Sunday, January 30, 2011

bila muka da bengkak sebelah...

mengupdate blog....

ketika saya update blog ni si kecik sedang bersuka ria bersama2 si ayah...waaaahhh memang hujung minggu yang menarikkan.. tapi nasib si ibu??? Si ibu sedang menanggung penderitaan sakit...(p/s: padahal sempat lagi mengupdate blog...yerla yang sakit bukan jari jemari saya!!!)

si ibu sakit ape??
sian si ibu husna yer..

ingat lagi tak last entry saya ada bagitau yang saya sakit gigi...(since preggy 8 bulan)..and semalam saya dan en.hubby pun pegilah klinik ni utk cabut gigi yang rosak tu...

memula pn.doktor tu x-ray  saraf dan akar gigi saya tu...beliau takut kalau2 nanti tersalah cucuk saraf boleh kebas selama2nya saraf gigi saya...after x-ray, bermulalah episod mencabut gigi saya tersebut..agak lama ya saya kat dalam surgery room tu..hampir 1/2 hour ..gigi yang dapat dikeluarkan pun sikit jer..akar still ada kat dalam lagi...pn.doktor bagitau yang beliau tak dapat nak teruskan surgery tersebut sebab bleeding banyak sgt..and akar gigi saya berada di kedudukan yang agak dalam dan agak sukar utk teruskan hari tu jugak ( sebab tetibe bleeeding banyak sgt..)..so beliau jahit gusi saya and gave another appoiment...

after keluar dari surgery room tu, still tak rasa ape2 lagi coz kesan dari ubat kebas tak hilang..(siap leh gi shopping barang dapur kat tesco lagi)...

sampai jer kat rumah..malamnya saya mula perasan yang saya rasa muka saya berat sebelah..saya terus gi tgk and...jeng2 pipi saya sudah bengkak seperti dalam gambar di bawah...
'
'
'
'
'
tapi ini bukan muka saya...heeeeee..tak sanggup nak amik gambar time muka bengkak2 cam gini..

p/s: sumber gambar adalah dari google..

Thursday, January 27, 2011

:: sakit gigi :'( ::

oh...
gigi bongsuku sakit dan berlubang...

actually gigi saya ni da lame berlubang since saya pegnent last year lagi..tapi that time en.doc gigi cakap dia tak leh nak cabut gigi saya ni coz saya pegnent 8 bulan..takut affect baby...
lupe pulak actually gigi saya ni tak leh dicabut dengan kaedah biasa...tapi mesti melalui minor surgery...oooohhhhh sangat takut...tapi en.hubby cakap takut macammana pun sayang sanggup ke tanggung sakit hari-hari???

jadi..dah alang2 cuti CNY ni..saya pun mencekalkan hati gi jumpa doktor gigi and suh dia cabut jer gigi ni...
so..hari sabtu ni (29.01.2011) saya akan cabut gigi saya ni...hopefully semuanya selamat....

Wednesday, January 26, 2011

tahun pertama si kecik saya...

hari-hari saya sangat suka mencari info about keibubapaan..how to manage my baby terutamanya...dan hari-hari melihat si kecik Iman membesar di depan mata adalah detik2 terindah dalam hidup saya..

saat-saat terakhir si kecik berada di dalam perut si ibu
 
    hari pertama si kecik melihat dunia...     

apabila si kecik da berusia 45 hari...

tadi apabila saya bukak lagi laman web mamababyworld.com, saya teruja untuk mengetahui progress our baby bagi tahun pertama mereka..

let's we share it together...

Tahun Pertama Bayi

Tanggunjawab ibubapa takkan berakhir, tetapi keseronokan tahun pertama kehidupan bayi pasti berkekalan! Berikut adalah perkara yang bakal anda tempuhi sepanjang 12 bulan pertama. 

Sebaik mendakap si manja buat kali pertama, setiap ibu mempunyai azam yang sama: Ibu ingin berada di sisi ketika senyuman pertama, perkataan pertama yang ditutur dan langkah pertama yang diambil. Melihat bayi berubah dari si kecil yang perlu dibimbing membesar sebagai manusia yang mampu berfikir sendiri, bijak dan berperwatakan istimewa adalah satu kegembiraan yang tiada nilainya. 
Kebanyakan ibubapa dengan anak-anak yang telah membesar mengakui yang mereka banyak mengambil gambar anak-anak mereka ketika tahun pertama untuk memperingati setiap langkah penting yang telah dilalui. Gambar-gambar ini, berserta barangan kenangan yang dikumpul, menjadi kenangan manis pahit setelah anak-anak meningkat dewasa! 
Oleh itu, adalah penting untuk anda ketahui pencapaian bayi pada setiap peringkat agar anda dapat bersedia untuk merakam saat-saat manis tersebut samada dalam memori atau pada kamera. Sememangnya terdapat panduan umum untuk setiap peringkat tumbesaran seseorang bayi, tetapi adalah penting untuk mengetahui yang setiap bayi membesar mengikut cara tersendiri. Oleh itu, jangan panik jika si manja anda agak terlambat (atau lebih cepat!) dari bayi lain yang sebaya dengannya.

Berikut adalah panduan umum:

Bulan pertama

  • Dapat mengangkat kepala dari katil
  • Memandang muka, terutamanya muka ibu
  • Bertindakbalas kepada bunyi dengan tangisan atau senyuman
  • Mengikut cahaya yang terang atau objek yang bergerak
Tip: Bayi mungkin banyak tidur tetapi akan cergas setelah bangun. Renung ke dalam mata bayi dan kongsikan perasaan kasih sayang anda.  

Bulan ke 2:

  • Melihat dunia dalam warna hitam dan putih
  • Menendang barangan yang dapat dilihatnya
  • Membuat bunyi “ooh” dan “aah”
  • Dapat membezakan antara suara marah dan mesra
  • Mengangkat dada dan memusingkan kepala ketika meniarap
Tip: Letakkan permainan gantungan bergerak berhampiran tempat tidur bayi untuk merangsang rasa ingin tahu bayi.

Bulan ke 3:

  • Dapat melihat benda yang berwarna
  • Membuka dan menutup tangan
  • Gemar melihat pergerakan tangan sendiri
  • Dapat menegakkan kepala
  • Dapat mengecam wajah dan bau penjaga
Tip: Bercakap dan menyanyi kepada bayi dan dengar suara nyanyian bayi!

Bulan ke 4:

  • Boleh duduk tegak jika disandarkan dengan kusyen
  • Mengangkat kepala dan dada semasa meniarap
  • Mula bergolek dari depan ke belakang
  • Senyum dan ketawa bila dilayan orang
Tip: Jangan letakkan bayi di tempat tinggi kerana dia boleh bergolek dan jatuh serta mengalami kecederaan yang serius dalam beberapa saat sahaja.

Bulan ke 5:

  • Suka menyambar dan memegang barang-barang terutama kaki sendiri
  • Bergolek dalam kedua-dua arah
  • Memegang permainan kecil
  • Mengecam isyarat untuk masa makan,mandi dan tidur serta bertindak balas terhadapnya
Tip: Rangsangkan deria bayi dengan membawanya keluar berjalan, bercakap,menyanyi dan berikan dia permainan bayi yang selamat untuk dipegang.

Bulan ke 6:

  • Boleh duduk tanpa bantuan
  • Mengecam wajah dan suara yang biasa dilihat dan didengar
  • Mencapai benda-benda yang dapat dilihat
  • Menggerakkan tubuh untuk melihat sesuatu dengan lebih jelas dan mencapainya
  • Meniru bunyi dan suara
  • Mengalihkan barang dari satu tangan ke tangan yang lain
  • Gigi mungkin mula tumbuh
Tip: Bayi anda sudah bersedia untuk bermesra dengan orang yang terdekat. Oleh itu luangkan masa sekerap mungkin mendakap dan bermain dengannya

Bulan ke 7:

  • Dapat menggenggam objek dengan kedua-dua belah tangan
  • Meniru suara orang
  • Mula merasai kegelisahan semasa berpisah
Tip: Berikan dia cawan atau sudu plastik sebagai latihan awal untuk makan sendiri.

Bulan ke 8 :

  • Mula merangkak atau mengheret punggung
  • Dapat melambai atau menggerakkan tangan untuk sesuatu tujuan
  • Mungkin dapat bercakap untuk kali pertama. Perkataan pertama adalah perkataan yang paling kerap didengari – iaitu “mama” atau “papa”
Tip: Pastikan permukaan lantai bersih kerana bayi mungkin mengutip sesuatu dan memasukkannya ke dalam mulut.

Bulan ke 9:

  • Dapat memegang benda-benda dengan ibu jari dan jari telunjuk dan juga dapat menghulurkan benda kepada anda
  • Dapat berdiri dengan berpaut pada sesuatu
  • Meminta sesuatu dengan cara menunjuk dan percakapan yang tidak jelas
  • Mula mengatakan “tidak” dengan menggeleng kepala dan menjauhkan diri
Tip: Berinteraksi dengan bayi sekerap mungkin kerana pada peringkat ini dia sedang cepat bersosial. Mula letakkan kusyen keselamatan sebagai persediaan kerana bayi mungkin kerap terjatuh

Bulan ke 10:

  • Boleh berdiri sendiri untuk beberapa minit dan mungkin berjalan beberapa langkah
  • Boleh jatuh ke atas punggung secara selamat
  • Mula pandai bermain permainan yang mudah seperti ‘oh..chak”
  • Pandai melambai selamat tinggal
Tip: Peringkat ini paling menyeronokkan tetapi memenatkan bagi ibubapa kerana bayi mula belajar untuk berdikari, berupaya melakukan keputusan dan berjalan! Perhatikan setiap langkahnya dan letakkan pagar keselamatan jika rumah anda mempunyai tangga.

Bulan ke 11:

  • Boleh minum dari botol bayi dan makan dengan sudu
  • Mula meneroka kawasan rumah
  • Boleh memanggil ibubapa
Tip: Masa untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi. Jauhkan semua barangan merbahaya dari bayi dan letakkan di tempat yang tinggi.

Bulan ke 12:

  • Dapat melihat dengan jelas seperti orang dewasa
  • Dapat meniru suara dan aksi orang
  • Menjawab apabila namanya dipanggil
  • Mula bermain permainan asingan bentuk
  • Suka melihat cermin
  • Memahami arahan ringkas
  • Menunjukkan rasa gelisah berada di sekeliling orang yang tidak dikenali
  • Menyatakan apa yang diingini dengan suara dan gerak badan
Tip: Bayi anda kini memasuki era kanak-kanak. Inilah antara peringkat yang paling menyeronokkan untuk ibubapa kerana anda dapat bercakap dan bermain dengan bayi anda. Masa untuk pusingan kedua peringkat pembesaran bayi kerana bayi kini meningkat dari anak kecil ke era kanak-kanak

bolehkah semua ibu menyusu??

Secara lumrahnya setiap ibu yang baru melahirkan anak dikurniakan dengan kebolehan untuk menyusui bayinya. Dengan adanya keyakinan dan pengetahuan, setiap ibu boleh melakukannya.

Saiz payudara tidak boleh dijadikan ukuran sebanyak mana susu akan dihasilkan. Kekerapan bayi menghisap akan merangsang penghasilan susu ibu yang banyak. mengikut permintaan bayi. Mereka yang mempunyai masalah puting susu yang leper atau tenggelam juga tidak sepatutnya membenarkan masalah ini menghalang mereka daripada menyusuan anak mereka dengan susu ibu. Jika menghadapi masalah sebegini, mereka sebaiknya mendapatkan bantuan professional yang boleh membantu mereka.

Persediaan Semasa Hamil
Tempoh kehamilan sebaiknya dipenuhi dengan aktiviti untuk mempelajari ilmu keibubapaan. Dapatkanlah dan baca sebanyak mungkin mengenai penyusuan susu ibu serta lain-lain aspek penjagaan anak. Jika berpeluang, hadiri kelas-kelas ibu mengandung bersama suami anda. Payudara anda biasanya membesar sedikit semasa hamil kerana pembesaran kelenjar-kelenjar susu. Untuk menanpung payudara, baju dalam yang berukuran satu saiz lebih besar biasanya diperlukan. Gunakan air biasa sahaja untuk mencuci payudara. Elakkan penggunaan sabun kerana ianya boleh mengeringkan kulit payudara.
Pastikan payudara diperiksa oleh doktor untuk memastikan anda tidak mempunyai masalah di payudara.
Ikuti kelas atau ceramah mengenai penyusuan susu ibu yang terdapat di tempat anda, ini boleh membantu anda mengetahui lebih mendalam mengenai penyusuan dengan susu ibu.
Pada bulan-bulan akhir, pelajari cara-cara memerah susu. Pengetahuan ini akan membantu anda selepas kelahiran bayi.

Selepas Melahirkan Bayi
Hari-hari pertama selepas kelahiran memang meletihkan. Kuatkan semangat dan susui bayi anda secepat mungkin selepas dilahirkan. Pengalaman menyusui bayi yang baru lahir adalah satu pengalaman indah bagi seorang ibu.
Susui bayi anda dengan kerap mengikut permintaanya dan bukan mengikut jadual yang tertentu. Jika bayi anda lebih suka tidur, bangunkan dan galakkan dia menyusu lebih kurang setiap 2 jam.
Hari-hari pertama merupakan waktu-waktu yang penting. Payudara mungkin belum dipenuhi susu, namun susu ini sangat berkhasiat. Susu awal ibu tidak banyak tetapi ianya pekat dan berwarna kekuningan. Susu ini dinamakan kolosterum dan kaya dengan protein serta antibodi yang boleh melindungi bayi dari penyakit. Kolosterum ini sudah cukup untuk mengenyangkan bayi anda. Bayi tidak perlu diberi susu botol atau air masak.
Buat permulaan, bayi anda mungkin akan menghisap selama beberapa minit sahaja. Biarkan dia menghisap lebih lama jika mahu. Keperluan seseorang bayi adalah berlainan daripada bayi yang lain.
Susui bayi anda dengan kedudukan yang selesa samada duduk atau berbaring. Gunakan bantal untuk mengampu tangan atau belakang jika perlu. Pastikan bayi mengiring rapat menghadap anda agar dia dapat memasukkan sebanyak mungkin kawasan areola (tampuk hitam disekitar puting) ke dalam mulutnya. Posisi penyusuan yang baik akan dapat mengelakkan masalah seperti sakit puting atau kurang susu.
Jika anda menghadapi masalah, kami syorkan anda mendapat bantuan dari mereka yang mahir.

Petua Penyusuan Yang Berjaya
Persediaan mental sebelum kelahiran adalah penting. Dapatkan maklumat-maklumat berguna mengenai penyusuan susu ibu semasa hamil. Yakinkan diri yang susu anda mencukupi untuk bayi anda. Susui bayi dalam keadaan tenang dan banyak berehat pada minggu-minggu awal selepas kelahiran bayi. Pastikan penyusuan dilakukan dengan posisi yang baik dan selesa supaya tidak terasa lenguh dan mengelakkan masalah seperti sakit puting. Makan makanan yang seimbang dan minum air yang mencukupi. Perly diingatkan bahawa bekalan susu ibu bergantung kepada rangsangan. Lagi kerap bayi menyusu, semakin banyak susu akan dihasilkan.
Jangan terpengaruh dengan kata-kata bahawa susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda. Jika anda berupaya melahirkan seorang bayi ke dunia ini, anda sudah pasti mampu memberikannya susu yang terbaik. Jangan berikan bayi anda susu botol tambahan atau air masak. Bayi tidak perlu diberikan makanan atau minuman lain kecuali susu ibu sehingga berusia 4 hingga 6 bulan. Cara menghisap puting botol dan puting payudara adalah berbeza. Ini boleh mengelirukan bayi dan ibu tidak akan berjaya untuk menyusukan bayi. Jangan menyusu dalam keadaan terburu-buru. Masa 6 minggu pertama adalah masa ’ latihan’ untuk ibu dan bayi. Ketenangan dan kesabaran akan menyelesaikan banyak masalah. Jangan risaukan kekerapan bayi membuang air besar. Ini merupakan perkara biasa bagi bayi yang diberi susu ibu. Najis biasanya cair sedikit dan berwarna kekuningan. Adakalanya bayi tidak membuang air besar beberapa hari lamanya. Ini juga perkara biasa.

Dapatkan Nasihat dan Sokongan
Pastikan anda mendapatkan bantuan dan cara-cara yang tepat bila menghadapi apa jua masalah penyusuan susu ibu dari pihak hospital, klinik atau doktor anda.

p/s : sumber adalah daripada mamababyworld.com

Friday, January 21, 2011

apabila si ayah dan si kecik pulak yang demam...

Salam semuaaa 

hari Jumaat yang indah...
kenape Jumaat kali ni indah??? 

sebab
.
.
.
.

si kecik saya  dan en.hubby kesayangan da sembuh dari demam...

ceritanya bermula apabila hari isnin dan selasa si ibu yang cantik manis demam panas...si ayah pulak sibuk menguruskan si kecik...sampai tido malam pun si ayah yang temankan si kecik (p/s actually da cerita dalam last entry...)

tetibe... 

hari rabu....si ayah amik cuti separuh hari sebab nak bawak kereta gi service..(si ibu masih tak biasa kat area sini..dat why si ayah terpaksa amik cuti :p). after balik dari service kereta singgah umah nenek pulak...oh..mase kat umah nenek badan si kecik da rase suam2..tapi mengandaikan hanya suam2 saja, si ayah dan si ibu buat derkk je lagi..just kasi ubat yang ade dalam simpanan jerk..

tetapi....

bile sampai jer kat umah...badan si kecik bertambah panas..si ibu terus amik termoter and check suhu si kecik..Ohhhh suhu badan da 37.4 darjah celcius..terus si ayah ajak gi klinik time tu jugak... ohhh si ibu dan si ayah sudah panic..first time badan si kecik panas macam ni..
sampai klinik, jumpe en.doktor...si ibu pun menceritakan ape yang patut..en.doktor check lagi sekali suhu badan si kecik..."yer..memang baby awak demam..suhu nye da 38.1 darjah celcius" oh...si ibu lagi bertambah risau...
after balik dari klinik si ibu terus buka baju si kecik..lap-lap dengan air asam kasi kurang panas dalam badan... 
tetibe..si ayah pulak mengadu cakap "badan saya pun panas-panas jugak ni"...alahai..si ayah pun demam jugak...ni mesti berjangkit dengan si ibu kan...

jadi malam tersebut si ibu hanya sempat tido sekejap jer..sebab si kecik langsung tak leh nak tido...sian si kecik asyik merengek jer..susu pun tak nak minum....

keesokkan harinya, ketika semua warga India meraikan perayaan Thaipusam..si ibu sibuk menguruskan si kecik dan si ayah yang demam...waa..sian si ibu kan..time-time tu pulak gigi si ibu sakit..adoi!!! memang dugaan kan...
dan hari ni..(JUMAAT) apabila bangun pagi..si ibu check badan si kecik da tak panas lagi..suhu pun da drop mendadak...si ayah pun da boleh bangun tolong si ibu kemas-kemas rumah..

Alhamdulilah...

barulah si ibu boleh tersenyum ceria...

p/s: sekarang ni memang musim demam yer???



Wednesday, January 19, 2011

bila ibu husna demam~

tetiba sahaja sejak kemarin  badan saya rasa seram sejuk dan lenguh-lenguh plus batuk-batuk..

ohh macammana ni..saya tak boleh sakit sebab nanti siapa yang nak uruskan si kecik saya bile en.hubby pergi kerja... 

memula ingat tersalah makan...(sebab saya ada makan taugeh 2 hari lepas..dan org cakap taugeh tu sgggt sejuk..) tapi after gi klinik..pn.doktor tu cakap.."awak demam panas ni.." (temperature time tu 39.9 darjah celcius) ooohh..patutla badan saya rasa sgt tak bermaya....

yang saya nak cerita kan sini  si kecik saya iman...
beliau pun macam paham jah bile ibunya demam..langsung tak meragam...
kalau tak si kecik ni asyik nak berdukung + diribakan jer...tapi since semalam beliau tak kesah baring atas katil...thanx yer sayang sebab memahami keadaan ibu...

saya juga nak say thanx to my lovely hubby sebab sanggup berjaga malam (si iman ni suka ajak main malam2 before tido)...saya memang da tak larat da lagi2 after makan ubat..sampaikan malam tadi saya terjaga jer tengah malam, saya tgk en.hubby tetido kat bawah..mungkin sebab letih melayan karenah si iman...thanx to you too dear sebab sanggup menjaga iman malam tadi ( actually sebelum ni pun en.hubby bangun jugak tgh malam...tapi saya tak kasi beliau uruskan iman sebab yerla beliau kerjakan esoknya..jadi biarla beliau dapat rehat yang secukupnya ^_^ )


Monday, January 17, 2011

new home.new school.new enviroment

ohhh sudah lama tak update kisah^husna ni..
Rasenya since masuk 2011 ni..nilah en3 yang pertama kot...yer ke???

Jadi..saya pun dah habih berpantang..and da selamat pulang ke Negeri Selangor dengan jayanye bersama2 encik hubby tersayang dan tidak ketinggalan si kecik buah hati pengarang jantung...
'
'
'
'
'
'
'
ohhh!!!
rasa hidup sekarang tersangat lah complete sebab saya ada en.hubby di sisi dan si kecik iman... 

Tapi...of course lah hidup sedikit kucar kacir kan..nasib baik saya masih dalam mode bercuti..jadi dapatlah menguruskan diri dan keuarga yang masih lagi dalam keadaan lintang pukang ni...ngeee~

ape? kenapa hidup saya kucar kacir?? 

First:  yerla saya da berpindah ke rumah baru...jadi mestilah banyak yang nak dikemaskan...nak susun baju lah..nak bersihkan habuk2..(sebab lama sgt bercuti)...nak gantung itu..gantung ini..nak beli barang itu..beli barang ini..dan duit pun banyak yang terbang2 di awan..heee....tapi saya BAHAGIA!!

Second: saya kan da berpindah..jadi mestilah sekolah pun da sekolah baru...tapi part sekolah ni saya tak lah bz sgt sebab saya masih dalam mode bercuti..InsyaAllah after Chinese New Year nanti saya akan memulakan tugas saya sebagai cikgu semula..tapi saya nak story gak tentang sekolah baru saya ni serba sedikit...last week saya da buat lawatan pertama ke SMK baru ni..daaannn agak terkejutlah dengan enviromentnye..sgt berbeda ya dengan SMK lama saya dulu..enviroment baru ni sgt crowded..bayangkanlah form 1 saje da ade 17 kelas...terkezut saya dibuatnye..lagi pulak paling saya tak tahan pengetuanya sgt lah frendly..dan kelakar orangnyer...dan cikgu2nya setakat ni macam frendly jugak..hope 1st impression saya ni TEPAT!!! 

p/s : lupe pulak...tahun ni saya akan bersekolah di sesi PETANG..waaaahh ni pengalaman yang baru...

Third: ohhh alasan yang ketiga kenapa hidup saya kucar kacir??? seperti saya bagitau tadi..disisi saya sudah punya en.suami dan si kecik..jadi, haruslah saya bertanggungjawab utk menguruskan kedua-duanyer..  namun saya tetap GUMBIRA walaupun penat, letih dan kadang2 rasa macam tak cukup tidur...

oh...saya tidaklah stress dengan newlife baru saya ni...tapi saya...

'
'
'
'
'
'
'
'

happy dengan life baru nii...muah bucuk iman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Designed By Blogs Gone Wild!