
MY BABY'S PROGRESS: WEEK 18
Only 22 more weeks to go
My "getting bigger-n-better by the minute" baby is
measuring at 7 oz and 6 inches. Their skin is now covered in a waxy
cheesy substance called vernix caseosa, which protects their
oh-so-delicate new skin ...
Alhamdulilah...cepatnya masa berlalu kan...pejam celik - pejam celik dah 18 minggu baby membesar dalam perut ibu ni...of course la ibu, ayah & abg iman tak sabar2 nak tunggu kelahiran baby ni...lagi-lagi abg iman..asyik-asyik duk sebut baby jer...
Last check - up last week, both of us (ibu&baby) sihat dan aktif...ibu pun berat badan takdela naik berkilo-kilo lagi setakat ni..hehehehe...of course la pregnent kali ni ibu kena control berat badan ibu..hihihi...
Oh... jom kita tengok apa perkembangan baby di kala 18 minggu yer..
Perkembangan fetus - hamil 18 minggu

Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.