Tuesday, July 19, 2011

si iman yang suka memanjat


si kecik sorang ni dah langsung tak boleh dibiarkan sorang-sorang...(yeay..iman dah 7m++) sibuk nak memanjat sana sini..dan penat jugak lah ibu nak mengemas balik barang-barang yang di'kemaskan' oleh si kecik...

Kadang-kadang sangat risau bila tengok si kecik merangkak laju-laju..then, tetiba tangan kecik beliau tu cuba mencapai meja..sofa..bakul dan macam-macam lagi lah...pastu dengan selamber jer duduk melutut then terus tegakkan badan. 


Aiseh!! anak ibu sorang ni...1st time tengok si kecik buat aksi macam ni berderau darah ayah & ibu seketika..berlari nak sambar si kecik..yerlahkan kalau tetibe tersungkur...kang tak pasal-pasal excident dah berlaku..huahuahua... :p

Tapi si kecik buat muka selamber dan dengan rasa tak bersalah slamber je lepas tangan sebelah..huhuhu  

 si kecik sorang ni memang suka menyebuk bila ibu nak sidai kain...pastu dah pandai memanjat..tak reti pulak nak duduk sendiri..main lepas jerk tangan tu..huhuhu memang suka buat ibu risau tau.....

It's okey sayang...mainlah apa yang sayang mau main...ibu tak marah..asalkan jangan sampai cederakan diri sendiri sudah.

Orang cakap kanak-kanak yang aktif adalah lebih baik daripada kanak-kanak yang pasif...tapi, kalau hyper aktif ape cerita????? wakakakakaka.....
So, doa setiap hari semoga si kecik ku ini sentiasa di lingdungi-Nya dan membesar dengan sihat dan menjadi khalifah yang berilmu&berakal di muka Bumi ini.....Ameeeeen!

p/s: kita tukar label my baby ------>Iman Danish ..manelah tau kot2 pasni ada 2nd baby pulak kan..wuhahahahaha

Tuesday, July 5, 2011

Food Feeder untuk Iman

Ini lah 'Food Feeder'...1st  time tahu kewujudan benda alah ni after tengok kat group Solid Food For My Baby ( kat fesbuk), then terus gi cari kat Manjaku...rega nya dalam RM27 + +...so ape lagi terus capai and bayar kat kaunter

Actually food feeder ni berfungsi sebagai alat bagi membantu baby (6M+) untuk mengunyah makanan yang lembut..seperti betik...pisang....pear or epal yang dah di stim kan. Caranya senang jer..masukkan buah yang di lembutkan tadi di dalam jaring food feeder ni dan kasi kat baby. Confirm baby akan menghisap lah. Benda alah ni (food feeder) sangat sesuai sekiranya baby (yang tak tumbuh gigi lagi ) suka menghisap makanan berjejari kerana ia boleh mengelak baby tercekik atau tertelan makanan tersebut.

Jom tengok apa reaksi si kecik saya apabila saya bagi pear yang di stim menggunakan food feeder ini...




waaaaaaaaaaahhh si kecik ini sgt terruuja dan sukaaaa sgt sampai diam lah jugak selama 15 minit. Betapa si kecik menghayati nikmat buah pear ni. Berbaloi ibu beli benda alah ni untuk si kecik.

P/S : ehem...sila betulkan if ada maklumat yang salah tentang fungsi food feeder ini :)

: : Iman da merangkak : :


Time ni si kecik berumur 6 bulan 20 hari (lebih kuranglah kot .. :p)
si kecik dah mula mula menapak untuk merangkak.... bagus sayang.... WELL DONE

Dan sekarang si kecik ( 7 bulan )... da mula merangkak laju2 dan sibuk sahaja mencari ibu dan ayah....pantang ibu dan ayah takde kat depan mata panjang jer langkah si kecik ni....
Si kecik ni pun sekarang da pandai menolong si ibu kemas2 barang.... dah pandai memanjat sana sini...huahuahua...bertambah sibuk la si ibu sampai nak update blog pun tak berkesempatan....

adoyaaaaaaii!!!!!
si kecik memang pantang tengok meja ibu yang ada buku..printer...dan laptop...sibuk merangkak ke meja dan dengan selamber memanjat dan berdiri sambil pegang meja sebelah tangan....uisssshhh 
 

si kecik memang ssssgggt suuuukaaa bila ibu & ayah letak dalam walker...
(erkkk takpe ke eh duduk dalam walker even tak leh duduk sendiri????)

since boleh duduk dalam walker ni lagi laju si kecik meng'explore' rumah....tapi yang best si kecik dapat teman ibu masak kat dapur kan...hehehehe 

Sayangggggg Kaaaaaamuuu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!