Tuesday, January 31, 2012

Ayam Masak Asam Manis Iman

 Tadaaaaa...hari ni bekal iman adalah
'
'
'
'
^
ayam masak asam manis


Ni antara bahan-bahan yang diperlukan..

 Ayam, capsicum,karot, daun sup,bwg putih+bwg merah+halia & homemade baby sos tomato


Bahan-bahan:
1 cup daging dada ayam (dipotong dadu)
1 cup lobak merah (dipotong dadu)
1 cup homemade baby sos tomato (klik sini)
1/2 sudu makan bawang besar  (dihiris nipis)
1/2 biji  bawang putih (dicincang halus)
1/2 sudu kecil capsicum hijau (dihiris nipis)
1 kpg hirisan halia
1 sudu kecil celery / daun bawang (dihiris )
1 cup air
unsalted butter / olive oil (utk menumis)



Cara-cara:
  1. Panaskan unsalted dengan api yang perlahan. Masukkan bwg besar + bwg putih + halia ----> biar sampai naik bau.
  2. Masukkan lobak merah dan air...renehkan sehingga masak.
  3. Masukkan ayam dan goreng sehingga lembut. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga ayam masak sepenuhnya. 
  4. Masukkan capsicum dan sos tomato.Teruskan memasak dengan meenggunakan api yang perlahan.
Selamat Mencuba..reiview dari MIL tadi..iman makan sampai habih...suka2...

    Monday, January 30, 2012

    Mommies -You AreThe Supermak!!

    Terasa mau buat satu entry ini apabila terbaca satu post status di satu group ini...Status ini berbunyi lebih kurang begini lah..
     "mommies semua,nak mintak share rutin harian kalian boleh?especially yang prepare homemade hari2, without maid&working..kalau Stay At Home Mom pun di dialu2kan memberi nasihat/pendapat..saya anak baru sorang, tapi rutin macam huru hara sikit......"
    dan very surprise status ini menerima sgt banyak positive comment dari others mommies atau pun i gelarkan mereka semua ini as a supermak... jom kita riview beberapa komen dari status ini.....



    Kalau i mau review satu persatu,  mau panjang berjela2 kan...memang superb la semua mommies...sebab u all memang supermak...

    Menjadi seorang isteri dan ibu kepada sikecil2 memang satu tugas dan tanggungjawab yang amat besarrr..ditambahlagi jika siibu juga bekerjaya..waaaaa memang tabik spring la..mana nak layan suami& anak2 di rumah, nak settlekan kerja rumah, nak mencari rezeki di luar...waaaahhh memang wanita ini ciptaan terhebat Allah s.w.t

    Macam i, juga adalah seorang ibu yang bekerjaya..(bukan nak membangga diri wokey!!!) i just nak berkongsi rutin harian i dalam mengendalikan rumahtangga dan jugak tanggungjawab i sebagai pendidik...
    Cuma i bernasib baik kerana sejak beranak kecik ini, i diberi kelebihan untuk mengajar di sesi petang..(dianggap kelebihan kerana i ada banyak masa utk menguruskan rumah pada waktu pagi).

    Pagi-pagi i akan cuba bangun lebih kurang pukul 6.00pagi (even ada wanita lain kul 6.00 pagi da keluar mencari rezeki tau!), then menyediakan sarapan pagi en.hubby serta terus masak untuk lunch (sambil tu CD iman da siap dimasukkan ke washer machine)..and sekarang ni en.hubby request untuk bawak bekal ke ofis, so i harus berusaha menyiapkan semua bekal untuk en.hubby before kul 7.30 pagi...then, breakfast bersama en.hubby,...
    After en.hubby ke ofis, i akan kemas-kemas rumah like sapu sampah,prepare barang2 sikecik untuk di bawa ke umah nenek, sidai kain & CD, and sediakan breakfast utk sikecik..biasanya breakfast si kecik sgt simple like pure corn, french toast, lempeng...then, terus masak untuk lunch si kecik...untuk dibekalkan ke rumah nenek...tapi, kalau i ada aktiviti ko-k disebelah pagi, i tak nak sesakkan kepala, i beli jer lauk-lauk kan kantin sekolah tu ;p...untuk iman, masak yang simple2 jer...

    Then, kul 8.30 - 9.00 pagi barulah si kecik tu bangun, then, lepak-lepak dengan si kecik .sambil2 lepak tu, time ni lah i lipat kain yang dah kering (kalau ada lah..sebab bukan hari2 basuh kain..), then i akan mandikan iman dan bagi dia breakfast..dalam kul 10.00 or 10.30 i pulak akan siapkan bekal i untuk ke sekolah..i biasa gerak ke umah MIL dalam kul 11 pagi..sebab nak hantar iman dan nak gi sekolah pun amik masa dalam 20 minit ...i terpaksa gi sekolah awal, sebab sume keja i tak balik kat umah da sekarang...actually sesi petang start kul 1.10pm..

    Balik dari sekolah dalam kul 7.15, terus gi amik sikecik siap-siap, then sambil-sambil tunggu en.hubby balik i akan  prepare dinner utk hubby..biasanya main dish i guna meal yg sama dgn lunch jer, cuma sayur i WAJIB masak lain sebab sayur ni if da sejuk tak sedap kan.. (",)

    After dinner, i akan prepare bahan-bahan utk msk pagi esoknya pulak..i usually dah siap2 buat meal planner untuk seminggu sebab senang kan, tak payah susah -susah mau pikir...untuk iman pun i da siap buat puree & stok  siap-siap masa weekend, so pagi-pagi i campak-campak je bahan yang ada...

    Nampak cam rigid kan rutin harian i..tapi i really2 bersyukur sebab en.hubby memang sgt ringan tulang untuk menolong i kalau i sangat2 sibuk...tugas mengemas dapur memang en.hubby yang akan buat tiap2 malam...so tugas i cuma masak  dan kemas2 apa yg patut jer..macam tu jugak kalau ada hari yang i tak sempat nak kemas rumah paginya, en.hubby akan tolong kemaskan malamnya itu...

    Time weekend lah baru i dapat releks lebih sket..hehehe biasanya weekend adalah hari bergembira bersama keluarga..(if masing2 takde kena pegi keja lah)...pagi weekend, biasanya en.hubby akan buat operasi mengemas rumah besar-besaran like, sapu sampah, cuci sawang-sawang, and mop lantai... then, hujung minggu juga adalah hari untuk ke pasar (kalau stok makanan da habih) dan hari meng-iron baju utk seminggu...

    Lastly, apa yang nak i sampaikan, dalam menguruskan rumah tangga peranan suami isteri adalah sangat penting, kerana jika hanya si isteri sahaja yang bertungkus lumus tanpa bantuan dari si suami, memang pengsan la si isteri tersebut..('',)

    p/s...menjadi isteri dan ibu yang bekerjaya bukan tugas yang mudah ya...so if nak mencari isteri atau suami, carilah pasangan yang betul2 boleh membantu anda dalam mengemudikan bahtera rumah tangga anda...sekian..selamat beramal... ;p

    Roti John Baby

    Duk google2 punya google terjumpa lah resepi Roti John Baby Kak Fara Kertina Wati..ni resepi asalnya..(klik sini)..so i pun ala lagi teruslah mencuba resepi terbaru kak fara kali ni (eh2..jgn tak tau yer, kak fara ni kira macam sifu i lah dalam ber'homemade' resepi-resepi si kecik ni...banyak jugak resepi-resepi beliau yang saya cedok dan kasi iman rasa...

    Memandangkan i takde roti bun KFC macam kak fara, so i guna roti wholegrain fibremeal gardenia punya..
    Inilah rupa inti /adunan telur..campuran karot + daun sup + isi ayam (yg dah di stim) +cheese + puree labu

    Ini pulak yang dah siap..ala2 macam french toast la :)



    Iman sgt suka mkn ini roti..

    Untuk resepi yang asal..sila layari page ini ya....http://mamaipan.blogspot.com/2012/01/baby-roti-john.html

    Saturday, January 28, 2012

    Nasi goreng Baby

    Selamat berhujung minggu..dan selamat merehatkan diri...hari ni i lega sket sebab tak payah nak sibukkan diri kat dapur sebab tengah hari tadi ada jemputan kahwin ---jiran MIL, and malam nanti pulak ada jemputan makan2 kat umah uncle en.hubby..so pagi ini buatlah breakfast yang heavy sket..memandangkan nasi semalam pun tak terusik lagi...so, i pun sibuklah menumbuk cili padi bagai utk menggoreng nasi untuk i & hubby..untuk iman pun i prepared nasi goreng jugak..senangkan..2 in 1 jer...cuma untuk iman i tak ler letak cili padi, and kebetulan ada terbaca dalam majalah rasa resepi nasi goreng baby, so i pun olah2 la sikit ikut citarasa ibu iman...

    Bahan-bahan:
    sebiji telur
    1/2 cwn nasi
    1 camca ikan bilis (ditumbuk hancur)
    1 camca karot (dipotong dadu)
    1 camca puree jagung
    1 ulas bwg putih
    2 kuntum broccoli florets (distim berasingan)
    unsalted butter (untuk menumis)

    Cara-cara:
    1. 1/2 bj telur di buat telur dadar (di hiris nipis2 sbg hiasan)
    2. tumis bwg putih serta ikan bilis...goreng sampai kekuning-kuningan..
    3. masukkan karot..biar sampai karot lembut..
    4. masukkan 1/2 bj telur dan kacau sehingga sekata..
    5. masukkan nasi, kacau hingga sebati, dan masukkan puree jagung..kacau sehingga nasi tadi dah betul-betul sebati.
    6. taburkan hirisan telur dadar dan brocolli florets..(iman memang sgt suka broccoli, so mostly meal iman i akan cuba masukkan broccoli..)
     saya tak masukkan walaupun sedikit garam sebab ikan bilis tadi dah memberi rasa....

    Iman yang suka sgttt broccoli...
    siap boleh main2 lagi....

    Wednesday, January 25, 2012

    dadar cheezy & sup sayur campur

    Since Iman dah tak mo berpasta lagi, ibu terpaksa la mempelbagaikan menu utk di sajikan dengan nasi pulak...
    Inilah lunch Iman untuk hari ni..
    nasi lembik + dadar cheezy + sup sayur..
    Ibu pun tumpang sekaki..
    Jom kita share resepi lunch tadi yer..
     sup sayur campur 

    Bahan-bahan:
    1/3 btg karot
    4 kuntum brokoli (bunga sahaja)
    4 kuntum kobis bunga
    3 cm btg celeri
    tauhu lembut
    stok ayam (saya amik resepi stok ayam ni dari mama mimi ...boleh rujuk di sini )
    sedikit lada sulah
    Cara memasaknya sgt lah mudah...
      1. panaskan stok ayam dan masukkan tauhu 
      2. then, masukkan karot + celeri + kobis bunga + brokoli
      3. lastly dah betul2 sayur2 tadi da lembut, baru masukkan sedikit lada sulah..
    Dadar Cheezy 

    sangat mudah sebab ibu hanya perlukan 1 bj telur, sedikit daging cincang, 1 btg daun sup, sedikit unsalted butter (untuk menggoreng), bawang holland (dicincang) , sedikit cheeze. caranya : campur ja sume bahan2 tadi (kecuali unsalted butter) then, pukul campuran tadi sampai betul2 sebati...then goreng dengan menggunakan unsalted butter atau olive oil...senang kan...iman makan beriya, tapi nasi luak sket jer..telur pun tak habih..cuma sup sayur tu memang licin...


     After makan siap ada sesi mengemas bersama iman lagi...



    Nuget kentang berdaging vege Iman a.k.a begedil

    Inilah antara bahan-bahan yang diperlukan utk resepi kali ini ya ibu2...owh ini begedil adalah special utk anak2 yang  setahun ke atas... resepi ini asalnya saya amik di sini -----> http://foods4tots.blogspot.com/2011/11/soto-ayam-junior-dgn-nasi-impit-dan.html dan diolah mengikut kreativiti sendiri..hahaha Kak Farah...jgn marah yer....

    Bahan-Bahan 
    5 Biji Kentang - dikupas kulit, di steam dan dilenyek2
    1 cwn daging kisar 
    1bj bwg merah
    1 ulas bwg putih
    unsalted butter / olive oil (utk menumis)
    1/2 btg karot ( disagat halus)
    5 btg daun sup / seleri pun boleh (dihiris nipis)
    1 sudu tepung gandum
    1 sudu tepung jagung
    1 bj telur
    serbuk roti
    sedikit lada sulah

    Cara-caranya:
    1. Kukus kentang sehingga empuk dan lenyekkan.
    2. tumis bawang , then goreng daging sehingga daging betul2 masak. masukkan sedikit lada sulah (saya tak masukkan garam sebab lada sulah pun dah memberi rasa masin utk si kecik.
    3. amik satu bekas, then campurkan kentang yang dah di lenyek + daging yng dah masak tadi + karot + daun sup + tepung gandum + tepung jagung + apa2 saja bahan lain yang disukai anda ;p
    4. bentukkan begedil anda ikut suka hati anda..
    5. salutkan kan dengan telur 
    6. lastly sadurkan dengan serbuk roti...
    7. bolehlah di goreng dengan olive oil @ unsalted butter seperti menggoreng telur dadar (dengan kuantiti minyak yang sgt sedikit)
     ini lah rupa hasil yang dah siap...kisahnya tengah syok2 mensadur, tetiba serbuk roti sudar habih...hehehehe so apa lagi yang belum di sadur tu simpan lah dulu sementara stok serbuk roti ada kembali....hehehe....


    p/s: ini mode cuti CNY seminggu..dapatlah iman makan macam2 hahahaha

    Simple begedil


    Inilah rupa simple begedil yang menjadi feveret keluarga i...sangat senang dan i suka buat stok banyak...kire boleh ganti nuget yang di jual di pasaraya tu lah...

    Bahan-bahan:
    5 biji kentang
    1/3 biji karot (disagat)
    3 btg daun sup (dihiris nipis)
    1 mangkuk daging cincang
    1 mangkuk serbuk roti
    1 biji telur
    1 biji bawang holland (bawang biasa pun boleh)
    1 ulas bawang putih
    sedikit garam, jintan manis, lada hitam & lada sulah

    Cara-caranya:
    1. kentang di kupas kulit & dan di goreng hingga empuk, then di lenyek2.
    2. tumis bawang pth dan bawang holland, then goreng daging sehingga daging betul2 masak. masukkan jintan manis, garam, lada sulah & lada hitam. 
    3. amik satu bekas, then campurkan kentang yang dah di lenyek + daging yng dah masak tadi + karot + daun sup + apa2 saja bahan lain yang disukai anda ;p
    4. bentukkan begedil anda ikut suka hati anda..(i lebih senang bentukkan bulat2)
    5. salutkan kan dengan telur 
    6. lastly sadurkan dengan serbuk roti...
    saya suka buat stok dan simpan dalam peti sejuk..goreng bila rasa nak makan...sekali buat tahan la 3-4 hari..selamat mencuba ya...

    Kentang oh Kentang...

    sumber : dari en.google

    semalam adalah hari kentang sedunia...kisahnya sebab kat sebelah taman ni ada kedai baru bukak...so, banyak la barang2 yang dijual dengan harga yang murah...harga promosi pembukaan..kentang (white potato) RM0.80 sekilo...harusla I beli banyak2 buat stok..hahaha pastu bila dah lama tersimpan dalam peti sejuk (simpan dalam peti sejuk nak bagi tahan lama sket..ini petua dari emak I ) mula lah susah hati mau masak apa...tapi, actuali my family sgttttttt suka makan kentang..selalu kentang ni i suka campak2 dalam kari...masak kicap...even sambal pun i suka letak kentang...dan kalau dah terlalu banyak kentang ni atau en.hubby teringin sangat mau makan kentang, i suka buat begedil.... next entry i akan post pulak tentang begedil edisi kegemaran family i...

    Berbalik kepada cerita tentang kentang ni here i akan link kan beberapa resepi (resepi si kecik terutamanya) yang berasaskan kentang...
    1. kentang cheezy rebus by kak fara kertina wati(semalam baru try) : http://mamaipan.blogspot.com/2011/10/kentang-cheezy-rebus.html 
    2. Penkek kentang chezzy by kak fara kertina wati : http://mamaipan.blogspot.com/2012/01/penkek-kentang-chezzy.html
    3. G-Ken (Giler Kentang) Kentang Jagung Berdaging by kak Shehan Ismail : http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/11/meal-for-hd-g-ken-giler-kentang-kentang.html#
    4. Begedil Keledek Brokoli by Kak Farah Rahim : http://foods4tots.blogspot.com/2011/11/soto-ayam-junior-dgn-nasi-impit-dan.html
    5. Nuget Kentang Berdaging Vege  & Begedil by me (link akan diletakkan kemudian  ;p)
    Lain-lain resipi yang berasaskan kentang akan terus di link kan di sini sesudah i mencubanya ya....

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     

    Designed By Blogs Gone Wild!