birthday dah terlepas a few days ago..(actually baru ada kesempatan nak update this entry)

En.suami..thanx a lot sebab membantu saya selama perkenalan kita yang kini mencecah hampir 4 tahun..dan hidup bersama lebih kurang setahun ni...saya sangat menghargainya!

En. suami..thanx a lot coz sangat222 bersabar melayan karenah saya yang kuat merajuk dan selalu moody... saya sangat kagum dengan kesabaran anda itu!

En. suami... thanx a lot kerana mencintai dan meyanyangi saya sepenuh hati anda...saya juga sangat222 mencintai dan meyanyangi anda sepenuh hati saya!

En. suami.. i am very sorry sebab selalu membuat anda susah hati..

En. suami..akhir sekali nak saya katakan bahawa sesungguhnya saya rasa sangat bertuah kerana Allah telah memberi saya seorang teman hidup yang sgt2 memahami...menyayangi..mencintai saya sepenuh hatinya...sesungguhnya saya sgt menghargainya... dan saya yakin tiada orang lain yang dapat memahami saya seperti mana anda memahami saya...

TERIMA KASIH SAYANG



...kerana sudi menerima diri ini sebagai isteri...

Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidul Rasul

Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela

Selamat menyambut Maulidur Rasul buat semua umat islam di dunia ini.....Semoga kita semua dapat terus mencontohi akhlak dan peribadi Baginda...

Saturday, February 12, 2011

new home.new school.new enviroment (part 2)

yeay..akhirnya da seminggu saya jadi seorang ibu yang bekerjaya buat si kecik saya...dan seminggu jugaklah saya cuba adapt dengan enviroment sekolah yang baru... so far setakat ni Alhamdulillah..

Sekolah baru..enviroment baru...mula-mula agak nervous jugak saat kali pertama kaki ini melangkah...tapi since da 2-3 hari, saya da rasa sedikit selesa di sekolah baru...students pun okey..kawan-kawan pun okey..cume awal2 ni saya agak relax sgt2 sebab tugas saya hanya pada p&p jer...takde tugas2 lain lagi..

Saya sekolah sesi petang...so pagi-pagi kerja saya haruslah melayan si kecik saya..

2-3 hari pertama saya mula bekerja si kecik macam merajuk pun  ada dengan si ibunya ni..asyik nak berdukung jer...langsung tak nak diletak kat bawah...sampai si ayah pun terkena tempiasnye...

jadual hidup saya pun dah berubah since dah mula bekerja ni...
awal-awal pagi: bangun + solat + siapkan sarapan utk si ayah nak pergi kerja
after ayah da pergi kerja : saya kemas-kemas rumah sementara si kecik masih lagi tido... then apabila si kecik da bangun, saya kena cepat-cepat mandikan si kecik..(sian si kecik kul 8..30 pagi mesti da kena mandi dgn ibu yerrr..nasib baik air suam-suam jah)..then, after si kecik da mandi...time nyusukan si kecik pulak..kasi dia nenen sampai dia tido balik...bila si kecik da tido barulah si ibu boleh masak ke..sidai kain ke..lipat kain ke....sebab si kecik ni kalau dia tak tido, dia tak mau duduk sorang-sorang...then, mandi siap-siap and pakai baju siap-siap...

pernah satu hari tu..time saya tgh mandi, si kecik bangun and melalak bila dia rasa takde orang kat tepi dia...apa lagi punyalah terkejut..terus cepat-cepat mandi and pakai baju, sarung tudung terus pegi umah MIL hantar si kecik sambil siap-siap properly kat umah MIL..dah la hari tu saya nak kena pegi sekolah awal...

After habih jer waktu sekolah..cepat-cepat saya balik..jarak rumah saya dengan sekolah adalah dalam 20 minit if jalan tak jem...and kena lalu jalan yang berbukit dan berlik-liku (macam nak pegi cameron pulak rasa kalau nak gi sekolah..hahahaha)...agak mencabar la jugak..
after solat maghrib kat rumah MIl saya pun amik si kecik...adalah lebih kurang pukul 8.00 baru sampai rumah...

agak letih kan jadi ibu..dan isteri separuh masa ni....ngeeeee~

Thursday, February 10, 2011

ragam si kecik saya...





Ini lah aksi dan ragam si kecik saya yang sudah berusia 2 months + + dan berat pun sudah bertambah menjadi 5.3 kg...waaaaa suke2...si kecik makin cepat membesar...sometimes pening kepala ibu dan ayah dibuatnyer...

Last Monday my 1st day start working...that means si kecik kena tinggal dengan neneknya...(p/s: nasib baik nenek yang jage Iman..kalau tak mau risau jugak saya nak ke sekolah)... paginya saya dengan en.hubby bawak si kecik gi klinik untuk suntikan Vaksin DPT (1), Hib (1), OPV/IPV (1)..melalak la sekejap, then terus okey sampai tertido-tido..

Then, balik umah saya siap2 utk hantar si kecik dan ayahnye ke umah nenek (sebab si ayah tak sanggup yer nak handle si kecik sorang..hahahaha)

Petang, after balik sekolah si ayah da gelabah mak enon suruh saya masuk umah cepat2..dah ler hujan kot...saya pun yang teruja cepat2 berlari masuk ke rumah...uishhh ingatkan kenape lah rupe2nya si kecik da mengamuk2 nak nenen....hahahaha sian si kecik...ketagih nenen rupanya..sampaikan nenen si ayah dan si nenek pun dia nak sondol jah...


Wednesday, February 2, 2011

::Kisah bila Hari Wilayah menjelma::

...Semalam 1st Feb 2011...
...Selamat Hari Wilayah... 

(",)



 Hari Wilayah kali ni saya  bercuti bersama en.hubby sebab sekolah saya cuti seminggu sempena CNY...best kan hidup ni..rasa bahagia sgt2...

So, since da satu family bercuti..saya and en.hubby pun bercadang membawak si kecik Iman berjalan-jalan..jadi, pikir punya pikir en.hubby decided nak bawak kami sekeluarga ke Tasek Permaisuri.... so baby Iman..let's go bebeh....

 yeah...ayah nak bawak iman kuar jalan-jalanlah..

okey ibu..iman da ready ni nak kuar...

Tapi...aiseh...tetibe iman pulak meragam..asyik merengek jer..rupe2nya beliau u-uh la...haiiiii...ape lagi terpaksa lah ibu dgn ayah bawak iman balik umah nenek jer...

muka iman yang sedang dalam ketidakselesaan kerana iman cirit la...ni sume sebab si ibu makan limau manyak sgt...mentang2 lah Chinese New Year kan...ngeee~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!